Search This Blog

Wednesday, October 21, 2009

Kenapa Ramai Yang Memberi Tuduhan Remeh-Temeh Terhadap ISLAM???

Assalamualaikum W.B.R..

        Apabila kita berada kian jauh dari junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,banyak persoalan agama Islam menjadikan kita keliru.Dalam masa yang sama,salah faham terhadap Islam semakin meningkat.Antara puncanya ialah:


  • Ceteknya ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan.Di sekolah pelajaran agama semakin berkurangan.Malah guru sendiri tidak faham dengan jelas.
  • Islam tidak diamalkan sebagai cara hidup."Islam is the way of life" itu tidak wujud.Generasi muda tidak dapat menyaksikan keindahan hidup Islam.
  • Pengaruh media semakin berleluasa sedangkan media global dikuasai oleh musuh Islam
  • Sikap bodoh sombong manusia itu sendiri.Mereka tidak mahu bertanya atau bermuzakarah.Masing-masing mahu menegakkan benang yang basah.
  • Telalu fanatik dengan sesuatu fahaman.Mereka dengan mudah menolak pandangan orang lain mentah-mentah. 
  • Terikut dengan  fahaman tradisional dan kurafat.Mereka meletakkan minda mereka tertutup.
       Salah faham terhadap Islam akan melemahkan Islam itu sendiri.Keyakinan akan merudum dan umat Islam sendiri tidak dapat menjawab persoalan yang ditanya oleh penganut agama yang lain.Akhirnya mereka akan sampai kepada peringkat memusuhi agam sendiri.


       Isu-isu kecil dibesar-besarkan untuk mengalih perhatian orang.Ini menyebabkan umat Islam berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri sedangkan perkara kecil yang merupakan perkara ranting dalam ajaran Islam adalah suatu rahmat dalam beragama.


PERBEZAAN PENDAPAT...

      Perbezaan pendapat telah memberi ruang kepada umat Islam untuk mengamalkan pilihan alternatif sebagai jalan keluar sekiranya jalan yang pertama tidak dapat diamalkan.Namun dalam aspek utama islam seperti akidah,umat Islam tetap berpegang dengan pegangan yang sama.

     Contohnya, Allah tetap satu dan Maha Berkuasa.Allah merupakan kuasa penentu dan kuasa mutlak.Dalam bidang ibadat,solat tetap wajib dan tetap lima waktu..Mana boleh "escape".Yang berbeza ialah bagaimana mengerjkannya tapi ini cuma aspek teknikal.Kita ambil contoh masa kiam tangan,adakah perlu letak di atas dada, atau dibawah pusat atau meluruskan tangan sedikit kebawah?Itu bukan persoalan pokok ibadat solat.Perbazaan inilah telah melahirkan beberapa aliran mazhab fiqah.Perbezaan ini juga merupakan suatu rahmat.


KITA TERLALU MENGGUNAKAN AKAL??


      Agama Islam adalah agama yang datang dari Allah S.W.T,bukan agama rekaan atau ciptaan manusia.Jika kita sebagai manusia ini diciptakan oleh Allah S.W.T,maka hanya Allah sahaja yang layak untuk menentukan undang-undang yang berkaitan.


    Kadang-kadang hukum Allah ini tidak tejangkau oleh otak manusia.Apa yang diperintahkan oleh Allah tidak mampu dilogikkan oleh akal sehingga ada manusia yang sanggup menolak hukum Allah.


Kalau kita tengok keadaan dunia sekarang,ramai maunsia yang membuat penilaian berdasarkan akal semata-mata sehingga mengenepikan hak Maha Pencipta.Ingatlah pegangan umat islam adalah AL-QURAN dan HADIS.Jika apa yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis itu tidak mampu diterima oleh akal,maka ada sesuatu yang tidak mampu dibuktikan oleh manusia..Mungkin...mungkin...mungkin suatu hari nanti apabila manusia bertambah maju,meraka akan mendapat juga jawapan yang mereka rasakan tidak "logik" itu..


~Saya berpesan untuk diri sendiri dan juga orang lain...Ya Allah..bersaksikan oleh-Mu,jari jemari ini telah menari diatas keyboard ini untuk menyebarkan dakwah-Mu...~


Wallahualam..


 

1 comments:

Anonymous said...

Semua pihak pelu memainkan peranan dalam menyebarkan Islam bukan hanya kepada golongan bukan Islam sahaja, bahkan dalam kalangan orang Islam sendiri kerana kebanyakan yang kita lihat sekarang orang Islam sendiri tidak faham tentang agamanya.

Teruskan berkarya.

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio