Search This Blog

Thursday, May 28, 2009

Kisah Champions League Dan Aktiviti "Mempersonakan" Di Pagi-Pagi Buta..

Assalamualaikum w.b.t..



Syukur alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk terus hidup di muka bumi ini..Walaupun badan berasa letih dek melayan aksi final champions league yang menghiburkan,tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t di muka bumi ini wajib diteruskan..









Kerancakan Aksi Dua Kelab Gergasi Eropah...












Saya bukanlah pengulas sukan yang baik tetapi apa yang dapat disimpulkan dari final semalam,final tersebut adalah yang terbaik sepanjang penganjurannya baik dari segi persiapan logistik hinggalah kepada persembahan corak permainan kedua-dua pasukan.Tahniah kepada FC Barcelona yang telah merangkul piala ketiganya musim ini selepas Liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol.Kiranya dapat kejuaraan treble la ye!


Walaubagaimanapun sekalung tahniah gak kepada Manchester United kerana memberi tentangan yang hebat.Kepada penyokong fanatik MU,pasukan anda pun hebat gak sebab da rangkul 4 piala semusim(EPL,Piala Liga,Piala Sumbangsih dengan Piala Kelab-Kelab Dunia).Saya kira lebih 1 Billion orang menyaksikan final ini samada di Stadium Olimpico,Rome mahupun di setiap televisyen seluruh dunia.


Hmm..mesti meriah gila suasana pada waktu tu samada di stadium,rumah mahupun di kedai-kedai makan berdekatan tapi apa yang ingin saya tonjolkan ialah suasana suram,muram dan kelam pada waktu yang sama..Apa benda ek??Ini bukan cerita Misteri Nusantara atau slot Keliwon.Apa kata meh kita selongkar suasana seumpama ini...



Aktiviti Yang Semakin Dilupakan?








Qiamulail...Saya pasti ramai yang tau perkataan yang lebih ringkas dipanggil "Qiam" ini.Mungkin sebahagian besar kita telah didedahkan amalan qiamulail ini sejak dibangku sekolah lagi tapi seberapa ramaikah yang mengamalkan qiamulail ini? Kalau ingin dibandingkan suasana final semalam dengan aktiviti qiamulail ini, ternyata aktiviti qiam ini muncul "pemenang" bagi kategori aktiviti paling suram.






Mengapa berlaku keadaan sedemikian??Ini mungkin terjadi kerana kurangnya "promosi" untuk aktiviti qiam itu sendiri.Cuba lihat promosi sempena final champions league semalam.Begitu meriah promosi yang diadakan dan terpampang di dada akhbar atau di kaca televisyen anda.Saya tak salahkan stesen televisyen atau penerbitan akhbar sebab itu hak mereka.Mereka menjalankan bisnes dan semestinya mereka ingin mengaut keuntungan hasil berita terkini hiburan sensasi tersebut.


Sebenarnya bukan susah pun nak buat promosi qiam ni.Tak payah keluarkan modal yang besar untuk buat banner,sepanduk atau iklan ditepi jalan mahupun di media massa.Hanya perlukan air liur,peti suara anda dan sedikit tenaga anda untuk menggerakkan aktiviti qiam ini.





Ajaklah orang yang dekat dengan sekeliling anda dan saya sangat yakin keluarga merupakan "target" utama.Gunakanlah skill atau bakat yang anda miliki walaupun tidak sehebat C.Ronaldo mahupun L.Messi..Mungkin skill anda itu lebih bermanfaat kepada orang lain bebanding 2 orang superstar tadi sekiranya skill itu berhasil.Andalah yang kena mengimarahkan aktiviti qiam ini..



Macam mana nak buat kalau kita dah ajak buat qiam tapi dia buat don't know je??Persoalan utama yang bermain di minda para "pengajak".Jangan khuatir atau gundah gulana.Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Perkara pokok yang perlu diutamakan ialah anda mesti melakukan qiamulail itu sendiri.Jangan sampai ada pihak yang mengatakan kepada anda.. "Eleh,dia ajak orang buat tapi dia sendiri dok bantai tido sampai pagi.Cakap tak serupa bikin.."




Tegakkan Islam Dalam Dirimu..........


"Tegakkan Islam dalam dirimu,insya'Allah Islam akan tertegak sendiri disekelilingmu.."


Kalau anda ingin mengajak ke arah kebaikan,andalah orang pertama yang perlu terjun ke lembah kemuliaan ini..Jadikan diri anda sebagai role model kepada keluarga,rakan2 dan masyarakat.Jangan paksa orang lain mengikut cara anda kerana sudah pasti anda pun tidak suka dipaksa mengikut cara orang lain.


Islam bukan agama paksaan..Ajaklah seberapa ramai pun dan buatlah qiam ini mengikut kemampuan anda.Kalau tak boleh buat setiap hari,buatlah seminggu sekali atau paling lekeh pun sebulan sekali tetapi alangkah ruginya jika anda buat setahun sekali..itupun di bulan ramadhan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.


Allah s.w.t Mengiktiraf Aktiviti Mempersonakan Ini!


Begitu besar fadhilat dan ganjaran yang akan diberikan oleh Allah s.w.t kepada orang yang sanggup mengorbankan masa lenanya.Qiamulail inilah platform untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..Bukan mudah untuk melawan kenikmatan tidur..Di dalam qiam kita boleh bermunajat kepada Allah s.w.t dengan lebih khusyuk dan tawaduk serta memberi peluang kepada kita untuk membuat solat sunat selain dari solat fardu 5 waktu seperti solat sunat tahajjud,solat sunat taubat,solat sunat hajat dan solat-solat sunat yang lain..

Rasulullah s.aw pernah bersabda:

"Solat(sunat) adalah sebaik-baik tempat (untuk mengadap Allah s.w.t).Siapa yang ingin(mengadap Allah s.w.t) banyak (kali) boleh,siapa yang ingin sedikit sekali pun boleh(Riwayat Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim)"





Allah s.w.t juga berfirman di dalam Al-Quran:

"Pada sebahagian malam buatlah solat tahajud sebagai tambahan(Isra':76)"

"Dengan solat tahajud ini Tuhan akan memberikan kamu kedudukan yang terpuji(Isra':78)"

Sudah terang lagi bersuluh aktiviti qiam ini mampu menjadi aktiviti yang betul-betul mempersonakan..Marilah sama-sama kita menghayatinya..

p/s:Alhamdulillah sempat gak saya menikmati aktiviti ini walaupun terlewat sikit..

~~Wassalam~~



0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio