Terpaku dan merenung.
Sehingga menerobos dinding almari dan terlihat kanak-kanak bermain di hujung padang.
Apa yang saya fikirkan?Mata dipejam sejenak.
Persoalan melatari pemikiran.
“Jika saya lalai dari segi ibadat,siapa yang mampu mengingatkan?”
“Jika saya terlupa membaca Al-Quran,siapa yang boleh menyedarkan?”
“Jika saya mengalami kesulitan dalam pelajaran,siapa yang mampu mengajarkan?”
Ya! Andai saya menginginkan jalan yang jelas untuk meraih keredhaan Allah,saya harus bergaul dengan teman yang baik seperti anda!
Sudikah Anda Menjadi Teman?
Saya tidak mampu melawan hawa nafsu dan godaan syaitan secara berseorangan.Jadi,saya perlukan teman.Teman yang bagaimana?
Teman seperti anda yang mempunyai sistem hidup berteraskan Islam dan petunjuk hidup bertunjangkan Al-Quran.
Teman seperti anda yang mampu berkasih sayang,lemah lembut,bermurah hati,sabar dan mampu bertolak ansur.
Cara teman itu berfikir juga sangat kreatif dan teliti serta gaya hidupnya sangat sederhana.Saya melihatnya semua ciri-ciri tersebut ada pada ANDA!
Sudikah anda menjadi teman saya?
Anda Memang Layak.Percayalah!
Anda merupakan sahabat dan teman sejati yang mampu menyelamatkan saya dan mengajak saya ke arah kebaikan.Adakah anda berfikir saya hanya berada di alam khayalan,bermimpi dan tidak berpijak di alam nyata?
Demi Allah,sekali-kali saya tidak bermaksud sedemikian!
Saya menaruh keyakinan bahawa kebaikan sentiasa menyertai umat Nabi Muhammad S.A.W sehingga hari kiamat dan anda,begitu juga saya tergolong di dalamnya!
Saya menaruh keyakinan bahawa kebaikan sentiasa menyertai umat Nabi Muhammad S.A.W sehingga hari kiamat dan anda,begitu juga saya tergolong di dalamnya!
Sahabat yang disayangi,
Mari kita sama-sama ambil berat masalah yang menimpa umat Islam,bantu mereka dan mengajak mereka di jalan Allah dengan ilmu dan penuh kesedaran.
Buktikan kepada mereka yang kita mampu berbakti kepada ibu bapa,menghubungkan silaturrahim,menyayangi orang yang lebih muda dan menghormati orang yang lebih tua,professional dalam bekerja dan mampu mencapai kecermelangan dalam pelajaran!
Kerisauan Seorang Sahabat
Khuatir membasahi keringat di minda.
Meskipun ramai dikalangan kita yang mempunyai asas keimanan yang mantap dan pernah merasai suasana tarbiah di sekolah agama,pondok,institusi pengajian Islam,NGO Islam dan sebagainya,tetapi ramai juga hanyut dalam ‘kemesraan liar’.
Mengapa ini terjadi?
Seringkali kita dengar,”Jangan risau,aku akan jaga diri dan tidak akan terpengaruh dengan mereka.Aku sendiri yang akan ubah diorang”.
Mungkin ada kebenarannya tetapi agak sukar untuk merealisasikan kata-kata tersebut.
Mungkin ada kebenarannya tetapi agak sukar untuk merealisasikan kata-kata tersebut.
Sedarlah,apabila kita bergaul dengan orang-orang yang kurang baik,berkemungkinan besar kita akan mengembalikan diri kita ke tahap asas malah boleh menjadi lebih teruk dari sebelumnya.
Saya bukan hendak ‘memaksa’ anda meminggirkan teman-teman yang tidak berminat di jalan Allah. Berkawanlah dengan mereka tetapi SELEKTIFLAH MEMILIH TEMAN!
Mungkin kita kurang sedar akhlak dan tabiat seseorang itu dipengaruhi akhlak dan tingkah laku temannya walau sekecil-kecil perkara sebagaimana hadith riwayat Imam At-Tirmidzi,Abu Dawud dan Ahmad,dari Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah S.A.W bersabda,mafhumnya;
“Agama seseorang itu serupa/diukur dengan agama temannya,hendaknya setiap kamu memerhatikan siapa temannya”(HR.At-Tirmidzi,Abu Dawud dan Ahmad)
Selami kata-kata ini
Pemuda yang hanyut dalam pergaulan tidak baik,matanya akan tertutup kearah kebaikan dan melihat keburukan semata-mata
TETAPI...
Apabila pergaulan buruk itu disekat dan dihijab,dia akan melihat segala kebaikan dan kebahagiaan secara langsung mahupun dari sudut pandangan yang tidak disangka-sangka.
Saya memohon kepada Allah S.W.T,agar Dia mempertautkan hati saya,anda,keluarga kita,sahabat-sahabat dan mereka,kaum muslimin dan muslimat, dan menyatukan barisan kita..Amin Ya Rabb.
Teman Sejati Insya-ALLAH
~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~
3 comments:
BERSAMA MENGESANI MASYARAKAT!
Saudara , saya bersekolah di sebuah sekolah yang menggabungkan tahfiz dan pelajaran . alhamdulillah , 3 tahun berada di sana , saya sudahpun mengkhatamkan hafazan saya . Sebelum masuk ke sekolah berkenaan , saya mengaku , saya suka bersosial . Sekarang tak lagi , tapi saya bimbangkan kawan2 saya yang dah lalai . Macam mane ye ?
na'am
sohih jiddan
bijak memilih kawan.
saya pernah terbaca :kawan biar semua, tetapi sahabat cari betol-betol"
huh. cm x cntik je padanan ayt ye..
x kisAH LAH. huhu.maaf
Post a Comment