Search This Blog

Tuesday, April 5, 2011

Kenapa Perlu Lari Daripada Masalah,Hassriq?

Masalah datang bertubi-tubi sehingga membuatkan saya berfikir;

“Manusia dan masalah dah macam adik beradik kembar pula ye.”





Ya,Saya cuba memujuk hati dengan mengatakan tiada manusia yang hidup tanpa masalah.Sekali lagi hati terpujuk bilamana mama berpesan tatkala saya ‘merintih’ kepadanya melalui telefon;

“Setiap orang ada masalahnya tapi orang yang berjaya adalah orang yang mampu menyelesaikan masalahnya dengan cara tersendiri.Anak mama kan kuat”

Betul.Kata-kata ibu sangat diperlukan tatkala saya sukar untuk mengekalkan ketenangan apabila menghadapi masalah.Gusar jika masalah ini membuatkan saya mengambil pertimbangan yang tidak wajar dan merungkaikan penyelesaian dengan cara yang silap.

Andai lebih buruk lagi,saya terlalu tertekan sehingga bertindak menamatkan nyawa sendiri.Nauzibillah minzalik!Mohon Ya Allah saya diberi kekuatan dan dijauhkan perkara-perkara yang buruk.

JANGAN LARI!

Saya MENGAKU.

Terlalu banyak masalah yang bertimbun dihadapan saya,sehinggakan saya rasa menyampah untuk terus berurusan dengan masalah-masalah tersebut.Apabila ada masalah atau terbeban dengannya,saya kurang sabar dan biasanya saya hanya akan nampak satu sahaja jalan penyelesaiannya iaitu MELARIKAN DIRI DARIPADA MASALAH ITU.

Saya pernah berhajat meletakkan jawatan saya sebagai ketua lajnah dalam sebuah persatuan Islam di kampus tetapi hajat itu berjaya dinafikan oleh ‘pukulan kilas’ seorang ikhwah ketika saya mengikuti MABIT(Malam Bina Iman dan Taqwa) anjuran PEMBINA MELAKA.

Sesi ‘pillow talk’ berlangsung sebelum tidur  dan banyak perkara yang dibincangkan tetapi bait-bait kata Akh Amir sangat menusuk kalbu;

“Kenapa enta nak berhenti?Bukankah dengan jawatan enta ini akan mengembangkan lagi kerja dakwah enta?

Ana bagi analogi.Enta pemain bola.So andaikan bola itu sebagai masalah dan pintu gol sebagai jalan penyelesaian.Enta nak tunggu bola itu masuk gol sendiri atau enta sendiri berusaha sepak bola itu ke pintu gol?”

Alhamdulillah,ikhwah tadi berjaya menarik minat saya sehingga saya nampak sinar disebalik kisah bola tersebut.

INILAH JALAN ANDA..JANGAN LARI LAGI.

Jalan yang sebenar bukanlah dengan cara kita melarikan diri daripada masalah tetapi kita perlu berusaha menyelesaikannya.

Secara jujur,saya sedar masalah tidak akan selesai atau hilang.Jika saya dapat lari sekalipun daripada masalah tersebut,mesti akan ada masalah lain yang menerjah.Ditambah pula dengan masalah yang belum pun selesai akibat saya melarikan diri tadi.Jadi bertambah masalah dalam hidup saya hanya kerana saya lebih suka melarikan diri.

Seperkara yang ingin saya kongsikan,apabila saya tertekan dengan kerja yang banyak,saya sering membuat keputusan untuk tidur bagi meredakan ketegangan.Seringkali saya meminta sahabat saya untuk menggerakkan saya selepas 20 minit-30 minit tetapi kadankala terlajak sehingga 2 jam ke 3 jam.Apa nak jadi ni,Hassriq?

Ya,saya mungkin dapat bermimpi indah,saya mungkin dapat merasakan ketenangan dalam tidur tetapi apabila sebaik sahaja saya membukakan mata,apa yang akan berlaku kepada saya?Kerja yang bertimbun-timbun dan masa yang semakin sedikit  menghadirkan kegusaran tentang apakah hukuman yang menanti jika tugasan itu tidak dapat disiapkan.



GAGAL DALAM USAHA LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK BERUSAHA LANGSUNG!

Saya melihat melarikan diri hanya mendatangkan keburukan,jadi kenapa tidak saya berusaha walaupun mungkin kejayaan yang bakal  dicapai hanya ada 0.001% sahaja.Betul! Tidak berusaha langsung lebih teruk berbanding gagal selepas kita berusaha.

Orang yang tidak berani menyelesaikan masalah jika diberi peluang 99.9% kemungkinan untuk Berjaya sekalipun langsung tidak bermakna.Tidak ada sekelumit usaha hanya akan menukarkan peratusan itu kepada 0%

Ramai yang tidak sedar besarnya rahmat Allah kepada orang yang berusaha.

Adakah saya,anda dan mereka tidak terkesan?

Saya teringat kata-kata Ustaz Zaidi ketika bersembang santai selepas kuliah Fiqh di UniKL MICET

“Masalah-masalah itu perkara biasa.Daripada kita mengikut telunjuk orang,pengecut dan tak berani berhadapan dengan masalah,lebih kita maju kehadapan dan tidak takut gagal”

Berlapang dadalah tatkala kita sama-sama merenung perkongsian ini.

Ibrah ini bukan untuk saya sahaja tapi untuk anda semua.

Semoga mendapat manfaat!


~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~

8 comments:

Insan Optimis said...

Teruskan usaha, insan yang hidup dalam tarbiyah (didikan) yg sistematik tidak kenal putus asa. Pintalah moga Allah kurniakan yang luas atas ujian & masalah yang semakin besar buat menjadikan diri lebih matang.

Minded thinkers said...

Teruskan usaha, insan yang hidup dalam tarbiyah (didikan) sistematik tidak kenal putus asa. Pintalah moga Allah kurniakan iman yang luas atas ujian & masalah yang semakin besar buat menjadikan diri lebih matang. Sedairilah keistimewaan yang ada dalam diri itu. Jika kita tidak kuat, bagaimana agaknya insan yang ingin kita bawa dan yang langsung tidak hidup dalam sistem ini.

Hanya gerhana bukannya terbenam matahari!

seha said...

wah! artikel ni sgt membantu sy yg kini dilanda mslh yg sgt utk sukar sy tangani.. rasa mau lari tu sure2la ada kan.. hehe.. nsib baik ada artikel ni.. ada juga panduan mau buat apa pas ni.. syukran :)

seha said...

tunggang terbalik plak ayat tu.. spttnya yg sgt 'sukar untuk'.. hehe..asif..

sapa2 pun bolehhhh.... said...

tidur tuh penting utk badan...tp jgn salah gunakan ia sbg salah satu jalan utk melarikan diri dr masalah...wlw kita tdo lama mn pun, alih2 bila bgn nnti masalah tuh ttp akan menghantui kita...melainkan kalo kita hadapi masalah tuh n selesaikannya secepat mungkin...tp dgn cara yg betul la..kalo cara xbetul kang timbul plak lg 1 masalah...huhuhu...tp kalo tdo utk menghilangkan stress kejap xpa...hehehe... ^_^

Hassriq said...

Terima kasih atas cadangan yang membina..MEMBINA GENERASI HARAPAN

sapa2 pun bolehhhh.... said...

cadangan apa ya?? xperasan plak ada cadangan di situ...tlg haighlight sat...

Allen D said...

membuatkan saya terpikir sejenak, bagus artikel ni, :)

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio