Search This Blog

Monday, January 10, 2011

Jangan Gusar Sayang..Allah Pasti Menunaikan Janji-Nya!


Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Demam tempoh hari sudah kembali pulih.Terima kasih sahabat-sahabat kerana mendoakan kesihatan teman.Kebetulan mama call semalam.Sekadar bertanya khabar dan minta tolong bayarkan bil telefon.Khabarnya ayah hendak ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.Mungkin sehari dua.Semoga ayah selamat sampai dan selamat pulang.Tiba-tiba suara budak kecik kedengaran.

“Abang,bila abang nak balik lagi?”,suara mengada-ngada beliau kedengaran.

“Tak tau la.Raya cina abang balik la kot.Awat?”,jawabku sambil rasa pelik mula timbul.Hai,baru dua hari sampai Melaka dah disuruh balik?

“Adik ada lawan nasyid kat sekolah fardu ain.Tapi tak tahu bila.Ustazah cakap bulan 1”,adikku cuba menjelaskan walaupun dia sendiri nampak tak jelas.

“Ok.Nanti menang hadiah kita kongsi ye,”saja nak mengusik dia.

“Ah..tak ada.Kalau adik menang,abang pun kena bagi hadiah.”nada keras dilontarkan.Ganas betul budak ni.Boleh pula main paksa-paksa.Dah la minta kat orang.

“Ha..nanti abang balik bagi,”jawapan yang acuh tak acuh.

“Janji?”,itulah ayat yang selalu dia keluarkan.

“Ye,nanti abang balik abang bagi  la.Jangan kalut-kalut ye sayang.”,cuba memberikan jawapan yang memuaskan hati dia.

Itulah Ledya.Adik yang paling rapat dengan saya.Sikit-sikit abang.Nak pergi dapur pun suruh abang temankan.Kakak ada bukan dia nak ajak.


Budak comel tapi kecoh,Hassledya Hafiza

Janji Tetap Janji!
credit to http://lady-tori.deviantart.com/

Situasi yang sama berlaku ketika saya budak-budak.Kalau disuruh buat kerja,mesti nak upah.Kalau ada apa-apa pertandingan yang menjanjikan hadiah,mesti nak masuk walaupun peratusan kemenangan agak tipis.

Teringat masa dapat 4A dalam UPSR,ayah janji nak hadiahkan komputer.Selagi janji tidak ditunaikan,maka saya akan tuntut bagai nak rak.Apa yang pasti,hadiah,ganjaran atau upah akan menjadi pembakar semangat kepada diri kita.

Betul juga.Apabila difikir-fikirkan,itu sebenarnya fitrah manusia.Manusia memang sukakan ganjaran,hadiah atau upah.Bila ada ganjaran,kita akan lebih teruja.Betul tak?Tidak tahulah kalau saya yang syok sendiri.

Antara kita perasan atau tak,Allah S.W.T pun menjanjikan kepada hamba-hamba-Nya dengan pelbagai janji yang menarik.Allah S.W.T telah memberikan kita kehidupan secara PERCUMA,Allah S.W.T telah memberikan kita nikmat-Nya yang tidak terhingga juga secara PERCUMA.Malah,sesiapa yang taat kepada-Nya akan diberikan ganjaran.

Allah memang MAHA PEMURAH kan?

Apa Janji-Janji Allah?

Jom kita tengok apa janji-janji Allah.Mahu?
 Saya cuba mengambil sebahagian terjemahan daripada Al-Quran.

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala) sesungguhnya pahala dari isi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.(Surah Al-Baqarah;103)

Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Surah Al-Baqarah;152)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.(Surah Al-Baqarah;153)

Rab (Tuhan) mereka memperkenankan (permohonan) mereka (dan Allah berfirman): “Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain. Orang yang berhijrah dan diusir dari kampung halaman mereka dan mereka disakiti pada jalan-Ku (jalan Allah), malah mereka membunuh dan (juga) dibunuh, sesungguhnya Aku (Allah) akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Aku (Allah) akan masukkan mereka ke dalam jannah (taman/syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagai ganjaran daripada Allah. Dan di sisi Allah jua ganjaran yang sebaik-baiknya.(Surah Ali-Imran;195)

Banyak kan?Ada banyak lagi ganjaran Allah yang tak terperi.Ganjaran semasa kita hidup mahupun di alam akhirat nanti yang pasti jauh lebih mahal jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan kita.
Ganjaran pengampunan dosa,ganjaran pahala,ganjaran syurga dan bermacam lagi ganjaran.

Jom  Kejar Janji –Janji Allah!

Andai kita selalu membaca Al-Quran daripada sekadar menyimpan,insya-Allah kita akan jumpa banyak lagi ganjaran-ganjaran yang betul-betul mengamit jiwa untuk terus mentaati-Nya.

Tidak rugi jika kita menjadikan apa yang kita buat di dunia ini sebagai ibadat.Secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.Natijahnya,kita secara ‘automatik’ akan tersenarai dalam golongan yang mendapat janji-janji-Nya.

Sedikit usaha tapi banyak  ganjaran.Tidak berminatkah anda?

Adakah kita berasa rugi mendekati Allah S.W.T?

Adakah kita berasa malu menjadi hamba-Nya?

Adakah kita  berasa janggal untuk mengisi masa kehidupan kita dengan amalan kebaikan?

Saya  menggelengkan kepala.Tidak sama sekali.

“...Dan Allah itu tidak sesekali memungkiri janji-Nya”(Ar-Ra’d;31)

~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~

1 comments:

Anonymous said...

fastabiqul khairat..berlumba2 membuat kebaikan..setiap kebaikan insyaAllah mendpt tmpt di sisi Allah..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio