Search This Blog

Monday, August 23, 2010

Hassriq...Sejauh Manakah Kau Bersedia Untuk Ramadhan Kali Ni???

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”



Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Allah diabaikan. Allah semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.


Sebenarnya Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini kita yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…dah membazir bukan.
Indahnya Hidup Bersyariat......


Tetapi bila bermuhasabah diri sekejap, puasa orang-orang yang dekat dengan Allah sebenarnya tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap keredhaan Allah S.W.T.... PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadhan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.


                                  

Pernah gak masa sekolah petang(sekolah remdah agama),ustazah Aini selalu cerita yang Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.





Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.


Rasulullah SAW juga memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa dan bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.


Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.
Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Itulah puasa yang hakiki.. 


Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku... Semoga kemunculanmu membuihkan rasa lebih kecintaan kepada agama Islam yang suci ini....

2 comments:

Anonymous said...

ramadhan al-mubarak..
ramadhan adalah bulan tarbiyah untuk kita..melatih diri melawan nafsu..sehingga diikat syaitan2..tinggallah mujahadah melawan nafsu.
dan bg yg berjaya mengawal nafsu..Aidilfitri yg menjelma di akhir ramadahn merupakan hari kemenangan dan kembalinya kita kepada fitrah yang suci murni...

::NuHa@21:: said...

alhamdulillah.. kedatangan Ramadhan Al-Mubarak adalah yg plg dirindui.. rasa tenang je bila smpi bulan Ramadhan.. krn disinilah kita nak mengejar pahala berganda yg xde pd bulan lain..

Abu Sa'id Al-Khudri R.A meriwayatkan: "Stp hari siang & mlm pd bln Ramadhan, Allah mmbebaskan bgtu byk sekali roh drp api neraka. dan pd stp org Islam pd stp hari siang dan malam doanya pst akn diterima."

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio