Kem Sinergi II sudah melabuhkan
tirai.
Tidak pernah sesekali ku nafikan
bahawa ukhuwah fillah itu indah.
Sesungguhnya,
Tiada kalam yang mampu
mentafsirkan.
Tiada bahasa yang mampu
diungkapkan.
Tiada perkataan tepat yang mampu
diluahkan.
Ya. Perlu hati sendiri yang
merasai. Merasai manisnya rasa ‘halawatul iman’ dalam berteman. Hanya diberikan
untuk orang-orang yang beriman, yang saling berkasih sayang cuma kerana Tuhan.
Ukhuwah fillah. Sepatah kata yang cukup
ringkas, tetapi punya maksud mendalam.
![]() |
Warghh!! Along siapakah ini? (^^,) |
Along suka kehangatan ukhuwahfillah
along dan angah. Along suka melihat bila along kenakan angah, angah terima dengan redha . Masa along perkenalkan
diri, angah semua gelak kat along tapi along tak rasa marah.
Kerana apa? Kerana along dan angah
sudah mula saling mencintai. Sudah mula saling melengkapi.
Along dan angah sudah faham apa itu
ukhuwah. Ya, saat itu along semua sudah rasa kasih pada angah walaupun baru
selesai satu modul.
Bila abah marah angah, hati along
jadi resah. Along jadi tak tentu arah. Kesian tengok angah kena marah tapi abah
marah mesti ada sebab. Untuk lunturkan keegoan angah untuk terima kami sebagai
keluarga. Bukan semua angah macam itu tetapi ada segelintir angah yang masih
belum mengenali along sebenar -benarnya.
Maafkan along kerana tidak
menunjukkan tauladan yang baik untuk angah semua. Mungkin sebab itu angah sukar
nak menerima.
Ukhwahfillah Kekalan Jalinan.
Percayalah. Along tak mampu nak
ubah angah dalam sekelip mata.
Hati angah bukan macam plastersin.
Along ketuk terus berubah. Bukan. Hati manusia perlukan proses yang panjang dan
berterusan untuk berubah.
Alhamdulillah! Terima kasih angah
kerana sudi menerima cara abang long dan kak long. =)
Along selalu cakap “ukhwahfillah
kekalan jalinan”. Angah pun terikut tagline yang sama.
Apa matlamat besar “ukhwafillah
kekalan jalinan”?
Matlamat terbesar “ukhwahfillah
kekalan jalinan” adalah apabila along dan angah beriman kepada Allah, duduk
dalam satu bumbung, bergerak dalam satu barisan tersusun tanpa berkira dari
mana asal kita. Along dan angah saling kasih mengasihi kerana Allah, makan sama
- sama, panjat gunung bersama, main outdoor game bersama dan mengelak bergaduh
antara satu sama lain. Dan apabila saat berpisah, along secara tak sengaja
menitiskan air mata kerana terlalu sayangkan angah.
Terima kasih Abah dan Bonda!
![]() |
Ini Abah Kami! Along dan Angah Sayang Abah! |
Abah selalu cakap “ saya sayang sahabat
saya”. Peluk sahabat anda kiri dan kanan, cakap pada sahabat anda “saya saya
sahabat saya”. Masa itu rasa macam ada renjatan elektrik masuk dalam hati kita.
Jarang kan kita cakap macam itu kat sahabat kita?
Baiknya abah rapatkan hubungan kita
adik beradik.
Baiknya abah ceriakan kita dengan
gelagatnya yang menghiburkan.
Baiknya abah bila kita tidur dia
masih berjaga untuk pastikan keselamatan kita.
Kita rasa abah ini seolah - olah
tiada masalah. Tetapi hakikatnya tidak.
Abah sebenarnya sudah kehilangan ibubapanya.
Tetapi abah tak tunjuk. Abah tak mahu anak - anaknya tahu. Masa sesi muhasabah,
ramai yang menangis bila ada along dan angah bercerita tentang kehilangan orang
tersayang. Semua rasa sedih. Kita semua berpelukan. Along lihat abah. Mata abah
dah merah tapi abah tetap bertahan. Abah tahu, kalau abah turut menangis, macam
mana dengan anak - anak abah?
Sebab itu abah tak cerita banyak.
Sebab abah sangat tabah. Abah dah rasa bagaimana peritnya kehilangan ibu dan
ayah. Abah tidak mahu anak - anak abah rasa keperitan yang dia hadapi. Abah
sempurnakan modulnya sebaik mungkin. Abah menggembirakan anak -anak tersayang.
Hakikatnya, selepas modul, abah menangis sepuas -puasnya. Ada beberapa along
yang memujuknya. Benarlah, kasih ayah membawa ke syurga.
Mungkin kita kurang sedar dimana
bonda? Hanya sesi pengenalan sahaja yang bonda tampil kehadapan. Sesekali bonda
naik ke dewan untuk melihat anak - anak bonda berprogram.Hakikatnya,tatkala abah
memainkan peranan di dewan besar, bonda sibuk di bawah mengatur makanan. Bila
kita lapar, kita terus ke dewan makan. Mungkin sebab terlalu lapar, kita tak perasan kehadiran bonda. Malah ada yang
merungut makanan tak cukup. Bukan mudah nak menyediakan makanan untuk along dan
angah seramai 200 orang.
Ditambah pula dengan kehadiran abang dan kakak Langit
Iahi.
Bonda susah hati sebab takut makan
malam dan sesi makan seterusnya masih tak mencukupi. Bonda minta tolong along
beli barang keperluan. Dengan harapan along dan angah mendapat makanan yang
cukup.
Besarnya pengorbanan bonda. Alangkah sebesar zarah pengorbanan bonda pun
Allah kira, apatah lagi kebaikan yang bonda lakukan pada kita. Terima kasih
abah dan bonda!
Iman Paksi Kehidupan
Keimanan, adalah asas kepada
kehidupan kita. Kesungguhan, kecekalan, ketabahan, kegigihan kita dalam
mengerjakan sesuatu amal, mengharungi kehidupan, dalam keadaan hendak
mendapatkan redha Allah SWT, semuanya berpunca daripada keimanan.
Sesungguhnya disebalik kesukaran
dan kesusahan itu, akan terpendamnya satu keindahan dan keindahan itu akan
terasa bila sabar sentiasa diutamakan..
Setiap kepahitan itu pasti akan ada
pengakhiran dan setiap pengakhiran itu pasti akan menguntum bunga-bunga
kemanisan, selagi kita menyemai benih-benih kesyukuran..
Jika kemanisan itu tidak tumbuh
didunia, percayalah pada janji2Nya dimana
ia akan mekar di syurga.
Masa akan terus berlalu, namun kenangan
demi kenangan tercipta untuk kita.
Sekelumit mengingati-Nya,selaut
kerahmatan dijanjikan-Nya. . (^^,)
![]() |
Kem Sinergi II: Iman Paksi Kehidupan! |
5 comments:
nukilan yg hebat along.. saat mula membaa, angah terus terasa sebak, kolam air mata terasa penuh seakan ingin melimpah.ditahan namun benteng xcukup kuat..
Angah sayang kak long n abg long semua. Angah sayang sgt2 abah n bonda.xsangka, bonda n abah sgt syg akan kami.Angah rindu nak bergelak ketawa, bergembira dan berkumpul dengan keluarga besar ni lagi. semoga 1 hari, Allah akan pertemukan kita semua lagi.. salam syg tuk abah, bonda dan along2 semua..
~the only angah from umt^^ ~
Well written abang long. Walaupun ada aktiviti yang kurang digemari (goyang punggung etc kerana tidak mendatangkan manfaat kepada islam), masih ada moment yang buat saya rindu pada kem.
Dan saya rasa anda semua telah berjaya melahirkan salah satu cabang iman dalam diri kami semua, yakni ukhwah fillah. :D
Jzkk abah, bonda, along & angah for being a part of the sweet moment in my life. ^^
Assalammualaikum..
Indahnya memori itu. In sha Allah, berkekalan. Syukran abg Long Riq akan perkongsian in.
bayak yang kami peroleh dari kem sinergi ni .
kasih sayang, pengorbanan, ukhuwah ... selamanya dalam ingatan
insyaAllah ...
^^ . terima kasih abah, bonda, abg long & kak long
Allahu, seronok baca penulisan ni. teringat balik memori memori indah waktu kem.
sayang abah bonda kak long abang long kak ngah abg ngah semua :) complete 1 family.
ukhuwah fillah kekalan jalinan. inshaa allah. moga kita semua sentiasa dibawah lembayung rahmatNy :)
Post a Comment