Search This Blog

Thursday, July 9, 2009

Kurangkanlah Sikit Ketawa tu..Boleh kan?

Assalamualaikum W.B.T...


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih di panjangkan usia dan di beri nikmat yang baik untuk kita.Jadi kita hendaklah mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T..Ok..berbalik kepada tajuk di atas,sudah pasti kita pernah merasai bagaimana "nikmat"nya ketawa..Tambahan pula berbagai program berunsurkan komedi sering dipertontonkan di kaca televisiyen seperti tom-tombak,ewah-ewah dan sebagainya...Maka tidak kering gusi la kita dibuatnya...







Besarnya mulut adik ni...(sekadar gambar hiasan)



Apabila kita gembira atau tercuit hati,pasti kita akan ketawa.Begitu juga apabila kita menangis jika berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan.Itulah rencah dalam kehidupan,ada suka mahupun duka.Tetapi,tahukah kita bagaimana ketawa yang dibenarkan dalam Islam?Islam tidak pernah menafikan hak umatnya untuk bergembira dan ketawa tetapi haruslah berdasarkan syarat-syarat yang telah digariskan Islam itu sendiri..

Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda;

"Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.."(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)



Saidina Umar al-Khattab juga pernah berkata:

"Seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah S.W.T.Apabila rasa takutnya berkurangan,maka akan kurang taatnya kepada Allah S.W.T.Ketawa yang berlebihan dibimbangi akan menyebabkan hati mati dan keras.."


Ini jelas menunjukkan Nabi Muhammad S.A.W melarang umatnya dari bergelak ketawa yang melampaui batas kerana ia akan menyebabkan hati kita mati.Sepatutnya sebagai seorang Muslim,kita seharusnya menzahirkan legembiraan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan bukannya ketawa dengan melampau dan berlebihan.Malah kita juga perlu menjaga adab-adab ketika ketawa kerana Islam merupakan agama yang syumul dan sukakan kesederhanaan..

Justeru itu,Abdullah bin Harits r.a meriwayatkan yang bermaksud;

"Tawa Rasulullah S.A.W hanyalah tersenyum".Para sahabat berkata ;"Ketawa segala nabi adalah tersenyum manakala ketawa syaitan itu adalah tergelak-gelak"

Senyuman sudah cukup menggambarkan kegembiraan sebagai seorang Muslim.Seperti yang dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Harith;"Saya tidak pernah melihat seseorang yang sering tersenyum melainkan Rasulullah S.A.W"

Bukankah senyuman itu lebih sopan??

Wallahualam...

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio