Search This Blog

Thursday, January 31, 2013

Pasca Sinergi II: Adakah Kita Masih Berkasih Sayang?

Kem Sinergi II sudah melabuhkan tirai.


Tidak pernah sesekali ku nafikan bahawa ukhuwah fillah itu indah.

Sesungguhnya,

Tiada kalam yang mampu mentafsirkan.
Tiada bahasa yang mampu diungkapkan.
Tiada perkataan tepat yang mampu diluahkan.

Semuanya perlu dirasai sendiri.

Ya. Perlu hati sendiri yang merasai. Merasai manisnya rasa ‘halawatul iman’ dalam berteman. Hanya diberikan untuk orang-orang yang beriman, yang saling berkasih sayang cuma kerana Tuhan.

Ukhuwah fillah. Sepatah kata yang cukup ringkas, tetapi punya maksud mendalam.


Warghh!! Along siapakah ini? (^^,)

Along suka kehangatan ukhuwahfillah along dan angah. Along suka melihat bila along kenakan angah, angah  terima dengan redha . Masa along perkenalkan diri, angah semua gelak kat along tapi along tak rasa marah.

Kerana apa? Kerana along dan angah sudah mula saling mencintai. Sudah mula saling melengkapi.
Along dan angah sudah faham apa itu ukhuwah. Ya, saat itu along semua sudah rasa kasih pada angah walaupun baru selesai satu modul.

Bila abah marah angah, hati along jadi resah. Along jadi tak tentu arah. Kesian tengok angah kena marah tapi abah marah mesti ada sebab. Untuk lunturkan keegoan angah untuk terima kami sebagai keluarga. Bukan semua angah macam itu tetapi ada segelintir angah yang masih belum mengenali along sebenar -benarnya.

Maafkan along kerana tidak menunjukkan tauladan yang baik untuk angah semua. Mungkin sebab itu angah sukar nak menerima.

Ukhwahfillah Kekalan Jalinan.

Percayalah. Along tak mampu nak ubah angah dalam sekelip mata.

Hati angah bukan macam plastersin. Along ketuk terus berubah. Bukan. Hati manusia perlukan proses yang panjang dan berterusan untuk berubah.

Alhamdulillah! Terima kasih angah kerana sudi menerima cara abang long dan kak long. =)

Along selalu cakap “ukhwahfillah kekalan jalinan”. Angah pun terikut tagline yang sama.
Apa matlamat besar “ukhwafillah kekalan jalinan”?

Matlamat terbesar “ukhwahfillah kekalan jalinan” adalah apabila along dan angah beriman kepada Allah, duduk dalam satu bumbung, bergerak dalam satu barisan tersusun tanpa berkira dari mana asal kita. Along dan angah saling kasih mengasihi kerana Allah, makan sama - sama, panjat gunung bersama, main outdoor game bersama dan mengelak bergaduh antara satu sama lain. Dan apabila saat berpisah, along secara tak sengaja menitiskan air mata kerana terlalu sayangkan angah.

Terima kasih Abah dan Bonda!

Ini Abah Kami! Along dan Angah Sayang Abah!

Abah selalu cakap “ saya sayang sahabat saya”. Peluk sahabat anda kiri dan kanan, cakap pada sahabat anda “saya saya sahabat saya”. Masa itu rasa macam ada renjatan elektrik masuk dalam hati kita. Jarang kan kita cakap macam itu kat sahabat kita?

Baiknya abah rapatkan hubungan kita adik beradik.
Baiknya abah ceriakan kita dengan gelagatnya yang menghiburkan.
Baiknya abah bila kita tidur dia masih berjaga untuk pastikan keselamatan kita.

Kita rasa abah ini seolah - olah tiada masalah. Tetapi hakikatnya tidak.

Abah sebenarnya sudah kehilangan ibubapanya. Tetapi abah tak tunjuk. Abah tak mahu anak - anaknya tahu. Masa sesi muhasabah, ramai yang menangis bila ada along dan angah bercerita tentang kehilangan orang tersayang. Semua rasa sedih. Kita semua berpelukan. Along lihat abah. Mata abah dah merah tapi abah tetap bertahan. Abah tahu, kalau abah turut menangis, macam mana dengan anak - anak abah?

Sebab itu abah tak cerita banyak. Sebab abah sangat tabah. Abah dah rasa bagaimana peritnya kehilangan ibu dan ayah. Abah tidak mahu anak - anak abah rasa keperitan yang dia hadapi. Abah sempurnakan modulnya sebaik mungkin. Abah menggembirakan anak -anak tersayang. Hakikatnya, selepas modul, abah menangis sepuas -puasnya. Ada beberapa along yang memujuknya. Benarlah, kasih ayah membawa ke syurga.

Mungkin kita kurang sedar dimana bonda? Hanya sesi pengenalan sahaja yang bonda tampil kehadapan. Sesekali bonda naik ke dewan untuk melihat anak - anak bonda berprogram.Hakikatnya,tatkala abah memainkan peranan di dewan besar, bonda sibuk di bawah mengatur makanan. Bila kita lapar, kita terus ke dewan makan. Mungkin sebab terlalu lapar, kita tak  perasan kehadiran bonda. Malah ada yang merungut makanan tak cukup. Bukan mudah nak menyediakan makanan untuk along dan angah seramai 200 orang. 
Ditambah pula dengan kehadiran abang dan kakak Langit Iahi.

Bonda susah hati sebab takut makan malam dan sesi makan seterusnya masih tak mencukupi. Bonda minta tolong along beli barang keperluan. Dengan harapan along dan angah mendapat makanan yang cukup. 

Besarnya pengorbanan bonda. Alangkah sebesar zarah pengorbanan bonda pun Allah kira, apatah lagi kebaikan yang bonda lakukan pada kita. Terima kasih abah dan bonda!

Iman Paksi Kehidupan

Keimanan, adalah asas kepada kehidupan kita. Kesungguhan, kecekalan, ketabahan, kegigihan kita dalam mengerjakan sesuatu amal, mengharungi kehidupan, dalam keadaan hendak mendapatkan redha Allah SWT, semuanya berpunca daripada keimanan.

Sesungguhnya disebalik kesukaran dan kesusahan itu, akan terpendamnya satu keindahan dan keindahan itu akan terasa bila sabar sentiasa diutamakan..

Setiap kepahitan itu pasti akan ada pengakhiran dan setiap pengakhiran itu pasti akan menguntum bunga-bunga kemanisan, selagi kita menyemai benih-benih kesyukuran..

Jika kemanisan itu tidak tumbuh didunia,  percayalah pada janji2Nya dimana ia akan mekar di syurga.

Masa akan terus berlalu, namun kenangan demi kenangan tercipta untuk kita.

Sekelumit mengingati-Nya,selaut kerahmatan dijanjikan-Nya. . (^^,)

Kem Sinergi II: Iman Paksi Kehidupan!

5 comments:

miss alieya said...

nukilan yg hebat along.. saat mula membaa, angah terus terasa sebak, kolam air mata terasa penuh seakan ingin melimpah.ditahan namun benteng xcukup kuat..

Angah sayang kak long n abg long semua. Angah sayang sgt2 abah n bonda.xsangka, bonda n abah sgt syg akan kami.Angah rindu nak bergelak ketawa, bergembira dan berkumpul dengan keluarga besar ni lagi. semoga 1 hari, Allah akan pertemukan kita semua lagi.. salam syg tuk abah, bonda dan along2 semua..

~the only angah from umt^^ ~

Nina Mazlan said...

Well written abang long. Walaupun ada aktiviti yang kurang digemari (goyang punggung etc kerana tidak mendatangkan manfaat kepada islam), masih ada moment yang buat saya rindu pada kem.

Dan saya rasa anda semua telah berjaya melahirkan salah satu cabang iman dalam diri kami semua, yakni ukhwah fillah. :D

Jzkk abah, bonda, along & angah for being a part of the sweet moment in my life. ^^

Laila said...

Assalammualaikum..
Indahnya memori itu. In sha Allah, berkekalan. Syukran abg Long Riq akan perkongsian in.

Anonymous said...

bayak yang kami peroleh dari kem sinergi ni .

kasih sayang, pengorbanan, ukhuwah ... selamanya dalam ingatan
insyaAllah ...

^^ . terima kasih abah, bonda, abg long & kak long

hajarshafinaz said...

Allahu, seronok baca penulisan ni. teringat balik memori memori indah waktu kem.

sayang abah bonda kak long abang long kak ngah abg ngah semua :) complete 1 family.

ukhuwah fillah kekalan jalinan. inshaa allah. moga kita semua sentiasa dibawah lembayung rahmatNy :)

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio