Search This Blog

Thursday, October 28, 2010

Siapa Yang Malas Sangat Study..Dia Tak Takut ALLAH...!! Benarkah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sebenarnya saya tak tahu hendak bercerita tentang apa untuk post entry blog terbaru tetapi ada seorang rakan senior buat request artikel berkaitan peperiksaan dan dipersetujui sahabat karibnya yang suka 'like' apa sahaja yang di post di FB.Maaf sekadar gurauan. Hmmm...mungkin ini post terakhir sebelum imtihan/peperiksaan/exam/ 考试(ada gak bahasa cina?)..








Jadi setelah berfikir panjang, saya pun bersetuju  menerbitkan satu post berkenaan dengannya. Mengikut sumber-sumber dari kawan saya sendiri, musim exam sangat hampir untuk pelajar-pelajar universiti di Malaysia sama ada IPTA mahupun IPTS. Bagi pelajar yang bakal menduduki SPM,mereka terasa debaran dan  mungkin sedikit 'jealous' melihat adik-adik yang sudah menempuh PMR dan UPSR sedang menikmati hari-hari kegembiraan.

Jadi, memang setiap hujung semester semua student dikerah 'berperang' dengannya. Sebenarnya, UniKL MICET pun hendak mula final exam.Bersediakah kita??
 
Saya juga terfikir tentang peperiksaan yang tinggal 2 minggu lagi untuk menjengah dan 'menyergah'.
 
Kita boleh lihat sendiri martabat kepentingan peperiksaan.Majoriti student tertunggu dan merinduinya.
 
Exam tetap penting.Peperiksaanlah yang menentukan di mana tahap pelajaran kita berada selaras dengan usaha kita.


TERNGIANG-NGIANG KATA-KATA PEDAS TUAN HAJI ROKHIMI.

Apa yang saya ingin kongsikan bukanlah zaman semasa di Universiti kerana saya baru berada di penghujung semester 3.Belajaq pun tak habih lagi tapi apa yang saya cuba sampaikan kenangan semasa berada di tingkatan 6 SM King Edward VII(Once A Tiger,Always A Tiger..!Motto masa main bola wakil sekolah)

Satu hari, semasa keputusan peperiksaan pertengahan bagi subjek perakaunan keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah.Secara tepatnya ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.Ada yang mendapat markah 2% dan yang paling tinggi 46%(ingat-ingat lupa).Yang pasti hanya 4-5 sahaja yang melepasi angka 40% dan lulus subjek ini.
 
Maka cikgu perakaunan yang telah mengajar saya, Tuan Haji Rokhimi 'mengamuk' di dalam kelas.
 
Ayat klasik dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:
 
“Kamu semua adalah pelajar-pelajar yang tidak takut kepada Allah!”
 
Ayat itu keluar disebabkan markah peperiksaan kami yang sangat rendah pada hari itu.Mungkin juga dipengaruhi sedikit emosi Tuan Haji sendiri.Yela,guru mana yang tak kecewa melihat anak muridnya 'tersungkur' di medan peperiksaan.

APA KENA MENGENA MARKAH RENDAH DENGAN TAKUT KEPADA ALLAH?

Ada pelajar Muslim marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kena mengena pula markah peperiksaan dengan tahap keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah?Itu memang tuduhan yang amat berat sebenarnya.
 
Tetapi Tuan Haji Rokhimi tetap tegas dengan kata-katanya dan menyampaikan hujahnya;
 
“Pelajaran hangpa semua adalah amanah.Angpa main-main masa belajaq. Sebab itu hangpa dapat markah yang rendah!”terkeluar loghat Perak utara beliau
 
Maka ada pelajar Melayu yang agak berani cuba membidas: “Soalan cikgu yang susah sangat!”
 
Tuan Haji Rokhimi berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”,agak keras nadanya.
 
Bila pelajar Melayu itu menunjukkan bukti, maka Tuan Haji Rokhimi membuka buku asas-asas perakaunan(saiz lebih kurang kamus) dan menunjukkan jawapan. 

“Kan jawapannya ada di sini? Apa yang susahnya?  Kamu tak baca buku atau baca buku sambil berangan? 

Pelajar itu diam.
 
Seorang pelajar lagi berkata: "Cikgu  ajar, kami tak faham.Susah kami nak follow!”
 
Tuan Haji berkata: “Pernah tak kamu datang ke bilik guru dan suruh saya terangkan semula apa yang kamu tak faham? Tak pernah kan?” Pelajar itu diam.
 
Rakan sebelah saya berkata: “Soalan ni cikgu tak ajar pun!”
 
Tuan Haji Rokhimi menjawab: “Betul ke? Atau kamu yang ponteng kelas pada hari itu?”
 
Pelajar itu diam.
 

Akhirnya Tuan Haji Rokhimi berkata: “Kamu semua, selalu saya perhatikan main-main masa saya mengajar.Time saya mengajar langsung tak serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takut kepada Allah!”,beliau mengulangi kata-kata beliau.
 
Dan tiada siapa lagi yang bersuara.Suasana yang tegang kini kembali kendur....


Mood:Muhasabah Diri.. 
Situation:Tertido lepas kena marah(kenangan di waktu sekolah)

JOM STUDY SUNGGUH-SUNGGUH KALAU TAKUT KEPADA ALLAH.


Sebenarnya saya ni dah lari dari topik peperiksaan tapi bila difikirkan balik apa guna saya bercerita isu peperiksaan kalau saya sendiri  pun tidak study bersungguh-sungguh.
 
Pada dasar akarnya,andai saya hendak bercerita tentang exam, saya tetap kena cakap fasal study bersungguh-sungguh kan? Jadi apa tonik yang paling sesuai untuk saya,anda dan mereka untuk menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari pada study  bersungguh-sungguh?
 
Berbalik kepada sahabat saya,dia menyarankan supaya bagi sedikit terjemahan Ayat Al-Quran atau hadis untuk menaikkan semangat ketika exam bakal menyergah.Jadi saya menemui  maksud ayat ini:
 
“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran; 159).
 

Selepas membaca ayat ini,saya tertanya mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’?
 
Aik?Apa yang Allah mahu tunjukkan sebenarnya ni?
 
Setelah diberi penerangan oleh sahabat seusrah,baru saya faham.Ayat diatas membawa maksud sebaik sahaja kita berniat untuk mendapatkan sesuatu sebagai contoh keputusan peperiksaan yang baik, maka tawakkal sudah bermula pada saat itu juga. 

Apa benda tawakkal ni? Selalunya kita dengar usaha,doa baru tawakal..

Saya berfikir...Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? 

Tidak.!


             TiDAK!
                        
                              DAN TIDAK!

 
Saya BELAJAR sesuatu....

Tawakkal itu termasuklah usaha dan usaha kita adalah satu tawakkal juga.
 
Adakah kita melihat sebelum ini? Sebenarnya disitu ada hubungannya antara kita,Allah dan peperiksaan..JANGAN ALPA...


*Hope intipati post ini dapat disebarkan kesetiap pelosok minda masyarakat...

 
Terima kasih cikgu kerana berkat tunjuk ajar cikgu akhirnya saya sampai disini


~MEMBINA GENERASI HARAPAN~



0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio