Search This Blog

Friday, November 18, 2011

Menyedari Kepentingan Imtihan



Siapa kata peperiksaan tidak penting?

Sebagai seorang pelajar,tidak kiralah di sekolah mahupun peringkat universiti,kita tidak terlepas daripada satu dugaan dipanggil peperiksaan.

Tidak kiralah peperiksaan bulanan,peperiksaan pertengahan tahun mahupun peperiksaan akhir semester.

Ada pelajar yang bijak,dia melihat peperiksaan itu hanya sekadar halangan yang perlu dilepasi.Mudah baginya.

Pelajar lain pula menganggap peperiksaan ini menyukarkan mereka dan menjadi satu bencana.

Ada juga yang lebih berani menganggap peperiksaan ini langsung tak penting.Katanya,semua itu dunia.Yang penting kita dapat ilmu,tak perlu cemerlang sangat.

“Peperiksaan adalah wadah untuk kita melihat adakah kita menunaikan amanah ibu bapa kita ataupun tidak.”

Itu kata - kata pensyarah saya,Tuan Haji Zamri Bin Ghafar.

Saya sangat bersetuju dengan kata - katanya.

Ya.Peperiksaan itu satu amanah dan tidak boleh dipandang enteng,

Dahulu,saya hanya memikirkan diri sendiri apabila mengambil peperiksaan.Saya anggap kecemerlangan adalah untuk diri saya sahaja.

Kalau gagal pun,saya hanya fikir saya seorang sahaja yang akan menanggung kegagalan tersebut.

Tetapi hakikatnya, peperiksaan ini terikat dengan titik peluh yang telah kita perah dari tulang empat kerat ibu bapa kita,

Mungkin kita kurang sedar.

Semasa peperiksaan,tergantung maruah keluarga kita.Sebelum saya terlupa,maruah ISLAM juga kita bawa bersama.

Mendapat markah rendah dalam peperiksaan tidak akan mengundang rasa mulia orang lain terhadap kita. Sememangnya kita akan melihat betapa manusia memandang rendah terhadap kita apabila kita gagal dalam peperiksaan dan tidak memberikan prestsi yang baik.

Saya ulangi pertanyaan saya,

Siapa kata peperiksaan tidak penting?

Adakah kita masih ingin memandang enteng kepada peperiksaan?

Saya nasihatkan,jangan.

Berusahalah menjadi yang terbaik di kalangan terbaik kerana kita adalah sebaik-baik ummat dan sebaik-baik ciptaan.

 Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah-Nya, dan diberikan kekuatan.

Selamat beraksi!


1 comments:

Zazachan said...

bila kau post ni?ke autopost?huhu..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio