Search This Blog

Friday, January 7, 2011

Rasa-Rasa Nak Ikut Fesyen Atau Tuntutan Agama?



Credit to lady-tori.deviantart.com


Kepenatan.Kelesuan.Keletihan

Perjalanan dari Taiping ke Tampin memakan masa yang agak lama.7jam.Alhamdulillah selamat sampai.Sebaik sampai,terpaksa menunggu sahabat untuk pulang ke Villa Jati lebih kurang sejam.Badan dah mula rasa lain macam.Kepala pun dah naik berat.Sampai rumah badan dah mengigil sejuk.Hidung pula dah mula berair.


Allahu Akbar.Allahu Akbar.Allahu Akbar.

Baru jejak kaki ke Melaka dah rasa nak demam.Sabar Hassriq.Sikit je demam tu.Jangan nak manja sangat.Selepas bersihkan diri dan makan ubat(salah satu ikhtiar,Allah jua yang menyembuhkan),terasa nak online.Dah lama tak buka blog dan facebook.Banyak betul notification dan mesej.Ada juga sahabat-sahabat yang birthdaynya jatuh pada minggu ni.Sanah helwah sahabat-sahabat!

Tiba-tiba ada dapat mesej dari seorang sahabat ni..

“Hassriq,cuba ko buka link ni.Pastu ak nak tanya pendapat ko. Ni link dia http://lensarosak.blogspot.com/2011/01/menjengkelkan-4-gadis-tudung-shawls.html

Dah macam soal asyraf la pula.”Anda tanya saya cuba jawab”(tagline soal asyraf)..Hmm..buka je link tersebut tersembul entry berkenaan  tudung.Nak bagi pendapat apa ni?

Best Sangat-Sangat!



Berfikir.Berfikir.Dan terus berfikir.

Tercetusnya Satu Fenomena

Saya ingin mengajak anda..

Melihat dan menyedari..

Antara sedar atau tidak,arus pemodenan telah mengubah manusia menjadi satu makhluk yang gah dengan kehebatan masing-masing.Memang diakui manusia mampu merekacipta dan ‘mengubah’ pemikiran kepada lebih terbuka seperti yang mereka inginkan berdasarkan kelebihan akal yang dimiliki tetapi malangnya keterbukaan  yang agak keterlaluan tercetus sehingga menceraikan agama daripada kehidupan harian manusia.

Saya bagi contoh yang amat ringkas.MENUTUP AURAT.Tertanya pada diri sendiri,apa pandangan masyarakat dalam isu penutupan aurat?Alhamdulillah pada hari ini saya lihat ramai daripada kalangan wanita sudah mula memakai tudung dan para lelaki memakai seluar panjang.Perubahan ketara ini banyak berlaku kepada kelompok remaja-remaja dan pelajar IPTA/IPTS.Di kampus UniKL MICET  juga tidak terkecuali.

Apa yang lebih ‘mengagumkan’ perubahan ini turut berlaku kepada golongan artis dan selebriti terutama artis wanita yang memakai tudung walaupun nampak agak janggal.Ketika saya mencari gambar team bola sepak Malaysia ,ada pemain bola sepak yang mampu memakai seluar melebihi paras lutut dan berstoking panjang.

Team Malaysia Dulu-Dulu


Mana Lebih Penting?

Saya cuba menjawab persoalan,iaitu mengenai pemakaian tudung oleh perempuan.

Ada orang cuba mempersoalkan pemakaian tudung dalam Islam.Ada yang cuba menjadi cerdik pandai dan mengeluarkan hujah bahawa tiada kesalahan kalau tidak memakai tudung.Akhirnya,mereka timbul dengan hujah,dalam Al-Quran tiada arahan memakai tudung.

Pelik?Kepala saya bagaikan diketuk-ketuk dengan satu atmosfera baru iaitu pemakaian tudung mengikut fesyen artis dan selebriti terkenal.Masa mula-mula dahulu,tudung Wardina menjadi perbualan hangat.Tiba-tiba tudung Waheeda laris bak pisang goreng panas.Disusuli kehangatan aura tudung Ekin mahupun Bienda dan sekarang tudung ala-ala Yuna menjadi kegilaan.

Nampak indah sangat bilamana ramai yang bertudung ..

Tetapi bagaimana kita melihat persoalan menutup aurat ini?

Adakah  penutupan aurat itu satu fesyen atau tuntutan Ilahi?

Tuntuan Itu Fesyen? Fesyen Itu Tuntutan?

Sebenarnya persoalan ini berkaitan.Setuju?

Cuba bayangkan,jika kita menganggap penutupan aurat merupakan suatu fesyen,maka tidak ada salahnya apabila suatu hari kita terfikir meninggalkannya.Kenapa?

Musim pemakaian tudung ini mungkin akan berakhir suatu hari nanti bila ada ikon yang mengenakan cara pemakaian lain yang menarik nafsu dan menjadi kegilaan ramai.Ini akibatnya jika pemakaian menutup aurat tidak berpaksikan keimanan dan syariat.

Saya lebih suka membicarakan isu menutup aurat.Menutup aurat memang menjadi kewajipan dan tidak menutupnya adalah berdosa.Bertudung mestilah menutup aurat.Itu tujuan utama.Bukannya menutup aurat dengan bertudung sahaja tetapi anggota lain terdedah.Umpama pandu kereta tapi tiada minyak.Pakej tak lengkap.

Senang cerita,kalau rasa tudung  tidak selesa,maka tutuplah salah satu anggota aurat(rambut) dengan kain guni.Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa labuhkan jilbab kamu sehingga menutupi dada kamu.Hali ini adalah untuk menutup dada yang mungkin tertimbul

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(Surah An-Nur ayat 31)
   
Berpakaian Tetapi  Telanjang

Rasulullah S.A.W ada menyatakan perihal diatas yang bermaksud mereka berpakaian tetapi tidak menutup aurat.Oleh sebab itu bentuk badan juga adalah aurat.Apa yang penting,aurat mesti ditutup dan dilindungi daripada pandangan mata ajnabi.Amat jelas mnutup aurat merupakan satu tuntutan.

Berfesyenlah tetapi itu bukan matlamat utama.

Yang jelas menutup aurat kena didahulukan.

Orang tua-tua cakap,”Jika hendak berpaut,jangan berpaut didahan yang rapuh.Nanti jatuh tergolek.”

Jom kita berpaut pada syariat yang utuh!


~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~



3 comments:

Zazachan said...

aku suka entri ni. dan..
macam kenal je sebaris mesej yang sahabat anda bagi tu. =)

Unknown said...

nice:) blh gnti ashraf ni..=p

::NuHa@21:: said...

mumtaz ya akhi..
bg sy..tak menutup aurat umpama makanan yang terhidang tanpa ditutup yg boleh menarik perhatian lalat2 untuk menikmati kelazatan makanan itu..
syukran..nsht utk sy juga yg kdgkala khilaf dgn duniawi..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio