Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Pemuda: Menjadi Pelajar Pilihan Allah. Mahukah?




Pergi kuliah. Kerja assignment.Bukan sekadar tanggungjawab.


“Shahkir, kelas kau start pukul berapa?”
“Pukul 8 pagi. Dah la assignment banyak lagi tak siap.”
“Ada masa buat la. Habis kelas hari ni pukul berapa?
“Pukul 5. Jadual full. Mana ada masa nak relax. Aku jadi tak minat belajar” 

Belajar perlu minat. Mengapa bukan sekadar kepandaian atau tanggungjawab?

Teori mudah.Mari kita fikir.

“Kita tidak minat, kita tidak akan belajar dengan gigih. Kita tidak minat, ada kepandaian pun kita tidak akan gunakan.”

Tanpa minat yang mendalam, bagaimana kita hendak mendisiplinkan diri kita, mengorbankan sedikit masa kita dan memberikan sejuzu’ fokus kita terhadap pelajaran kita?

Nampak bukan?

Ya. Itulah dia. Sebab itu minat adalah apa yang saya letakkan pertama sekali dalam menjadi pelajar pilihan Allah. Jadi pertama sekali, pastikan kita adalah pelajar yang BERMINAT untuk BELAJAR!



Menjadi Pelajar Pilihan ALLAH. Bagaimana?


Menjadi Pelajar Pilihan Allah.



1.  Minat boleh dibina.

Jadi sebelum belajar, mari kita pupuk minat. Yakinkan diri kita belajar kerana Allah S.W.T. Insha Allah kita akan jadi minat.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, cuba kita sentiasa ingatkan diri, menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Kelas pukul 8? Ramai yang merungut tetapi jangan rasa tertekan pabila kelas bermula awal pagi dan berakhir lewat petang.

Muhasabah diri bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama. Bukankah itu menyenangkan hati? (^^,)v

Saya tidak terdidik, jauh sekali mahu mendidik orang lain bagaimana blog saya mampu menjadikan anda pandai. Janganlah sesekali anda, yang membaca penulisan saya ini, menjadikan itu sebagai ‘sebab’, mahupun, hatta, untuk menjadi ‘antara sebab’ anda menjadi lemah dan malas belajar. Jangan dan jangan.

Pelajar pilihan Allah bukan begitu.

Minat seorang pelajar tumbuh daripada perasaan dan kefahamannya bahawa dengan belajar ini, dia boleh memberikan manfaat yang banyak kepada masyarakat. Akhirnya kita boleh menyumbang ‘sesuatu’ kepada Islam. Belajar dan mengajarkan kepada orang lain juga boleh dijadikan sebagai saham akhirat. Selagi ilmu itu berjalan, sekiranya diri kita diisi dengan perkara yang baik, selagi itulah kita akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Sebab itu saya, menyatakan hadith berikut kepada anda:

“Demi Allah, jikalau Allah memberikan petunjuk kepada seseorang disebabkan kamu, maka itu lebih baik untukmu daripada unta-unta merah.” Hadith muttafaq alaih.

“ Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” Riwayat Muslim.

Belajar hakikatnya adalah satu potensi. Sekiranya anda, menjumpai bahawa diri anda memang ‘suka’ belajar, di situlah anda kena bina minat anda. Jangan sekadar jadikan ia ‘suka-suka’ sahaja. Jadikan ia sebagai ‘minat’.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Saya ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri

Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat. Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai. Recharge caj - caj positif dalam diri kita.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.


5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini

Jom letakkan matlamat.

Bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran sahaja,
Kita juga mampu beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T.

Jagalah hubungan dengan Allah, insha Allah nescaya Allah menjaga kita. (^^,)v

1 comments:

Unknown said...

cas2 positif dlm diri itu amat penting :)

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio