Search This Blog

Tuesday, May 26, 2009

Wajarkah Pakcik Ini Diperlakukan Sedemikian??


Assalamualaikum w.b.t....

Hari ini hari rabu 27/05/ 2009..hari dimana setiap minggu rakyat Semanggol nantikan.Nak tau kenapa?Hari ini lah majoriti rakyat berhimpun bagaikan pesta kerana adanya pekan Rabu sebagaimana kebiasaanya.Saya bukan nak menceritakan kemeriahan atau pelbagai barangan yang diperdagangkan tetapi ingin mengupas kisah terpencil yang mungkin orang ramai tak ambil "port" pun..





Seorang Pakcik Tua.........



Sekadar gambar hiasan



Sebelum saya menjejakkan kaki ke tempat kerja,sempatlah gak saya membuat "lawatan rasmi" ke pekan tersebut.Tiada barangan yang berkenan di hati tetapi mata saya melirik kepada pergerakan seorang pakcik tua yang agak pelik penampilannya. Dari jauh dia berjalan terhuyung-hayang sambil membimbit beberapa helai kertas.Dia menghampiri saya lalu menghulurkan sekeping kertas bersaiz A4.Sambil menyambut huluran salam pakcik tersebut,saya menerima kertas yang diberikan tadi.Seperti biasa, kertas memohon derma untuk rumah anak-anak yatim. Saya kira ini situasi biasa di Malaysia.

Tetapi, apa yang ingin saya kongsikan adalah cara pakcik tersebut merayu. Sungguh menyayat hati. Dia menagih simpati orang ramai dan melagukan suara tangisan yang begitu menyedihkan. Sama seperti bayi merengek meminta susu.Mendayu-dayu suaranya hinggakan saya terpaksa membuat keputusan memberi sejumlah kecil wang dan segera beredar dari situ..Bukan membenci, tetapi berasa terlalu kasihan dan tidak tega melihat senyuman sinis yang dilemparkan terhadap pakcik tersebut oleh kebanyakan orang ramai..


Sisi Gelap Pandangan Masyarakat...........

Bukan sekadar pandangan jelek, tetapi ada juga yang bertindak membuang dan membaling kembali kertas-kertas tersebut. Apa salahnya jika disimpan kertas itu elok-elok walaupun tidak mahu membacanya.Begitu juga seorang lagi pakcik tua yang meminta sedekah sambil mengalunkan lagu-lagu rintihan.Begitu menyentuh hati.

Saya masih teringatkan gelak tawa mereka sambil mengejek pakcik tua tersebut.Mereka itulah anak muda masa kini yang kononnya menjadi generasi harapan masa depan.Tidakkah mereka terfikir jikalau nasib pakcik tua tadi menimpa orang tua mereka? Setiap kali itu jugalah hati terasa terbelah-belah kepedihan.Saya cuba untuk tidak menyentuh isu samada dia menipu atau tidak. Itu soal kedua, kerana ia hanya kemungkinan....



Hormatilah Hak Keistimewaan Orang Lain.........


Soalnya sekarang, adakah patut kita menghina orang sebegitu hanya kerana dia seorang yang peminta sedekah? Adakah kita menganggap dia sudah tidak bermaruah? Tidak. Walaupun dia seorang lelaki tua yang miskin, dia masih berhak atas sebuah keistimewaan yang dinamakan penghormatan.Dia tidak memaksa untuk dibayar atas setiap esak tangisnya. Jika tidak sudi membantu, biarkan sahaja. Itu hak anda. Tetapi yang jelas, memaki dan menghina mereka bukanlah sikap orang yang mengaku bertamadun !

Sesekali anda melihat pengemis jalanan umpama sampah yang tiada nilai di mata anda, tetapi mungkin berbeza di mata orang lain. Alangkah bagusnya jika kita belajar untuk tidak terlalu cepat melatah dan menghukum seseorang hanya kerana dia tidak sekutu dengan kita dari segi kekayaan, akhlak dan lain-lain.Bukankah si pengemis itu sendiri telah menciptakan suatu peluang untuk anda mengamalkan budaya tolong-menolong? Selain itu, anda juga boleh menganggap kehadiran pengemis itu sebagai satu cabaran untuk anda berkerja dengan lebih gigih lagi untuk berjaya dalam hidup. Dan ianya pasti merupakan suatu sumber inspirasi yang begitu hebat !

Pernahkah anda berfikir sedemikian?? Tidak akan terjadi sesuatu perkara melainkan atas keizinan Allah s.w.t..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..


~~Wassalam~~




0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio