Search This Blog

Monday, June 29, 2009

Detik Apabila Dosa & Pahala Mula Dihitung..Bersediakah Anda?

Assalamualaikum W.B.T..

Sudah selesai semalam saya menghantar artikel berkaitan kanak-kanak di buletin ini.Bagi yang belum lagi membacanya,di jemput dan dialu-alukan untuk membaca artikel tersebut.Sedang saya "membeli-belah" di pekan berdekatan,terlintas di hati untuk menulis nukilan berkaitan remaja pula.Tambahan pula melihat golongan remaja sekarang ini bebas melakukan apa sahaja.Ahh..mungkin mereka sudah berasa dewasa dan dah menjadi akil baligh....Akil baligh??Apa erti akil baligh??



Sebenarnya akil baligh merupakan detik masa seseorang telah dikira layak dan mampu melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.Itulah saat dosa dan pahala mula dikira dan dicatat oleh para malaikat.Ini bukan isu yang remeh.Soal taat atau derhaka,dosa atau pahala,syurga atau neraka juga bukan soal yang remeh.Bagi mereka yang menganggap keyakinan kepada Allah dan hari akhirat tidak berapa penting dalam hidupnya,maka akil baligh hanya dilhat sebagai satu proses hidup yang biasa-biasa saja.Bila dosa dan pahala tidak dipandang serius,apalah sangat erti baligh ini..

APA ERTI BALIGH??


Baligh secara bahasa bererti 'sampai' manakala akil datang dari kalimah 'akal'.Jadi gabungan akil + baligh memberi maksud "akal sudah sampai" atau "kesampaian akal".Pada tahap ini,seorang individu itu sudah dikira sampai atau mampu dari segi spiritual,mental dan fizikal untuk mengamalkan perintah agamanya.Sebab itu perintah agama hanya untuk orang yang akil baligh.


Sebelum baligh,seorang individu itu dimaafkan sekiranya tidak mengamalkan perintah Allah dan melakukan larangan-Nya kerana ia belum "berakal".Jadi,hanya setelah akil baligh sahaja seseorang itu boleh di tentukan sama ada ke syurga atau ke neraka berdasarkan ketaatan dan kederhakaannya kepada Allah S.W.T..


Oleh itu,individu yang telah mencapai akil baligh sewajarnya sudah lengkap dengan ilmu fardu ain.Mereka sudah belajar,faham dan yakin tentang Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam.Mereka sudah pasti kenal Allah S.W.T dengan segala sifat kesempurnaan-Nya,kenal kitab-Nya,kenal Rasul-Nya,kenal malaikat-Nya dan lain-lain lagi.


Dia juga sudah sepatutnya tahu semua persoalan wuduk,najis,solat termasuk segala rukun,sah batal,dan wajib sunat sesuatu ibadat.Dia juga sudah semestinya tahu hal yang berkaitan akhlak iaitu sekurang-kurangnya 10 sifat mahmudah dan 10 sifat mazmumah.Inilah yang dimaksudkan dengan sudah "lepas" fardu ain-istilah yang di gunapakai orang-orang tua dahulu..Adakah kita sudah "lepas" fardu ain?


YEA! YEA ! DAH BALIGH!


Sesiapa yang dah baligh sepatutnya sudah pun "lepas" fardu ain.Mereka sepatutnya sudah tidak ada masalah dalam soal persediaan sebaliknya sudah cukup bersedia melaksanakannya.Ibarat dayung sudah di tangan,perahu pula berada di air..kita cuma perlu mendayung sahaja..Oleh itu saat akil baligh bukan masanya untuk terkial-kial mencari ilmu asas tetapi sudah sepatutnya melaksanakan ilmu asas tersebut..


Umur di peringkat sekolah menengah dan ada yang lebih awal(bagi perempuan) merupakan detik masa yang sangat signifikan atau "on time" untuk menjadi akil baligh.Katakanlah seseorang itu maninggal dunia sejam selepas akil baligh,maka sejam itulah yang menentukan nasibnya di akhirat-sama ada ke syurga atau ke neraka.


Oleh itu,tempoh sebaik sahaja mencapai akil baligh,bukanlah masa untuk berlengah-lengah atau bersantai..Saya pernah terdengar luahan hati seorang pakcik secara sinis, dia berkata:


"Baligh bukan pada usia 15 tahun tapi 55tahun" Ada benarnya kata-kata pakcik tu. "Apa tidaknya,umur 55 tahun baru nak belajar solat,puasa dan sebagainya.Malah ada yang lagi 'ekstrim',dah sampai umur 55 tahun pun masih tak 'baligh-baligh' lagi",tegas pakcik itu tanpa perlu di soal. Ada yang cuba membangkang dengan mengatakan "tak sampai seru" lagi tapi bukankah di usia remaja itulah "sudah sampai seru"? Bukankah baligh itu bereti "sampai"??


Saya suka meninggalkan persoalan di akhir artikel ini...

Persoalannya,"Adakah kita sudah boleh berbangga apabila sudah mencapai akil baligh dari sudut biologi sedangkan kita masih tak "akil baligh" dari sudut ibadat,akhlak dan sahsiah diri??

Sama-samalah kita bermuhasabah diri...Yang baik datang dari Allah,yang buruk atas kelemahan diri saya sendiri..

~~Wassalam~~


0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio