Sudah lama jari ini tidak ‘menari-menari’ di pentas blog ni..
Maafkan diri ini tatkala diri dihimpit tugasan di meja makmal..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus menghela zikrullah memuji kebesaran-Mu Ya Allah..
Tatkala sibuk mencari maklumat untuk persiapan ‘test’ esok(doakan saya berjaya),diri terpaku melihat entri yang bertajuk “Kenapa Habil Bunuh Qabil?” karya penulisan presiden ISMA(Ikatan Muslimin Malaysia),Ustaz Abdullah Zaik.Sangat menarik!
Jom Selami Kisah Ini..!
Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam al Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.
Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditolak.
Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.
Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukakan persembahan yang disebut qurban yang tidak elok, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t. Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada Habil dan membunuhnya.
Apa Yang Boleh Kita Hayati?
Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh sesetengah pihak sehingga sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan orang lain.
Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat orang lain lebih maju, berkembang dan diberkati oleh Allah dari dirinya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah dan kebaikan yang dilakukan oleh oleh orang lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak Qabil.
Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukakan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.
Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya berpenyakit, sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain, bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.
Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, “Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuh mu”.
Kita tidak perlu menghalang dakwah orang lain untuk kita berjaya.
Apa yang betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad.
Jom perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.
Credit to Blog Ustaz Abdullah Zaik
Mari Berlapang Dada!
~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~
1 comments:
x pe
walaupun ko diam je
ak phm ko bz
saing² mmg gni kan?
☺☺☺☺☺
Post a Comment