Search This Blog

Thursday, October 22, 2009

Tudung..Tudung..Salahkah Bertudung??

 Assalamualaikum W.B.R...


Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang..


Agak sukar untuk saya bicarakan, kerana saya adalah lelaki...


Kurang sangat pengetahuan tentang wanita, apatah lagi untuk menegur wanita dan kaum hawa sekalian tetapi saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan cerita barangkali, boleh dihujahkan, dibantah malah diperbetulkan kalau tersalah. Jangan dimaki hamun sudah.

Saya mendapat e-mail daripada rakan myspace yang meminta pendapat. Tulisannya begini..‘ape pendapat ko klo orang kte 'wat pe pki tudung klo hati x ikhlas' n 'yg pkai tudung bukanya bek pon...'
 
Huhu, ayat terakhir itu, saya amat tak suka. Namun tidak mengapa, saya cuba untuk menjawab. Yang lain, bolehlah memberi pandangan.

Setelah sedikit perbincangan dengan rakan lain, saya suka untuk merujuk sebuah artikel, dan pengolahan mungkin akan mengikut gaya saya. Artikel ini bertajuk ‘ 10 Sebab Paling Top Wanita Muslim Tidak Suka Berhijab'..Lupa siapa pengarangnya.. Saya ambil sedikit sahaja untuk "tatapan" umum...




Sebab Pertama : Saya tidak yakin lagi dengan apa perlunya berhijab( bertudung).

Pernahkah dengar sebab yang ini? Saya pernah dengar." Tudung? What the H you nak I pakai tudung? Apa yang penting sangat yek? Kalau just nak jaga nafsu para lelaki, please la. Tak kuasa I..Alamakk, tolongla. Iman dalam dada, bukan pada rambut I yang canteek nie ha" 

Kata-kata yang pernah terhambur satu ketika dulu, ketika menegur. Mulut sedikit memuncung-muncung tatkala mempertahankan diri beliau, intonasi bahasa sedikit beralun lembut pedih.

Betulkah beliau belum yakin?

Tatkala kita mengucap syahadah kita mengakui, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,beerti beliau telah meyakini aqidah. Muhmmad itu pesuruh Allah yang beerti beliau telah mengakui apa-apa yang dibawa oleh Muhammad adalah hukum Allah yang benar.

Jadi bagaimana pula dikatakan meyakini Allah dan Rasul tetapi tidak yakin dengan hukumnya?

Jika kerajaan mengumukan cuti umum, kita yakin dengan pengumuman kerajaan. Namun adakah dikatakan kita orang yang yakin jika tetap beriya-iya pergi kelas atau kerja?
Itu bukannya yakin, yang itu, " Bengong." Kata- kata Ustaz Abdullah,bekas  pengetua SMKA Kerian.


Allah berfirman:
Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila diajak kepada Allah dan rasulnya  agar rasul memutuskan Diantara mereka, mereka berkata," Kami dengar dan kami taat." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.( Surah An-Nur.24:51)

































Sebab kedua: Saya nak pakai tudung nie, tapi mak saya tak berapa nak bagilah. Bukankah mentaati ibu bapa itu wajib?

Pernah Tipah cakap benda ni pada  sahabat  saya, " Halo geng, sori la. Aku bukan taknak ikut cakap korang tapi mak aku cakap dunia dah berubah, zaman dah maju, So, aku ikut je, malas nak bantah-bantah." Oh Tipah, jawapanmu itu mensyahdukan sungguh, terharu.

Tapi Tipah Allah berfirman:
Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua( An-Nisa' , 4:36)

Allah fiman lagi Tipah:
Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya , dan pergauli keduanya di dunia dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kapada-Ku. Kemudian kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahumu akan apa yang telah kamu kerjakan.( Luqman, 31: 15)

Tipah, nak tanya sikit. Macamana awak boleh patuh kepada mak awak dan engkar kepada Tuhan yang menjadikan awak dan mak awak?

Oh Tipah, jangan tertipu lagi.




Sebab ketiga: Kedudukan dan pekerjaan saya tak mengizinkan saya untuk bertudunglah.

" Saya ni student engineering, susahlah nak pakai kain, tudung bagai. Leceh. Saya suka lagi pakai jeans then kenakan dengan baju t-shirt. Barulah engineer." Kawan-kawan yang sering memberikan alasan ini pada kami.

Mungkin betul, dan banyak lagi yang tak berapa nak betul.

Sebabnya, ramai je kami jumpa rakan-rakan muslimah yang cantik bertudung walaupun bekerja sebagai engineer, student engineer. Teramat ramai.

Mungkin muslimah yang ni ada terbaca firman Allah:
Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dan memberinya rezki yang tidak disangka-sangka. ( Talaq, 65 :2-3)

Rakan-rakan, yang menentukan kedudukan kita di dunia ini adalah Allah kan? Allah boleh aja menjatuhkan kita daripada kedudukan kita sekarang. Jadi, jangan sombong kepada Allah.




Sebab keempat:Panaslah Malaysia nie, susah nak bertudung.

Mila pernah hamburkan ayat ni. " Huh panas betul Malaysia ni. Ni semua global warming la ni. Potong sana, tebang sini. Abih rosak pokok, udara, panas jadinya. Yang paling penting diorang dapat dosa juga sebab membuatkan aku tak pakai tudung, panas tau. Hehe." Mila tersebgih-sengih tatkala bercakap, senyum .

" Neraka lagi panas." Kata-kata kami tika itu, terus terdiam Mila. Muka nak nangis. " Ambik kau" Dalam hati kami, sekadar berbisik.

Allah berfirman:
Katakanlah " api neraka jahannam lebih panas ",jika mereka mengetahui ( At-taubah,9:81)




Sebab  kelima: Takutlah kalau pakai hijab tak ikhlas nak buat apa, nanti akhirnya buka juga. Ramai dah jadi macam tu.

Alasan yang ini jika diaplikasikan menggunakan logik, pasti akan lahirnya ramai manusia yang meninggalkan terus ibadah.

" Malaslah nak solat, aku tak ikhlaslah. Nanti last-last aku tinggalkan juga, buat bertambah dosa je. Buat tak ikhlas."

" Malaslah nak puasa..malaslah nak itu, malaslah nak ini..aku tak ikhlaslah.."
Amboi-amboi, ikut suka hati je yek.

Bukankah Allah menyuruh kita sentiasa berdoa agar tsabat( tetap teguh) dalam agama ini? 

Sewajarnya kita berdoa dan beristiqamah, bukannya tengok orang lain buat kejap dan tinggalkan , maka kita pun terasa kita akan jadi begitu.

Jika kita terasa lemah, Allah menyuruh kita meminta tolong daripadanya dengan sabar dan solat. Bukannya minta pada pakwa, bukan juga pada yang lain. Hanya pada Allah. Lindungi daripada sifat sekejap-sekejap.




Sebab Keenam: Saya akan bertudung apabila Allah memberi saya hidayah nanti.

" Tunggulah dulu, nanti aku dah pergi haji aku pakailah. Aku tak puas lagi nak enjoy, kau ni.  Aku muda lagi, hidup hanya sekali, so kita enjoyyy." Rambut digerbang-gerbangkan, tangan pula diangkat keatas. Buat muka ala-ala puteri gitu. Rasa menyampah pun ada, tapi nak buat mecamana, kawan-kawankan.

" tapikan maut tu sentiasa hampir?" Kami bertanya.

" Hei, mulut tu jaga sikit. Aku muda lagi tau. Sihat, tubuh solid molid lagi. Jangan nak sebut-sebut mati." Marah pula kakak ni.

" Ha, tahu pula takut." Kami mengejek.

" Bukan takut, just ngeri."

Allah berfirman:
Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan sesaat pun ( Al -A'raf, 7:34 )

Kalau bukan sekarang, bilakah lagi? Nak tunggu, tunggulah.

Saya beritahu je.

Ada lagi alasan?

Silakan dengan alasan-alasan itu. Sebabnya nanti mulut tak akan dapat mempertahankan kita, lidah kelu tak bersuara. Yang jawab adalah anggota badan kita, kepala, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.

" Mana mungkin telinga boleh bercakap, bukan ada lidah pun kat telinga." Huh ada juga yang membantah ye.

" Pada radio dan telivisyen pun tiada lidah, bagaimana pula radio dan telivisyen boleh bersuara? Manusia mencipta keduanya, dan Allah yang mencipta menusia. Jadi jangan pelik jika ciptaan Allah berjuta kali hebatnya." Kata Ustaz Ali Tantawi.

Maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara. Hanya pendapat dan pandangan peribadi.


Syurga atau neraka?


Yang mana anda pilih?




Terserahlah kepada anda.

3 comments:

ImaZahra said...

hehe. nice entry.
ana nk tmbh sket je, pendapat ana la.

no offence meant,

if we want to start something new, our intentions mesti betul.

tanam dkt diri, "aku nak berubah" seIKHLAS hati niatkan.

InsyaALLah ALLAh akan tolong kita.

n satu lagi, even mcm ikhlas pun, tp kene buat jgk sbb mmg wajib kan?

So, fake it until u make it.

contohnya mcm buat tahajud,mmg sunat,tp mula2 mmg rse susah la nk bangun, mengantuk la, ape la.

tp bila buat hari2 even mcm nak x nk pun, lame2 insyaAllah akan jadi perkara biase,
sebab? hari2 buat kan?

n InsyaAllah akan terbit ikhlas tu.
hehe. terpanjang pulak komen.

Umar Abdul Rashid said...

Teruskan perjuangan...

Honeyz said...

salam buat anak muda =)

awal2 tu dh dinyatakan tajuk artikel tu, "10 Sebab Paling Top Wanita Muslim Tidak Suka Berhijab".. tp dlm n3 ni, dinyatakan 6 je.. membuatkan diri ni tertanye2 apakah 4 lagi sebab yg x dinyatakan tu ye..

dalam 6 sebab ni, paling biase dgr jawapan yg no 6 tu.. alasan "memang fikir nak pakai, tapi nak tunggu btol2 ikhlas, dapat hidayah nanti, akan pakailah satu hari nanti"...

respond yg same cm yg dinyatakan anak muda.. "nanti"? hbs kalau malaikat izrail yg dtg jemput dulu, xkan nk minta tangguh lak? n camne lak kalau meninggal x sempat dpt hidayah tu? xkan nk salahkan Allah sebab x bg hidayah mase hayat?

sedarilah wahai insan2 yg punyai pemikiran sebegini.. benar, hidayah itu milik Allah. Namun ketahuilah bahawa hidayah tak seharusnya dinantikan begitu sahaja.. hidayah itu perlu dicari.. jd tlgla jgn gune alasan x dpt hidayah lagi.. alasan yg x sepatutnya dijadikan alasan..

WALLAHU A3LAM..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio