Search This Blog

Saturday, June 13, 2009

Assalamualaikum w.b.t...

Tiada kata yang lebih indah tatkala membuka mata dari lena selain pujian dan syukur pada Ilahi..Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang sehari lagi untuk terus hidup di muka bumi ni..Sudah pasti ramai diantara kita yang menginginkan hari ni lebih baik dari semalam dan memulakan hari ni dengan azam dan iltizam yang baru tetapi kita masih lagi perlu berdepan dengan persoalan yang sama..Dari mana kita datang?Untuk apa kita dihidupkan?Dan kemana kita akan dikembalikan?Persoalan ini membuatkan kita perlu sentiasa bermuhasabah diri....


Allah S.W.T menciptakan manusia sama darjat dan fitrah di sisi-Nya dengan sebaik-baik kejadian.Yang membezakan manusia itu cumalah amal ibadatnya.Ada yang lalai dengan angan-angan palsu dan ada yang tekan berusaha mengejar cita-cita dan impian.Maka sudah tentu nasib yang masing-masing alami amatlah berlainan.


Allah S.W.T Maha Adil sifat-Nya.Kelalaian akan dibalas kegagalan manakala kerajinan akan dibalas kejayaan.Kita telah diberi peluang untuk membuat pilihan dan kita juga yang akan menanggung natijahnya.Kitalah yang akan memilih untuk dijulang di kemuncak kejayaan atau terjerumus ke lembah kehinaan..


Sebenarnya kita adalah musafir di dunia yang fana ini dan sudah semestinya kita akan kembali kepada-Nya di akhirat kelak.Tapi kita ingin kembali dalam keadaan yang bagaimana??Justeru kehidupan di dunia inilah yang akan ditanya..Adakah kehidupan kita akan diisi dengan sebaik-baiknya atau di belenggu keseronokan semata-mata??Adakah kiata mahu hidup terhina disisi Maha Pencipta??Tanpa ilmu dan iman sebagai bekalan sudah pasti kita akan berasa rendah darjat atau "turun pangkat' di padang masyhar kelak sebagaimana firman Allah S.W.T:

"Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat"(Surah Al-Mujadilah:11)


Kita ini dibaratkan sebiji cawan.Tak kisahlah cawan apapun..Jika tidak dituang air kedalam cawan tersebut,molekul-molekul udara akan memenuhi ruang yang kosong tersebut..Macam tu lah gak dengan diri kita..Jika kita tidak isi diri kita dengan ilmu,iman dan amal(bkn KRS k..)maka anasir-anasir jahat yang dicetuskan oleh syaitan yang direjam akan memenuhi kekosongan tersebut.Mahukah saya dan anda merealisasikan kata2 diatas?Diri kita ini sangat memerlukan pengisian ilmu dan agama agar kehidupan kita lebih dekat dengan-Nya.Insya'Allah hati kita akan tenang bahagia..


Kemuliaan manusia bukan hanya pada luaran semata-mata tetapi pada hati yang takutkan Allah S.W.T.Jadi tekadkanlah keyakina yang kita merupakan ummat pilihan! Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah S.W.T adalah orang yang paling bertaqwa.Jadi,jelaskan visi perjalanan hidup kita dan jadikanlah ilmu sebagai bekalan.Kita harus sedar yang kita memikul amanah Allah S.W.T sebagai khalifah di muka bumi ini dan ketinggian darjat seseorang itu adalah berdasarkan keimanannya kepada Allah S.W.T..


Jangan anggap kita bodoh andai kita gagal selepas berusaha kerana itu adalah ujian Allah dan dijanjikan pahala apabila kita redha,sabar dan terus berusaha pada ketentuan-Nya...Tapi kita sememangnya bodoh campur sedikit bangang jika kita tidak langsung berusaha kerana sudah pasti kita akan gagal dan menderita.Jangan kata nak dapat pahala tetapi kita yang akan menanggung dosa kerana mensia-siakan amanah yang berharga..


Maka,sedarlah dari lena yang berpanjangan dan angan-angan yang tak berkesudahan! Walaupun kita pernah terjatuh,jangan biarkan diri kita jatuh buat selama-lamanya.Kita mempunyai kekuatan untuk bangkit semula dan mampu mara mencipta fenomena yang luar biasa..Berjuanglah wahai sahabat-sahabatku tanpa mengira erti penat dan jemu.Walaupun kita dihina dan menderita atas usaha yang kita lakukan,kita akan tetap dimuliakan kelak jika tidak di dunia nun didalam syurga...

~~Wassalam~~

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio