Search This Blog

Friday, May 29, 2009

Sahabatku..Bertuturlah Dengan Baik...!




Assalamualaikum w.b.t..


Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana telah memberi saya kekuatan untuk menempuh satu hari lagi di muka bumi ini.Mudah-mudahan hidup saya dan seluruh umat Islam lebih diberkati..




Tempat Kerjaku...


Hari ni seperti biasa saya menjalani rutin harian.Pergi ke tempat kerja(bunyi mcm executive padahal keje biasa je)..Saya bukan nk menceritakan bagaimana saya bekerja atau pukul berapakah saya masuk kerja tapi ada situasi yang kurang enak diperdengarkan kepada saya..







"Hang ni bodoh la! Suka-suka hati je bagi lingkup basikal aku..Ingat pakai duit bapak hang ke??"..Ni la ayat pertama kedengaran tatkala nak buka pintu office(sebenarnya premis perniagaan je..) Bukan sekali dua perkataan seumpama ini keluar dari mulut anak muda masa kini khususnya..







Bermula dari perkataan carut "antarabangsa" seperti fuck u,fuck shit,damn you sehinggalah ke perkataan "tempatan" yang sering meniti di bibir remaja sekarang seperti,bodoh,babi,bangang dan perkataan keji yang sama maksud dengannya selalu kita dengari. Natijahnya inikah fenomena yang bakal diwarisi oleh generasi selepas kita..??







Bagaimana bermula dan salah siapa anda yang tentukan..Saya hanya menyokong mana yang benar...








Awasi Lidah Dan Tutur Katamu!


Comelnya budak ni..Da pandai jelir lidah..








Lidah ialah sekeping daging tidak bertulang.Awas sekiranya kita tidak pandai menjaga nikmat pancaindera ini,kita akan terhumban ke dalam dosa dan murka dari Allah s.w.t.Oleh sebab itu Nabi Muhammad s.a.w semasa hayatnya sentiasa berpesan supaya kita menjaga dan tutur bicara.Ingatlah dan berfikir sebelum berkata.Hayatilah pesan Rasulullah S.A.W:














Bertutur Dengan Baik Itu Umpama Sedekah..




Abu Hurairah r.a meriwayatkan,sabda Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:"Pahala tutur yang baik sama seperti bersedekah"(Riwayat Bukhari dan Muslim)









Banyak Bercakap Banyak Salahnya....




Kalau kita menyedari yang kita asyik "terbabas" dan banyak bercakap perkara yang sia-sia,lebih baik kita kawal lidah dan diam je..









Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesiapa yang yakin kepada Allah s.w.t dan hari akhirat,dia perlu bercakap yang bik-baik atau diam sahaja.."(Riwayat Bukhari dan Muslim)









Jadilah Orang Islam Yang TERBAIK!!




Pada suatu ketika sahabat Nabi Muhammad s.a.w bernama Abu Musa Asy'ari berkata:"Wahai Rasulullah! Siapakah orang Islam yang paling baik?" Jawab Rasulullah s.a.w,"Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya.." (Riwayat Bukhari dan Muslim)









Rasulullah S.A.W Memberi Amaran Tentang Bahaya Lidah..




Hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a,dia pernah mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda:"Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelinci ke neraka lebih jauh dari jarak antara timur dan barat.."









4 Sifat Yang Seseorang Itu Dianggap Munafik Sehingga Dia Meninggalkan Sifat Tersebut.."




Sifat itu adalah,apabila diberi amanah dia khianat,apabila bercakap dia menipu,apabila berjanji dia mungkiri dan apabila dia bertengkar dia membuat sumpah palsu..









Jangan Suka "Busy Body"...



Sifat peka dan prihatin terhadap kawan-kawan merupakan sifat yang baik tapi jangan pula kita asyik mencari kekurangan dan kelemahan mereka dan lebih teruk lagi kita mencanangkan kepada orang lain.Itu mengumpat namanya.







Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada sahabat-sahabat baginda:"Saudara-saudara tahu apa itu mengumpat?"




Sahabat-sahabat menjawab:"Hanya Allah S.W.T dan utusannya yang lebih tahu.."






Kemudian Rasulullah S.A.W berkata:"Mengumpat itu ialah saudara menyebut hal rakan saudara yang dia tidak suka."






Ada sahabat bertanya:Apa pandanganmu Ya Rasulullah apabila saudara itu memang sifatnya seperti yang saya sebutkan?"



Rasulullah S.A.W menjawab:"Apabila dia memang begitu,maknanya saudara telah mengumpatnya.Apabila dia tidak bersifat seperti yang saudara katakan,bereti saudara telah memfitnahnya.."(Riwayat Tarmizi)


Jadi,kita sebagai khalifah di muka bumi ini wajar menghormati antara satu sama lain..Ingatlah kita adalah sebaik-baik kejadian yang telah Allah ciptakan dan menjadi umat Islam adalah satu kenikmatan yang tak terhingga tetapi janganlah Islam pada kad pengenalan sahaja(ayat Encik Penulis)..

~~Wassalam~~









0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio