Search This Blog

Friday, August 21, 2009

Akhirnya...Kehadiranmu Tiba Jua!

Assalamualaikum W.B.T...


Alhamdulillah...akhirnya Ramadhan dah datang semula dalam diari hidup setiap yang bergelar muslim..Terlintas di lubuk hati bahawa betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita semua kerana umur masih dipanjangkan untuk beribadat di dalam bulan mulia ni tatkala ramai yang telah pergi mengadap Yang Maha Esa termasuklah idola atau ikon yang ana kagumi..Semoga roh arwah dan muslim yang telah meninggal dunia di seluruh dunia di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..Al-Fatihah...


Ana yakin ramai yang tak sabar menanti malam tadi untuk sama-sama duduk berterawih dalam rumah Allah..Di tempat ana,ramai student mengimarahkan surau di kampus..Di harap antum semua dapat istiqamah dan mengambil seberapa banyak 'bonus' di bulan penuh barakah ini...

Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.

Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari)

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK!

Ramadhan ialah hadiah istimewa dari Allah kepada hamba2Nya yang beriman sebagai tanda kasih dan sayangNya kepada kepada kita. Pelbagai ganjaran yang menanti buat yang bijak merebut peluang keemasan yang hanya tiba setahun sekali ini. Ibarat jualan murah yang besar-besaran- buat sedikit sahaja tetapi berganda-ganda hadiah yang kita dapat!

Bagi yang mengejar gelaran Taqwa, inilah masanya. Buat yang mengharapkan ampunan, pada Bulan inilah peluang terbesar kita. Dan yang paling istimewa, buat yang benar2 ingin mengejar Cinta dan Rahmatnya, disediakan satu malam istimewa iaitu malam LailatulQadar- satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Begitu kasih dan pemurah Allah kepada hamba-hambanya yang menginginkan kebahagiaan yang hak yang penuh dengan magfirah sama ada didunia mahupun diakhirat kelak.

"Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.." [HR Muslim]

Kebiasaan di Bulan Ramadhan, dikatakan bahawa sebahagian Salafus Salih mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian yang lain sehingga mereka berjumpa lagi semasa solat AidilFitri. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, Bulan untuk melaksanakan Syiam(puasa), dan Qiam(solat malam) dan kami hanya ingin menyendiri dengan Tuhan kami.

Pergilah dunia yang menyibukkan! Pesta Ibadah telah bermula. Marilah menghidupkan kembali Ramadhan!


Ramadhan ya ramadhan..semoga kehadiranmu ini membawa lebih banyak azam untuk kami semua tingkatkan ibadah..

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio