Search This Blog

Wednesday, December 8, 2010

Normalkah Kita??





Adakah kita NORMAL...
 Bila melihat bayi-bayi di buang  bergelimpangan di tempat pembuangan sampah atau kaki lima bangunan..
Tanpa rasa belas kasihan?

Adakah kita NORMAL...
 Mengusung pasangan kekasih  membonceng motosikal sambil berpelukan ke mana-mana sahaja..
Tanpa perasaan segan silu?

Adakah kita NORMAL...
Berkucupan dengan buah hati  sedangkan belum berkahwin lagi..
Tanpa menyedari ada yang memerhati?

Adakah kita NORMAL...
Melakukan hubungan seks dan berzina dengan begitu ghairah sekali
Tanpa rasa takut pada Illahi?

Adakah kita NORMAL...
Memekakkan telinga dan melepak tidak tentu hala..
Tatkala bilal mengumandangkan azan ke udara?

Adakah kita NORMAL...
Membaca novel cinta setiap masa sambil berfantasi
Sedangkan kitab Al-Quran jarang kita hayati walaupun sehari?

Adakah kita NORMAL..
Berbalas mesej dan telefon di kala tengah malam sampai rasa puas hati
Sedangkan qiamulail tidak pernah terfikir hendak dibuat walaupun sekali?

Adakah kita NORMAL.....?

Jom duduk muhasabah  diri..

Adakah kita NORMAL melakukan keaiban semua ini?

~Hassriq Hafize Halim Hafiz~
Bukit Merah Laketown Resort
08/12/10        9.49 A.M

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio