Search This Blog

Sunday, September 25, 2011

Bumi Itu Milik Islam!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Minggu ini saya telah berkesempatan untuk melihat kelancaran program “Isu Palestin: Dimanakah Kita?” yang diadakan di UniKL MICET sementelah saya mendapat jemputan dari Timbalan Pengarah program,Akh Yahya.

Saya tiba sehari sebelum perasmian bermula untuk melihat sendiri kerja-kerja di sebalik tadbir persiapan program ini berlangsung.

Apa yang mengagumkan saya,para petugas  dan sukarelawan yang terlibat masih lagi bersemangat menampal poster,menggantung bendera,menghias patung replika pejuang malahan ada yang gigih berlatih ‘pentomen’ walaupun jarum jam  di tangan menunjukkan hampir pukul 3 pagi.

Masing-masing sibuk melaksanakan tugas masing-masing. Adakalanya mereka bergurau sesama mereka untuk menghilangkan rasa tekanan dan keletihan yang melanda. 

Alhamdulillah,perancangan yang dilakukan selama berbulan-bulan dapat dilaksanakan dengan baik walaupun ada beberapa perkara yang masih boleh diperbaiki.

Perjuangan Palestin Di Bumi MICET



Saya tiba ditempat pameran seawal pukul 8 pagi dan melihat para petugas masing-masing memakai t-shirt berwarna merah dan selempang bercorak kotak-kotak hitam dan putih.Saya mengerti,itu adalah selempang yang menjadi lambang bumi berdarah tersebut.

Kebetulan wakil AMAN PALESTIN Melaka,Akh Zulfikar Azlan(bukan Khairul Azlan) merupakan sahabat saya sewaktu di bangku sekolah dahulu.Lama benar tak berjumpa dengannya.Setelah bersembang panjang,beliau menawarkan saya ‘peluang berbakti’ untuk menjaga booth AMAN PALESTIN.

Jazakallah khairan akh! Inilah peluang yang saya tunggu-tunggu!

Disebelah malam kemuncak,telah diadakan satu slot ceramah daripada wakil AMAN PALESTIN Damansara,Ustaz Miftahuddin disusuli nasyid yang bersahaja dan lontaran sajak daripada pelajar MICET sendiri.

Bumi Itu Milik Islam



Ya.Seratus tahun dahulu bumi ini pernah bebas.Bumi penuh simbahan darah para syuhada ini pernah gemilang.

Ia bumi berkat.Ia juga bumi suci singgahan para nabi.Berkat bumi ini tidak akan luntur dan sucinya bumi ini tidak akan lenyap.

Biar beribu tahun hinggalah datangnya janji Allah.

Apa yang saya kesali,tanah ini bukan lagi milik kita.Ia terus ternoda dan diperkosa kafir zionis laknatullah.Penduduk bumi ini diratah-ratah,daging mereka disiat dan dilapah malah darah segar dihirup rakus.

Dimanakah Kita?



Tiada siapa yang berani menentang kekejaman mereka.Suara lantang negara yang mendabik dada mengisytiharkan polis dunia terus-terusan membutakan mata dan membiarkan umat Islam diinjak-injak bagai tiada nilai.

Adakah kita juga mahu membiarkan saudara seagama kita dibiarkan terus menderita.??

Jerit payah yang mereka lalui sudah cukup lama.Sudah cukup untuk membuatkan seseorang untuk lemah semangat dan berundur.

Namun,yang saya kagumi,jiwa penduduk ini sentiasa kental dengan semangat juang.Obor semangat mereka tidak pernah padam.Kekuatan diri mereka dibina dari dalam.

Mereka tidak bergantung kepada kekuatan senjata sahaja tetapi mereka punya Allah Yang Esa.Disitu terhimpunnya kekuatan yang luar biasa.

Saya bukanlah orang Palestin.Saya hanya orang Taiping.Kad pengenalan saya berwarna biru tapi kad pengenalan orang Palestin entah apa warnanya.

Bukan isu kad pengenalan yang dipersoalkan,bukanlah juga isu kewarganegaraan yang diketengahkan tetapi isu akidah yang wajib kita pertahankan

Terima kasih UniKL MICET

Terima kasih ICC

Terima kasih AMAN PALESTIN.

Moga amal kita semua diterima ALLAH S.W.T.Insya ALLAH.





0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio