![]() |
Pergi kuliah. Kerja assignment.Bukan sekadar tanggungjawab. |
“Shahkir, kelas kau start pukul berapa?”
“Pukul 8 pagi. Dah la assignment banyak lagi tak siap.”
“Ada masa buat la. Habis kelas hari ni pukul berapa?
“Pukul 5. Jadual full. Mana ada masa nak relax. Aku jadi tak minat belajar”
Belajar perlu minat. Mengapa bukan sekadar kepandaian atau tanggungjawab?
Teori
mudah.Mari kita fikir.
“Kita
tidak minat, kita tidak akan belajar dengan gigih. Kita tidak minat, ada
kepandaian pun kita tidak akan gunakan.”
Tanpa
minat yang mendalam, bagaimana kita hendak mendisiplinkan diri kita,
mengorbankan sedikit masa kita dan memberikan sejuzu’ fokus kita terhadap
pelajaran kita?
Nampak
bukan?
Ya.
Itulah dia. Sebab itu minat adalah apa yang saya letakkan pertama sekali dalam
menjadi pelajar pilihan Allah. Jadi pertama sekali, pastikan kita adalah
pelajar yang BERMINAT untuk BELAJAR!
Menjadi
Pelajar Pilihan ALLAH. Bagaimana?
![]() |
Menjadi Pelajar Pilihan Allah. |
1. Minat boleh dibina.
Jadi
sebelum belajar, mari kita pupuk minat. Yakinkan diri kita belajar kerana Allah
S.W.T. Insha Allah kita akan jadi minat.
Setiap
kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, cuba kita sentiasa ingatkan diri,
menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut
ilmu.
Kelas
pukul 8? Ramai yang merungut tetapi jangan rasa tertekan pabila kelas bermula
awal pagi dan berakhir lewat petang.
Muhasabah
diri bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, malaikat akan sentiasa
mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu
tersangatlah lama. Bukankah itu menyenangkan hati? (^^,)v
Saya
tidak terdidik, jauh sekali mahu mendidik orang lain bagaimana blog saya mampu
menjadikan anda pandai. Janganlah sesekali anda, yang membaca penulisan saya
ini, menjadikan itu sebagai ‘sebab’, mahupun, hatta, untuk menjadi ‘antara sebab’
anda menjadi lemah dan malas belajar. Jangan dan jangan.
Pelajar
pilihan Allah bukan begitu.
Minat
seorang pelajar tumbuh daripada perasaan dan kefahamannya bahawa dengan belajar
ini, dia boleh memberikan manfaat yang banyak kepada masyarakat. Akhirnya kita
boleh menyumbang ‘sesuatu’ kepada Islam. Belajar dan mengajarkan kepada orang
lain juga boleh dijadikan sebagai saham akhirat. Selagi ilmu itu berjalan,
sekiranya diri kita diisi dengan perkara yang baik, selagi itulah kita akan
mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Sebab
itu saya, menyatakan hadith berikut kepada anda:
“Demi Allah, jikalau Allah memberikan petunjuk kepada seseorang disebabkan kamu, maka itu lebih baik untukmu daripada unta-unta merah.” Hadith muttafaq alaih.
“ Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” Riwayat Muslim.
Belajar
hakikatnya adalah satu potensi. Sekiranya anda, menjumpai bahawa diri anda
memang ‘suka’ belajar, di situlah anda kena bina minat anda. Jangan sekadar
jadikan ia ‘suka-suka’ sahaja. Jadikan ia sebagai ‘minat’.
2)
Disiplinkan diri.
Setiap
kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study
itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.
Saya ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada
seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun
sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu
masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa
budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya
menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu
dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca
satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak
sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita
yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan
memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3)
Kembalikan caj-caj positif dalam diri
Apabila
kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi
tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan
yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan
tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam
kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi,
apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu
yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua
rakaat. Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah
memadai. Recharge caj - caj positif dalam diri kita.
4)
Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part
paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang.
Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat
ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada
mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi,
setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal,
jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan
solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa
mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila
kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5)
Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa
mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk
ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat
dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang
belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih
berkat.
.............................................................
Kesimpulannya,
selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini
Jom
letakkan matlamat.
Bukan
sekadar cemerlang dalam pelajaran sahaja,
Kita
juga mampu beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T.
Jagalah
hubungan dengan Allah, insha Allah nescaya Allah menjaga kita. (^^,)v
1 comments:
cas2 positif dlm diri itu amat penting :)
Post a Comment