Search This Blog

Sunday, May 24, 2009

Assalamualaikum w.b.t..

Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi peluang untuk saya terus bernafas di muka bumi ni..Sekali lagi bersyukur kepada Allah s.w.t kerana atas kekuasaanNya dapat saya melahirkan sebuah blog yang amat diidam-idamkan..

Terima kasih yang tak terhingga kepada akhi Aizat kerana telah banyak membantu melahirkan blog ni walaupun saya terpaksa meng"geledah" sendiri untuk mengedit blog ni..Syukran kasiran ya akhi! Kerjasama dan bantuan anta amat dihargai..^_^

Ibarat Kelahiran Semula..Alhamdulillah!

Kehadiran blog ni merupakan salah satu medium untuk mengekspresi segala pengetahuan,pengalaman,perkongsian ilmu dan kupasan terhadap isu-isu semasa khususnya melibatkan remaja.

Blog ni juga bukanlah untuk menyaingi atau mengatasi blog-blog sedia ada.Jadi pemilik ruangan blog minda si pemerhati atau blogger yang lain usahlah risau..Kehadiran saya di bidang ni hanyalah untuk memeriahkan dunia blogger sahaja..ceh..macam artis plak..hehe..

Tujuan blog ni diwujudkan bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak atau menganalisis suasana politik mahupun menjadi pengulas sukan tapi sebagai platform untuk kita berdiskusi perkara-perkara yang boleh membangunkan dan menyatupadukan umat islam khususnya perkara yang melibatkan remaja.Jadi marilah beramai2 mengimarahkan blog saya ini..

Penghargaan Kepada Rakan Taulan Sahabat Handai..
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada akhi Aizat dan akhi Azlan kerana mereka inilah yang berjaya mengheret saya ke lembah kemuliaan ini..Gabungan double A(bukan kertas photostat) ini telah membuka minda dan hati saya untuk mendalami gaya hidup yang lebih islamik bukan islam hanya pada kad pengenalan.Memang antum berdua tidak berkuasa mengubah diri ana melainkan kehendak Yang Maha Esa tapi kegigihan antum berdua menggerakkan "sesuatu" yang cukup bernilai membuatkan diri ana terpesona dan kagum..

Tidak lupa gak kepada rakan-rakan persekolahan(SMKMS,SMKTT dan SMKE VII),rakan PEMBINA,rakan STAM di Al-Hidayah,rakan myspace dan rakan sekampung kerana memberi galakan samada secara langsung atau secara tak langsung..

Akhir Kalam..

Insya'Allah saya akan menggunakan laman blog ini sebaik mungkin supaya dapat memberi manfaat kepada semua orang.Rasanya dah banyak saya coretkan di ucaptama yang julung-julung kali ni..Mungkin disebabkan rasa teruja dapat buat blog sendiri.Biasalah anak muda berjiwa membara..Maaf banyak kalau ada kata-kata yang menyinggung perasaan.Bantulah saya dan bimbinglah saya jika saya terkeluar dari landasan sebenar kerana saya adalah anak muda yang dahagakan kebenaran.....

Wassalam~~

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio