Search This Blog

Friday, January 21, 2011

Sampai Bila Perlu Belajar??


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Setelah berduka ditempat yang lama akhirnya sinar keceriaan mula terukir di wajah.Terima kasih kepada  ikhwah-ikhwah  kerana banyak memberi dorongan dan semangat untuk diri ini.Memang terasa manisnya ukhuwah kalian! 


Minggu ini sudah masuk semester kedua Disember 2011.Rasa cepat sangat masa berlalu.Kelas akan bermula minggu depan.Bersedia menghadapi tugasan Hassriq!

credit to http://shamazizi89.blogspot.com/



Semester lepas ada 6 subjek yang perlu diharungi.Fiqh Ibadat, Prinsip Pengurusan, Sistem Maklumat Pengurusan,Matemtik Perniagaan, Keusahawanan, Tilawah Al-Quran dan  English in Communication. Subjek yang agak sukar sampai kadang-kadang terfikir,

” Boleh ke aku buat ni?”

“Sampai bila aku nak terus belajar benda ni?”

Bermacam-macam lagi persoalan yang  ‘berlari-lari anak’ di minda.Kebetulan saya ada terjumpa buku SOLUSI terbaru edisi 27.Memang best buku ni.Akhirnya saya menemui apa yang saya cari selama ini.Artikel bertajuk “Belajar Seumur Hidup”.

SOLUSI EDISI 27


Ada banyak tips menarik yang dapat dikongsikan bersama.Anda berminat?

Jom sertai saya mengorek “rahsia”


Sedarkan Diri Ilmu Sangat Penting!

Sepanjang saya hidup selama 22 tahun,saya kurang menghayati “kuasa dan keajaiban”  yang ada pada ilmu.Apa kata kali ini saya cuba membuka minda dan jiwa kepada pengalaman dan pembelajaran sepanjang hayat.Kadang-kadang susah juga apabila pengalaman yang kita tempuh berlawanan dengan prinsip hidup kita.Walau apapun,belajarlah daripada kehidupan!


Gunakan “Masa Terbuang”

Banyak masa ‘dibuang’ begitu sahaja semasa kita melakukan beberapa aktiviti seperti menunggu kawan,memandu kereta atau menunggu pensyarah.Sebenarnya dalam masa tersebut kita boleh membaca artikel,buku atau mengingati surah-surah hafazan.Semua ini contoh proses pembelajaran yang terbaik!


Cari Peluang Rasai Pengalaman Baru!

Saya akui saya agak ‘malu-malu kucing’ untuk merasai sesuatu yang baru.Banyak perkara dalam hidup boleh dijadikan pengalaman.Contoh terbaik semasa saya pergi ke Genting Highland.Tatkala menaiki  Space Shooter,’keberanian’ diperoleh sekelip mata!


Internet Bukan Sekadar Facebook

Belajar mencari maklumat di internet.Rajinkan diri membuka laman portal pendidikan atau website berunsurkan ilmiah.Gunakan untuk mencari ilmu baru,bukan mencari kawan baru atau pengganti kekasih yang telah pergi!Ingat,internet mempunyai banyak pro dan kontra.


Jangan Buat  Tahu Sedangkan Tidak Tahu!

Mungkin tugasan yang diberi pensyarah begitu susah sampai rasa hendak pecah kepala tetapi ada sesetengah orang yang merasakan begitu ‘kacang’ untuk meyiapkan tugasan tersebut.Bertanya kepada orang lain bagaimana untuk melakukannya, bukan bertanya kepada seseorang untuk membuatkannya untuk anda!

Tunjuk Ajarku Sifu!

Macam program mentor pula.Memang betul,senaraikan orang-orang yang berjaya disekeliling anda dan sentiasalah berhubung dengan mereka yang lebih arif jika anda rasa tidak yakin dengan sesuatu perkara.


Tebalkan Muka,Bukan Mekap Ketika Bertanya.

Ramai yang seakan-akan ‘bisu’ bila pensyarah bertanya;”Ada soalan?”Jom bina kemahiran bertanya soalan.Kita akan dapat teroka banyak perkara andai kita banyak bertanya.Jom kita tanya sesiapa sahaja.Bertanyalah! Insya Allah kita akan dapat ilmu dimana-mana!

Berminat ingin berubah?

Jangan rasa putus asa untuk belajar!

Kita sebenarnya boleh meningkatkan kemampuan diri.

Jom belajar daripada ‘universiti kehidupan’...!

"Keghairahan Belajar"

~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~

4 comments:

cik zaza said...

suka tngok gambar yg last..
muka ko nmpk hepi, muka afiq nmpk teruja.. x)

~ shana ~ said...

teruskn belaja.. ^^

SeiNDaH CaHaYa said...

Jika kita sedari...
Setiap hari kita akan belajar sesuatu yg baru...
Adakalanye pelajaran yg kita peroleh tidak semestinye dari kelas...
Tapi mungkin juga keadaan sekeliling...
Semuanye terletak pada diri kita bagaimana untuk mentafsirkan dan mengupasnya...
=)

::Raudhatul Hannan:: said...

Teruskanlah perjuanganmu mencari ilmu..tanpa mengira masa dan dimana-mana sahaja..
perjuangan masih belum selesai..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio