Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Selepas Afghanistan dan Iraq,Kita Hanya Mampu Melihat Libya Pula Dilanyak!

KECEWA..


MARAH..





GERAM...


SAKIT HATI!







Itulah apa yang saya rasai tatkala serangan udara Amerika dan sekutunya ke atas Libya bermula yang mengorbankan ramai rakyat yang tidak bersalah.


Serangan yang diketuai Amerika dan disertai negara sekutu seperti Britain, Itali, Perancis dan Kanada yang saya anggap sebagai satu pencerobohan walaupun mereka cuba menghalalkan tindakan mereka dengan menggunakan alasan mahu menjaga dan melindungi rakyat Libya daripada terus dizalimi oleh Presiden Muammar Gadaffi.


Akhirnya sejarah Iraq berulang di Libya. Setelah pemerintah yang zalim memporak-perandakan rakyat & negara, kini tiba pula kehadiran penjajah yang tidak diundang.

Saya memang menentang kezaliman Ghadaffi tetapi saya lebih menentang penjajahan USA dengan kerjasama sekutu mereka iaitu Britain,Perancis,dan Kanada ke atas Libya. Setiap pengeboman oleh jet pejuang & pengebom USA dan sekutunya harus dibayar oleh rakyat Libya dan umat Islam sedunia dengan harga yang sangat mahal.

Seperti biasa negara-negara Arab hanya menyatakan bantahan tanpa sebarang usaha serius untuk membantu.....
Wahai umat Islam, insafilah realiti di dunia sekelilingmu....


PBB DAN OIC…APA MEREKA BUAT?


Tindakan ketenteraan terhadap Gadhafi dari tahap brainstorming kepada serangan yang sebenarnya bergerak pada kelajuan yang menakjubkan. Presiden Perancis Nicolas Sarkozy telah mengumpulkan 22 VVIP untuk makan tengahari di Sidang 


Kemuncak pada hari Sabtu 19hb April termasuk SU Agung PBB, Ban Ki-moon, PM Egland David Cameron, SU Luar AS Hillary Clinton, SU Agung Liga Arab Amr Moussa, & pegawai-pegawai tinggi daripada Eropah & negara-negara Arab.


Setelah makan tengahari, Sarkozy mengumumkan bahawa para pemimpin politik telah sepakat untuk memulakan aksi tentera dan 90 minit kemudian, pegawai tentera Perancis melaporkan serangan pertama mereka.


Perkara yang difikirkan adalah:


1) keputusan besar yang dibuat dengan kelajuan yang sangat luar biasa


2) kali ini serangan tersebut telah diproksi oleh Perancis, yang menentang pencerobohan ke Iraq pada tahun 2003


3) memiliki sokongan dari Liga Arab, yang sebelum ini telah menolak keras campur tangan yang lain di dunia Arab.


Ini semua sangat berbeza dari masa yg lalu. Pada tahun 2002-2003, Perancis terutamanya begitu keras menentang tindakan di Iraq sehingga British terpaksa menarik resolusi kekerasan PBB terhadap Saddam Hussein. Amerika Syarikat kemudian mengadakan tentera gabungan tanpa kelulusan PBB.


Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mewakili 57 negara Muslim, menyeru negara-negara ahli OIC untuk membantu melaksanakan resolusi PBB dan menjalin hubungan dengan pembangkang Libya tetapi beberapa negara tetap berhati-hati atau mengkritik secara terbuka mengenai operasi berisiko.


Presiden Venezuela Hugo Chavez yang telah menikmati hubungan jangka panjang dengan Gadhafi, mengatakan AS dan sekutunya hanya ingin "merampas minyak Libya" dan bahawa PBB telah "melanggar pada prinsip-prinsip asasi."


Satu-satunya alasan untuk penyerangan besar-besaran ialah untuk menjatuhkan rejim setelah Libya tidak mengikut jejak Tunisia dan Mesir. Manakala tentera negara-negara Teluk pula sibuk untuk menumpaskan demonstrasi di Bahrain. Nampaknya umat Islam akan melalui siri peperangan yang panjang di atas tiket demokrasi. 


Salah satu keperluan untuk mencari jawapan kepada persoalan tadi ialah, 'Adakah dengan menjatuhkan rejim di Iraq oleh US membawa apa-apa kebaikan kepada saudara kita di Iraq?

Resolusi PBB 1973 hanya inginkan pembelaan rakyat Libya bukannya serangan yang memusnahkan bandar-bandar dan membunuh rakyat yang tidak bersalah.

KENAPA PUAK PENCEROBOH BERIA-RIA MENYERANG LIBYA?




Kajian politik dunia mendapati bahawa Amerika memang mahu Gadaffi jatuh seterusnya mereka boleh menguasai Libya seperti yang mereka telah lakukan ke atas Iraq dan Afghanistan.


Serangan ini diibaratkan langkah awal penjajahan baru Amerika dan campur tangan asing ini merupakan satu pencerobohan yang tidak bermoral dan bermotif jahat. Bagaimana Amerika sanggup melakukan kekejaman ini sedangkan tindakan ini bercanggah dengan slogan anti keganasan yang mereka laungkan?


Saya ingin menyatakan kebimbangan jika serangan ini lebih didorong oleh kepentingan barat bukannya untuk membela nasib rakyat Libya.


Saya turut kecewa terhadap kegagalan kepimpinan Presiden Gadaffi dalam menyelesaikan konflik dalaman negaranya. Beliau seolah-olah tidak mendengar suara rakyat yang menuntut pengunduran beliau. Pemimpin yang sudah memerintah sejak 42 tahun lalu sebenarnya mempunyai pilihan dengan mengadakan perbincangan dan menggunakan demokrasi sebagai jalan penyelesaian.


Insiden di Mesir, Tunisia dan negara Arab lain memberi inspirasi kepada rakyat Libya untuk menuntut kebebasan dengan mengadakan demonstrasi. Pemberontakan kemudiannya muncul setelah usaha melalui demonstrasi tidak berjaya. Hasilnya ramai rakyat terbunuh dizalimi pemimpin sendiri.


IMPLIKASI DI LIBYA  SELEPAS  PENCEROBOHAN INI


Jalan penyelesaian di Libya bukan seperti serangan yang dilakukan oleh Amerika dan sekutunya, bahkan serangan itu akan menambah lagi keburukan. Liga Arab yang diketuai oleh Amru Musa mengkritik serangan tersebut dan diikuti oleh Presiden Venezuela dan kementerian India yang sudah mengumumkan bantahan dan kekesalan.


Serangan golongan kuffar ini secara langsung akan mengakibatkan sistem pemerintahan Libya rosak,hancur lebur dan kucar-kacir. Sistem pertahanan dan ekonomi runtuh dan hasilnya rakyat akan hidup dalam keadaan lebih teruk daripada sebelumnya.


Pembinaan semula negara selepas ini tidak akan berlaku dengan baik kerana tiang-tiang utama negara telah hancur dibedil Amerika dan konco-konconya. Pembangunan semula pasti memerlukan modal yang besar dan masa yang panjang. Sepanjang tempoh itu, rakyat akan merana dan hidup dalam kesusahan.


Sekali lagi saya menegaskan bahawa serangan ini adalah serangan yang tidak akan memulihkan keadaan bahkan bakal mengundang kejatuhan sebuah negara yang dihuni oleh umat Islam. 




LINDUNGILAH MASYARAKAT MUSLIM LIBYA,YA ALLAH!

3 comments:

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi said...

amerika serang iraq pada 20 mac 2003, serang libya pula 20 mac 2011..

apekah 20 mac? haha..

Anak Muda said...

hmmm...20 mac 1990 apa jadi?

Luke said...

Ramadhan??

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio