Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

Cuma RM5 dalam Poket..Cukupkah Rezeki Yang Allah Bagi Ni??







 “Adik,minta derma untuk anak-anak yatim.Cukuplah sekadar yang ikhlas.”




Tiba-tiba seorang saudara datang memohon bantuan.Mungkin dia sangat memerlukan pertolongan.

Saya menyeluk poket dan terdapat dua keping not yang setiap satunya bernilai RM 5.Saya menghulurkan sekeping not wang kertas tersebut iaitu RM 5 lantas dia mengungkapkan terima kasih.Maka yang tinggal buat saya ialah bakinya RM5 lagi.Jadi saya berfikir,wang saya jadi kurang ke jadi bertambah?

Majoriti akan menjawab ianya berkurang.Betul.Wang saya susut RM5.Itu jawapan kita.Tetapi itu bukan ‘jawapan’ Allah.Ya!Bagi Allah,jika kita ikhlas membantu,wang kita tidak akan berkurang,malahan bertambah.BENARKAH?

Bagi RM5 Dapat RM3500?

Saya cuba memahami maksud firman Allah ini;

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”(Surah Al-Baqarah;261).

Wah! Tujuh tangkai ada seratus biji.Kalau dilihat dengan pandangan biasa,memang duit kita akan menyusut tapi cuba lihat dengan pandangan hati,duit kita yang tak seberapa itu kian bertambah.Bertambah bukan sekupang dua bahkan tujuh ratus kali ganda!

Kalau dikira menggunakan scientific calculator wang RM5 tadi telah “bertambah” menjadi RM3500!

Ini Bukan Multi-Level Marketing!

Logikkah?

Macam mana boleh jadi begitu?

Betul ke tidak ni?

Rezeki yang bertambah tidak boleh dilihat dari segi nilai materialistiknya sahajaCuba buka pemikiran masing-masing.Lihat dari pelbagai dimensi dan secara holistik.

Ya! Bukan soal banyak atau sedikit yang perlu dititikberatkan tetapi fikirlah sama ada rezeki itu berkat atau tidak.Jangan khuatir andai rezeki itu datang dari sumber yang berkat.Sedikitnya mencukupi,banyaknya boleh diagihkan sama rata.

Berbanding rezeki yang hilang keberkatan,masa sedikit memang tidak cukup,bila banyak jadi tak puas.Maka,natijahnya berlaku rasuah dalam golongan kelas atasan.Bukan mewakili semua kelas atasan tetapi ada segelintir ‘si kaya’ yang miskin jiwa dek hilang keberkatan tatkala mencari rezeki.

Rilekslah! Allah dah Gantikan Harta Kamu.





Yakinlah bahawa Allah ada al-Razzak(Maha Pemberi Rezeki) dan al-Wahabb(Maha Pemberi).Apabila anda memberikannya kepada insan lain,dengan mudah Allah ‘menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik malahan lebih banyak,bukan sekadar kuantiti tapi jua kualitinya!

Dalam bahasa mudah,ianya menjadi lebih barakah iaitu sesuatu yang bertambah dan baik dan menjadi lebih baik.

Benarlah sepertimana yang diperkatakan oleh Sayidina Ali;

“Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar adalah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah”

Semakin banyak kita berikan,rezeki(dalam bentuk harta,ilmu,masa dan tenaga) akan semakin “bertambah” apabila dibelanjakan di jalan Allah.

Rezeki yang kita simpan hakikatnya belum tentu kepunyaan kita.Sakaratulmaut boleh menjengah tiba-tiba.Saat ajal menjelma,rezeki kita sudah bertukar menjadi pusaka dan warisan setelah difaraidkan!

Ada orang yang pendapatan kecil tetapi hidupnya teratur,zaujahnya cantik dan luhur budi pekerti  anak-anaknya taat dek kerana keberkatan rezekinya.

Ada pula si kaya yang harta melimpah ruah tetapi isterinya ketegaq,anak-anaknya liar,dan merasakan duitnya seperti tidak pernah cukup-cukup.

Jadi,yang mana kita pilih?

Rezeki yang cukup atau rezeki yang tidak cukup-cukup?

Berkat atau tidak?

Tepuk dada tanya iman,Anda baca anda tentukan!

~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~



3 comments:

Amir Shafiq said...

nice...pic kat bawah tu kat ne? pengakalan balak or tg bidara? huhu

ANAK MUDA said...

kt pengkalan balak amir

~ shana ~ said...

nice one..
thanx 4 sharing the info.. ^^

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio