Search This Blog

Monday, August 30, 2010

Abang...Syaitan tu Tido Tak??


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Hmm...kenape pilih tajuk ni?Sebenarnya idea ni datang dari adik perempuan ana yang banyak cakap.Walaupun dia ni agak “riuh” tapi kadang-kadang apa yang dia fikir ana sendiri pun tak terfikir.Baru-baru ni ana call dia,macam-macam benda dia cerita tapi apa yang menarik perhatian ana,soalan beliau di akhir talian..

“Abang,ni bukan adik tanya tapi buku Asuh yang tanya..Masa bulan puasa syaitan kena ikat kan tapi syaitan tidur tak?” Agak2 kalau adik-adik anda bertanya soalan sedimikian,apa jawapan yang paling bernas??
 SYAITAN TIDUR KE TAK NI??
Ok... Kalau kita amati dan teliti,seluruh kehidupan kita sebenarnya boleh menjadi ibadah tetapi mestilah mengikut syariat yang ditetapkan.Namun,kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk merealisasikannya.Fuhhh...patut la ramai yang kata susah nak jadi baik.Hidup kita ni sering dicabar dengan pelbagai cabaran yang membuatkan kita semakin jauh untuk beribadat..Nak tau sebab pe?Ini disebabkan iblis telah menjual jiwanya kepada kegelapan dan berikrar akan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.
                                                                                                                       
Buktinya,ketika iblis dihalau dari syurga,dia telah bersumpah kepada Allah SWT dan sumpahnya   telah dirakamkan dalam Surah al-A’raf ayat 17 yang bermaksud:
“Kemudian aku pasti akan mendatangi mereka dari depan,belakang,kiri dan dari kanan.Dan engkau (Allah) tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”
Atas sebab itu,Allah SWT telah berpesan kepada manusia tentang ancaman syaitan ini dalam firman-Nya surah Fatir ayat 6 yang bermaksud:
“Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu,maka anggaplah ia benar-benar sebagai musuh.Sesungguhnya sekutu-sekutunya akan menyeru supaya mereka (dan kamu) menjadi penduduk neraka.”

Hmm...Allah dah bagi tau terang-terang yang syaitan ni musuh kita tapi kenapa kita kadang-kadang perangai lebih kurang syaitan?Sedar atau tak,syaitan tidak pernah lengah,tidak pernah lelah,tidak pernah berputus asa dan langsung tidak meninggalkan kerja-kerjanya dalam menyesatkan kita walaupun sesaat..!

Adikku sayang...abang dah dapat jawapan soalan 2..tak pasal-pasal abang kena belek buku nak cari bahan tapi at least abang dapat gak ilmu.Hassledya Hafiza..kecerdikan kamu membuatkan abangmu ini berfikir dan mencari! So,ini mungkin jawapan yang terbaik..

Ok,ana ada terbaca satu artikel pasal syaitan.Ada satu cerita ni,seorang lelaki pernah bertanya kepada Hassan Basri,”Wahai Abu Sa’id (gelaran Hassan Basri),adakah syaitan itu tidur?”
Sambil tersenyum,Hassan Basri menjawab,”Kalau syaitan itu tidur,nescaya kita semua boleh berehat dan berasa tenang.”
Betul kata Hassan Basri tu..Bagi ana,syaitan akan berusaha,berusaha,berusaha dan berusaha lagi sehingga mereka berjaya..Ana ada tanya sahabat pasal syaitan ni..Dia cakap kat ana,”Hassriq,anta kena ingat syaitan ini Allah tak ciptakan dia statik tapi syaitan ini bijak sungguh dan kreatif betoi untuk tarik manusia join depa pi neraka.Kadang-kadang orang yang kuat agama pun leh rebah dan tersungkuq..”Bersemangat betul sahabat seusrah ana ni dalam loghat Kedah beliau..

LA TAGHDAB......LA TAQRABU ZINA!
Syaitan mempunyai banyak lubang untuk dia menyelinap masuk kedalam kehidupan manusia.Antaranya ialah MARAH.Marah yang meluap-luap akan menutupi kewarasan akal.Masa inilah syaitan akan ambil peluang untuk membuatkan kita terlanjur dalam kemarahan.Oleh sebab itu,kalau kita ada apa-apa masalah sekalipun,kewarasan akal perkara paling utama kita kena jaga.Tak hairanlah Rasulullah S.A.W pernah bersabda,maksudnya:
“Janganlah kamu marah..”

Banyak lagi lubang-lubang yang syaitan mudah masuk terutama nafsu syahwat.Ha...part yang inilah syaitan senang-senang je terjah masuk dalam kehidupan manusia.Syaitan akan memainkan deria yang berkaitan dengan kehendak nafsu manusia seperti nafsu makan minum,nafsu shopping,nafsu seks,nafu tamak dan macam-macam nafsu lagi.
Oleh sebab itu Islam menjaga umatnya dengan meletakkan had-had tertentu supaya manusia tidak terjebak ke lembah yang lebih hina.

“Itu adalah had-had(yang telah ditetapkan oleh) Allah,janganlah kamu dekatinya..”(Al-Baqarah:187)

JOM LAWAN SYAITAN.....!!!!!

Sekarang kita dah jelas yang syaitan ni antara cabaran utama dalam kehidupan kita.Cbaran dari syaitan ni bukan datang dari musim sejuk atau musim bunga tapi setiap masa dan ketika.Mahu atau tak,kita perlu bersedia dan berwaspada setiap masa dalam menghadapi cabaranagar kita tak jadi mangsa.Cepat sedar dan berjaga-jaga akan taktik syaitan adalah ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah S.W.T..

“Sesungguhnya orang yang bertakwa apabila diserang oleh syaitan,maka dia cepat sedar dan mereka menjadi lebih berwaspada (melihat tipu daya syaitan)” (Al-A’raf :201)

Cabaran syaitan bukan boleh buat main-main.Kalau kita dicabar oleh Muslimin yang dengki,munafik yang membenci dan kafir yang nak memerangi kita,boleh diihat dengan mata tapi syaitan ni menyelinap masuk dalam pembuluh darah.Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan itu berlari-lari didalam pembuluh darah anak Adam..”

ALLAH  ADA BERSAMA KITA..NAK TAKUT APA??

Bunyi macam takut kan bila Raulullah S.A.W cakap syaitan ni berlari-lari dalam pembuluh darah tapi kita kena pastikan yang diri kita sentiasa dekat dengan Allah supaya hati kita terus hidup dan tenang.Kalau syaitan itu setakat berlari-lari dalam pembuluh darah,Allah lebih dekat daripada urat darah.Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah itu lebih dekat dengan hamba-Nya daripada urat darah.”

Adikku sayang...terima kasih menyedarkan abangmu ini..Menjadi hamba bukan mudah sebab akan ada cabaran yang datang tapi cabaran inilah akan membuktikan tahap keimanan kita!

Mahu tak mahu,cabaran ini perlu kita hadapi.Bersedialah untuk membuktikan iman kita!

Wallahualam...

ANDA BACA  ANDA  TENTUKAN...

2 comments:

::Raudhatul Hannan21:: said...

syukran ya akhi.. perkongsian yg baik...
bagusnya adik awk,,, mudah2an dia terus dididik utk jd yg terbaik.. amin..

AinuL HayaT said...

salam ziarah Ramadhan...

sy setuju dgn Raudhatul, persoalan adik tu,awk sy pn fikir bp kali nk jwb :)

bgs tu...moga dia membesar dlm tarbiyh yg sbaiknya..waasalam

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio