Search This Blog

Sunday, May 24, 2009

Niat Dari Sudut Perspektif..Adakah Kita Wajar Mengabaikannya??

Assalamualaikum w.b.t...


Hmm..sukar rupanya apabila sudah memiliki blog sendiri..Kesukaran memilih tajuk yang ingin diutarakan membuatkan akal berputar ligat memikirkan isu-isu 'ringan' untuk diketengahkan..


Saya bukanlah pakar motivasi ataupun pendakwah bebas tapi apa yang ingin diungkapkan lahir dari hati seorang anak muda..Jadi,sebarang kekhilafan atas tutur kata yang dilontarkan harap dapat dimaafi dan diperbetul..




Apa itu Niat??


Kenapa saya memilih tajuk ini?? Niat disebut sebagai qasad atau bermaksud tujuan.Didalam istilah ia merujuk kepada objektif atau matlamat. Setiap yang kita kerjakan bermula dari niat dan alangkah indahnya niat itu adalah kerana Allah s.w.t..Saya ambil sepotong hadis Nabi Muhammad s.a.w yang amat masyhur dan diriwayatkan oleh Umar al-Khattab yang bermaksud:


"Sesungguhnya sesuatu amal itu dengan niat.Sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan.Sesiapa yang berhijrah kerana mendapatkan keredhaan Allah dan Rasulnya,maka dia akan mendapat Allah dan Rasulnya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya maka dia akan mendapat apa yang diniatkannya itu"



Hadis ini menegaskan bahawa sesuatu amalan itu menjadi sah disisi syarak apabila sahnya niat.Sesuatu amalan itu diterima sebagai pengabdian kepada Allah juga dengan niat dan sesuatu kerja itu akan berjaya mencapai kecemerlangan bergantung kepada niat..



3 Perspektif Penting Dalam Berniat...


1)Sah atau tidak amal ibadah bergantung kepada niat dan betul dengan cara yang disyariatkan.


2)Sesuatu amal ibadah tidak akan mendapat ganjaran jika tidak ikhlas dengan Allah s.w.t.


3)Sesuatu amal,kerja dan usaha akan gagal jika tidak jelas maksud tujuannya.



Niat adalah amalan hati,minda,emosi dan anggota badan secara serentak.Anggota badan akan bergerak melakukan apa yang kita mahukan atau menjauhi yang kita tidak ingini tetapi keputusan yang digerakkan ini bermula dari hati.Keputusan ini berpunca daripada wujudnya kemahuan yang kuat dalam diri.Kemahuan yang kuat dicetuskan oleh rasa seronok atau ketakutan yang lahir daripada gambaran yang terdapat dalam minda.Gambaran dalam minda boleh diciptakan oleh kita atau wujud dari persekitaran sekeliling.


Objektif hidup yang jelas adalah impian yang jelas dan merupakan satu gambaran masa depan yang kita inginkan berlaku dalam diri kita.


Apa yang kita lihat di dunia asalnya adalah impian orang yang mewujudkannya.KLCC,Putrajaya,KLIA dan segala macam kemewahan adalah bermula dengan impian yang jelas,kemahuan yang membuak-buak usaha yang tidak pernah mengenal erti putus asa apabila berhadapan dengan cabaran kehidupan yang menghalang..




TETAPI...


Adakah kita sedar impian yang telah kita gapai ini berniatkan kerana Allah S.W.T?? Bagi sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan dengan niat kerana Allah S.W.T,syukur alhamdulillah..Insya'Allah kalian akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah s.w.t..Kepada manusia yang melakukan sesuatu kebaikan untuk meraih populariti,pangkat ataupun harta,itu sahajalah yang beliau akan dapat.Seperti yang saya ungkapkan di awal artikel ini,alangkah indahnya jika niat kita adalah kerana Allah s.w.t..



Matlamat Tak Menghalalkan Cara!


Ada sahabat bertanya kepada saya, "Eh,hang ni main bola pun pakai seluar panjang.Xrimas ke?Pakai seluar pendek baru best..Kalau aku lebih baik x payah main bola..satgi jatuh terkoyak kt bahagian lutut.."



Seorang lagi sahabat menyampuk,"Alah,kita bersukan je..bukan nak g surau pun.Pakai seluar pendek pun boleh.."



Saya berfikir sejenak.Adakah dengan bermain bola dengan seluar panjang akan membataskan pergerakan saya di tengah padang?Adakah sahabat saya itu sanggup melihat kulit lututnya terkoyak berbanding seluar panjang atau track suit yang tak berapa mahal itu terkoyak? Ya! Fesyen pakaian sukan masa kini khususnya bola sepak lebih feminin kalau digayakan dengan seluar pendek yang kononnya memberi lebih keselesaan kepada si pemakai.



Apa yang saya ingin tekankan disini bukan masalah keselesaan tapi soal kewajipan.Kewajipan kita sebagai mukmin.Menutup aurat bukan semata-mata ketika ingin beribadat sahaja tetapi juga ketika bersukan,makan mahupun bershopping sekalipun.Islam itu agama yang syumul(menyeluruh).



Bersukan itu sangat digalakkan kerana membentuk fizikal yang sihat tetapi biarlah perlaksanaan itu mengikut syariat Islam.Walaupun skill yang dipamerkan sehebat C.Ronaldo(dia dengan messi sapa lagi hebat?),baju jersi yang di pakai segah Manchester United,mahu pun kasut yang disarungkan semahal but David Beckham,janganlah kita biarkan maruah kita sebagai mukmin di injak-injak disebabkan aurat kita yang terdedah.Insya'Allah saya akan buat artikel khas berkaitan pakaian ini.



Jadi,seperti yang saya cakapkan sebentar tadi,matlamat tidak menghalalkan cara.Impikanlah apa sahaja yang anda mahukan kerana ia adalah percuma dan Allah akan kurniakan segala sangka baik anda kepadaNya tetapi AWAS! Kejarlah matlamat yang ingin di gapai mengikut syariat dan hukum yang telah Allah tetapkan. Jika tidak,impian itu akan menjadi sesuatu yang menyakitkan dan anda tidak akan berjaya mencapainya kerana kesakitan dalam minda adalah satu halangan..

Akhir Kalam..

Ayuh anak muda di luar sana,sama-samalah kita memperbaiki niat kita supaya jalan yang kita pilih sentiasa diredhai Allah s.w.t..

Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan memperbaharui syahadah kita agar kita sentiasa beroleh keberkatan dari Yang Maha Esa..

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah s.w.t.."

~~Wassalam~~





0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio