Search This Blog

Monday, December 6, 2010

Hendak Berhijrah? Jom Tinggalkan Maksiat Sekarang Juga!





hijrah..sudikah kita menerima?~picture by ladytori of deviant art

Selesai sahaja mengikuti usrah di bumi Taiping tempoh hari,saya berfikir sejenak setibanya sampai di rumah.Topik yang disampaikan oleh bro Hisham dan hujah yang diberikan oleh bro Zulfikar tentang Hijrah ‘memaksa’ saya  mengimbau masa lampau.Bayangan kehidupan masa lalu tiba-tiba berputar seperti  terpancar di  depan mata.Betapa hinanya diri ini mengenangkan kesilapan masa lalu.Kesilapan yang menyebabkan diri ini terjerumus ke lembah maksiat


Mungkin perkara yang paling dahsyat yang paling saya risaukan adalah hanyut dalam kubang maksiat.Benarlah kata-kata sahabat saya,Syakir bahawa maksiat lebih bahaya kepada kita berbanding serigala buas.

Kenapa Bahaya?

Cuba bayangkan jika maksiat sudah memenuhi hati,segala kebaikan yang diterima akan terputus.Orang nasihat,kita tidak menerima.Ada tazkirah,kita tidak ambil pengajaran.Kita baca Al-Quran sekalipun,kita tidak mampu merasai kenikmatan daripada kalam Allah tersebut.

Semua ini terjadi disebabkan hanyut dalam kemaksiatan.Nabi Muhammad S.A.W penah memberi peringatan sebagaimana dalam sabdanya:

“Apabila seseorang mukmin melakukan dosa,maka sebuah titik hitam akan menempel  di hatinya.Jika ia bertaubat,meninggalkannya dan meminta ampun kepada Allah,nescayanya hatinya akan bening.Dan jika ia berbuat maksiat kembali,titik hitam akan semakin banyak menempel dihati dan itulah ‘penutup hati’ di atas dosa yang telah disebutkan Allah didalam firmannya yang bermaksud;
‘Sekali-kali tidak(demikian)sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.(Al-Muthaffin:14)’(H.R At-Tarmizi,Abu Dawud,Ibnu Majah dan Ahmad)

Semasa pertemuan dengan bro Aizat di Taiping tempoh hari,banyak perkara yang dibincangkan dan antaranya berkaitan tentang isu penglibatan bukan penguasaan,mengesani masyarakat dan masalah ummah.Mungkin ada dikalangan masyarakat muslim yang sangat menitikberatkan amalan sunnah seperti cara memotong kuku  dan sebagainya tapi kurangnya kepekaan untuk melakukan perkara yang wajib seperti mencegah anak-anak mereka keluar berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.


Jangan Buat Maksiat..!

Jadi apa yang dapat saya kongsikan disini ialah meninggalkan maksiat mesti didahulukan daripada melakukan amalan-amalan sunnah.Saya bukan cuba menidakkan kebaikan amalan sunnah tapi yang mana lebih penting mesti diberi keutamaan.Orang yang meninggalkan maksiat tetapi jarang membaca Al-Quran lebih baik daripada orang yang selalu melakukan maksiat dan dia membaca Al-Quran.

Percayalah! Orang yang tetap melakukan maksiat tidak akan mampu memberi komitmen untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah.Ada kisah ketika Saiyidina Umar al-Khattab melepaskan keberangkatan tentera Islam yang akan berperang dijalan Allah.Dia berpesan,”Jangan sekali-kali kalian berbuat maksiat,sedangkan kalian berjuang dijalan Allah!”


Selepas proses penghijrahan..Oh..Kesilapan ayat 'Methodology' disitu..

Adakah saya terus bergelumang maksiat sedangkan saya ketika ini begitu asyik menyebarkan fahaman Islam?Nauzubillah..Saya sangat berharap iman saya tetap teguh dijalan-Nya.Terima kasih kepada bro Aizat kerana sering mengingatkan saya untuk memperbaharui niat.Tarbiah bukan untuk dilihat tapi untuk dirasai.
 Adakah kita hanya berseronok melihat rakan-rakan kita berubah kearah kebaikan sedangkan kita sendiri terkapai-kapai  membuat sesuatu yang akhirnya menjerat diri sendiri atau kita sama-sama berjuang untuk menikmati tarbiah yang indah ini?

Jom duduk sebentar mengkoreksi diri.

Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada saya,anda dan mereka.

Nantikan keluaran entry yang akan datang bertajuk “Ingin Bertaubat? Jangan Ditunda!” selepas ini insya-ALLAH.

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio