Search This Blog

Sunday, November 20, 2011

Seringkali Iman Akan DiUji



Kita perlu mengakui.

Kita sebenarnya makhluk yang mempunyai pelbagai masalah. Jangan marah. Mungkin ada yang kurang bersetuju namun itu hakikatnya.

Kalau kita perhati hidup kita dengan lebih teliti,masalah adalah lumrah kepada manusia.Masalah,ujian dan dugaan adalah bukti kehidupan kita sedang berjalan.Siapa bilang dia tidak ada masalah?

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;

“Yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya.”(Al-Mulk:2)

Kita sering mengadu tentang masalah kita.Masalah yang menyelubungi hidup dianggap sebagai satu bebanan.Namun kita perlu melihat dengan lebih mendalam seluruh kehidupan kita.Mungkin kita mempunyai masalah iman.

Menguak Sirah Kembali



Mari.Mari kita menyorot kembali.Saya jamin ia sangat menarik.

Mengimbas kembali perjalanan hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah bersama Sayidina Abu Bakar r.a.Mereka menempuh padang pasir serta ancaman yang penuh bahaya. Malah mereka diburu oleh panglima-panglima musyrikin yang telah disogok dengan tawaran lumayan.

Saya kagum dengan keperibadian Sayidina Abu Bakar r.a.Kadang-kadang beliau berada di hadapan,sebentar berada di belakang, kemudian beralih di kiri dan kanan Rasulullah S.A.W kerana khuatir musuh melihat Rasulullah S.A.W.Namun Rasulullah SAW kekal tenang.

Tatkala mereka berada di dalam Gua Thur dan hampir - hampir dijumpai, Abu Bakar r.a sudah gelisah dan tidak keruan.Namun Rasulullah S.A.W menenangkan sahabatnya dengan bersabda:

“Apakah pandangan kamu,kita berdua dan ketiganya ialah Allah?”

Subhanallah.Lihatlah apa yang dikatakan oleh manusia yang paling sempurna imannya.

Saya menjadi kagum.Sangat kagum.

Tetapkan Diri Di Landasan Allah.

picture by by http://ideoda.deviantart.com


Iman kita seringkali diuji.

Diuji bukan sahaja dengan masalah kerja, belajar, kewangan, keluarga mahupun cinta,bahkan kadangkala sampai ke tahap nyawa kita diancam.

Namun orang yang jiwanya subur dengan baja keimanan mampu menguatkan jiwanya dan bergantung harapan hanya kepada Allah.

Dia percaya telah melakukan segala usaha yang terdaya,maka pelengkapnya adalah tawakal kepada Allah.

Ayuh.Ayuh kita kembali bermuhasabah diri.

Tenung rapat - rapat masalah kita yang kita hadapi.

Bagaimana cara untuk kita menangani dan mencari jalan penyelesaiannya?

Adakah kita akan kembali kepada Allah dan bergantung pada -Nya?

Jika kita hampir dengan Allah,kita akan melihat bahawa ujian ini adalah hadiah daripada Allah.

Ketahuilah, Allah amat suka hamba-Nya yang sentiasa bermuhasabah diri.Insya Allah.

1 comments:

lieynanilaz said...

setiap orang akan diuji dengan masalah...terimalah setiap masalah itu dengan redha dan tabah..:)

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio