Search This Blog

Saturday, October 17, 2009

Berapakah Harga Sebuah Kebenaran?Kita Sendiri Tak Pasti...

Assalamualaikum W.B.R..

Demi menyatakan sebuah kebenaran, kadang-kadang kita terpaksa mengguris sekeping hati yang penuh dengan pelbagai perasaan, kadang-kadang menyakiti hati insan lain. Untunglah bagi mereka yang dapat berfikiran secara positif, menerima teguran dengan berlapang dada dan sentiasa bersangka baik. Bagaimana jika sebaliknya? Mungkin, demi sebuah kebenaran itu, harga sebuah persahabatan mampu tergadai. Ahh..Nyatakanlah kebenaran walaupun ia pahit.


Sekian lama saya mengelak dari dia, bukan tidak suka kepada dia, tapi kerana saya memang tidak berapa gemar mesej dengan orang yang bukan menjadi hak saya, cuba untuk adil kepada semua. Selain daripada jarang mesej, saya mengelak agar tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati si dia. Diam lebih baik daripada berkata-kata yang menyakitkan. Melukakan.

Tuhan jua yang menentukan segalanya. Dalam duk mengelak, akhirnya saya tertangkap juga, Kami diberi keizinan oleh-Nya untuk berbual mesra. Seperti yang saya takuti, akhirnya terjadi juga. Saya telah menyatakan sesuatu yang mungkin mengguris hatinya, harap-harap dapat membuka matanya... Ah.. demi kebaikan dirinya, tak mengapalah jika harga sebuah persahabatan terpaksa dikorbankan. Jika itu harga yang perlu dibayar. Saya pasrah.


I just cant pretending like i know nothing. I just cant say yes for things that i know that is wrong. or things that i dont agree. I just being myself.. No matter what it is, yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Selagi termampu, akan ku pimpin tanganmu agar kau tidak jatuh.. Tidak tersungkur. Sometimes i feel dissapointed with those yang dah lama tahu pasal this such thing, but still act like supporting her, without saying apa yang sepatutnya di nyatakan, mungkin lumrah orang Melayu, terlalu berkias untuk menjaga hati, kadang kala berbohong untuk tidak menyakiti.


Ah.. why i cant be just like that? Seperti mereka. Follow the flow.. Ikut bergossip sekali, usik mengusik, haih... Mungkin saya sudah terlalu tua, atau mereka yang masih keanak-anakkan?

Saya sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik, akhlak yang terpuji. Namun, oleh kerana sedikit kekhilafan diri, saya akhirnya mendedahkan diri lalu menjadi bahan bualan, diumpat dan difitnah. K Aduh~ Adakah saya patut terus mendiamkan diri. Berpeluk tubuh? Berpura-pura tidak tahu. Allah's knows everything.







Kepada yang berkenaan, i already said what i supposed to say.. accept positively or not, it's depends on you. Kerana sayang, saya telah mengguris perasaan kamu. Semoga Allah terus membimbing hatimu dan memberi kekuatan kepada mu. Mengadulah kepada Tuhan, bermohonlah hanya daripada Dia. Dia Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahui.

Wassalam.

2 comments:

anakganu said...

x per ana fhm perasaan anta i2
wahai saudara sperjuangan ku

-Azimah Ikhsan- said...

kadang2 berkata yang benar memang sangat menyakitkan..tapi,bila itu yang terbaik..kita perlu terima walau pahit..lagipown,segala yang awak uat tu tak la salah mana..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio