Search This Blog

Monday, December 20, 2010

Tatkala Api di Dapur Hatimu Semakin Marak


“Bengang betul! Saja je buat aku naik angin!”
“Tak guna punya bos.Bagi kerja berlambak-lambak.Cakap senang la!”
Dan bermacam lagi sumpah seranah tatkala api di dapur hati semakin marak...




Marah Itu Anugerah?
Siapa tidak pernah marah?
Marah itu sebenarnya sifat tabii manusia.Tanpa marah,manusia bukan manusia mahupun orang.Sedarkah kita,marah juga suatu anugerah?
Apabila timbul sifat marah,timbul semangat untuk mempertahankan diri,keluarga dan agama.Bahasa mudah,marah sebenarnya ada yang terpuji,tidak kurang yang keji.
Marah yang terpuji apabila sesuai dengan tempat,sebab dan keadaannya.

Marah Itu Wajar.
Saya bagi satu situasi.
Ada dua orang manusia mengutuk anda.Seorang mengutuk paras rupa anda yang  kurang menarik manakala seorang lagi mengutuk agama Islam yang anda anuti.
Dimanakah tahap kewajaran untuk anda marah?
Apabila agama dikeji,kita mesti marah. Jikalau ketika itu kita tidak marah,Allah akan marahkan kita.Sebaliknya apabila diri peribadi kita dikeji,kita dianjurkan untuk bersabar.
Kenapa?Adakah kita tidak bermaruah sampai membiarkan orang mengeji diri kita?
Sahabat sekalian,soal diri sendiri ialah soal personal.Keutamaannya adalah memaafkan andai  ada yang mengeji diri.Mungkin ada yang kesilapan dari pihak kita kerana tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan.
Sayangnya,hal yang sebaliknya berlaku.Apabila agama dikeji,kita selamba.Apabila diri dicaci,kemarahan kita seakan menggila.

Jangan Marah Andai Ia “Teguran” Daripada Allah.
Saya juga pernah marah akibat dikeji.Mungkin anda juga begitu.
Saya ingin mengajak diri saya,anda dan mereka teliti dan bermuhasabah diri.
Adakah kejian itu benar dan tepat?
Jika benar dan tepat,kejian itu mesti dilihat sebagai ‘teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia.Koreksi dan perbaiki diri segera.
Namun kalau tidak benar,apa yang perlu dirisaukan?
Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa.Biarkan sahaja ia berlalu,jangan takut kepada orang yang mencerca.

Panas Berapi  vs Sedingin Salju.
Orang dah kutuk,habis nak dibiarkan ke?
Mungkin ini persoalan yang timbul namun itu tidak bermakna kita jumud sehingga merelakan diri kita diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya.Kesabaran perlu diiringi dengan kebijaksanaan.Tabah bukan mendedahkan diri difitnah.
Tanganilah..Hadapilah kejian yang salah dengan cara yang betul.
Hadapilah emosi si pengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Marah Itu “Pekerja”
Jadikanlah kemarahan itu ‘pekerja’ dan diri kita sebagai ‘majikan’nya.Biarlah marah bekerja untuk kita bukan kita bekerja untuk marah.
Tuluskan kemarahanmu hanya kerana Allah semata-mata.
Luruskan kemarahan itu pada jalan yang diredhai-Nya.
Uruskanlah kemarahan itu mengikut kadar dan batasnya.
Jadikanlah kemarahan itu umpama api di dapur.Panasnya biar berpadanan.Jangan terlalu kecil hingga kelihatan dirimu terlalu mentah.Janganlah pula panas keterlaluan sehingga hangus terbakar!



Gantikan kemarahan dengan SENYUMAN

~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~


0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio