Search This Blog

Wednesday, June 24, 2009

Golongan Yang Selamat..Adakah Kita "Berminat" Menyertainya??

Assalamualaikum W.B.T..


Selama kita hidup di dunia ini,pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan kita di akhirat kelak?Adakah kita akan tergolong dalam golongan yang selamat??Bagaimanakah caranya pula untuk tergolong dalam golongan-golongan ini??Ahh..bermacam persoalan berlegar di pemikiran dan hati yang gersang ini..Jadi sebelum kita ingin "menyertai" golongan ini(bagi yang ber"minat"),eloklah kita menyelami apa,siapa dan bagaimana untuk mendapatkan "tiket" sebelum menjadi golongan yang selamat..





"Ahlun Najat" atau lebih difahami sebagai orang-orang yang selamat merupakan golongan yang kesembilan tertinggi di akhirat kelak.Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah S.W.T.Hanya itu sahaja yang mereka lakukan,tidak lebih dan tidak kurang.


Ahlun Najat adalah orang-orang yang selamat dengan jaminan Rasulullah S.A.W sebagaimana sabda Baginda S.A.W:

"Demi Allah,aku tidak akan menambahnya dan menguranginya dan ia akan selamat jika ia jujur dengahn ucapannya"(Hadith Riwayat Bukhari Muslim)


Mereka disenaraikan sebagai Ahlun Najat kerana Allah S.W.T akan menghapuskan dosa-dosa kecil mereka disebabkan amalan-amalan fardu yang mereka lakukan dan mereka juga tidak melakukan dosa-dosa besar.Jadi mari kita lihat sedikit sebanyak kriteria yang melayakkan kita bergelar Ahlun Najat.Antaranya ialah:


1)BERILMU
-Berpengetahuan luas dan bijaksana dalam bertindak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta dapat memberi hujah yang munasabah dan bukti yang sesuai.


2)RASIONAL
-Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata,mampu membuat pertimbangan,membuat keputusan dan tindakan dengan tepat dan cepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.


3)PINTAR DAN CERDAS
-Pintar,cerdas dan berkemampuan untuk memahami dan mengamalkan sesuatu dengan cepat dan tepat.Pengetahuan,keyakinan dan pengalaman membolehkan sesorang itu menjelaskan dan mengamalkan prinsip-prinsip dan asas asas Islam.


4)BERCAKAP BENAR
-Melahirkan kata-kata yang bernas,betul dan jitu serta bertepatan dengan prinsip Islam secara berhikmah untuk faedah semua umat.


5)MENEGAKKAN KEBENARAN
-Yakin dan berpegang teguh dengan kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran dengan berhikmah


6)BERSYUKUR
-Perasaan,ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat kurniaan Allah S.W.T,sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaan-Nya serta berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.


7)TAKUTKAN ALLAH S.W.T
-Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T yang mendorong seseorang itu melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan-Nya.


Jadi berfikirlah! Adakah kita ingin melepaskan peluang yang terhidang di muka bumi ini semata-mata untuk melihat kita merana di Akhirat kelak??

Amalkan gaya hidup islam yang sebenar-benarnya..Iman didahulukan,Akidah Diutamakan...

~Wassalam~

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio