Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Perkukuhkan Strategimu,Visimu Akan Tercapai


Berfikir sejenak.
Bermonolog dalam hati.Menterjemah ke dalam bentuk puitis
“Kenapa orang yang diajak ke arah kebaikan agak sukar untuk mengikuti?
Di mana silapnya?Visi sudah ada kenapa masih gagal?Strategi kurang kreatif?




Strategi Rasulullah Menyampaikan Visi

Masih ingatkah kita langkah pertama Rasulullah S.A.W tatkala Baginda ingin menyebarkan Islam?
Nabi Muhammad S.A.W mula melaksanakan visi pertamanya adalah untuk mengajak manusia menyembah Allah S.W.T dan meninggalkan penyembahan berhala.
Visi yang sukar mampu dilaksanakan dengan strategi yang ampuh.Bagaimana?
Visi ini dikongsi oleh beberapa orang  sahabat pada ketika itu secara rahsia.Kebijaksanaan Rasulullah menggunakan strategi ini bagi mengelakkan tindakan buruk orang Quraisy yang begitu fanatik terhadap berhala-berhala ciptaan mereka sendiri.
Lihatlah,Rasulullah seorang pemimpin yang berstrategi apabila menyampaikan visinya secara berperingkat,dimana peringkat permulaan kepada ahli keluarga yang terdekat,yang mahu menerima dan mempercayai ajarannya itu.
Antara mereka yang ‘bertuah’ ialah isteri baginda,Khadijah binti Khuwailid,sepupu Baginda,Ali bin Abi Talib,disusuli Zaid bin Harithah,Abdurrahman bin Auf,Uthman bin Affan,Zubair bin Awwam dan Saad bin Abi Waqash.

Berkongsi Lebih Baik Daripada Memiliki

Antaranya usrah.Apa itu usrah?
Konsep usrah  diperkenalkan oleh Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan visinya.Tatkala orang yang memeluk Islam melebihi tiga puluh orang lelaki dan perempuan,Baginda memilih rumah salah seorang daripada mereka, iaitu rumah Arqam bin Abi al-Arqam, sebagai tempat pertama mengadakan sesi usrah,bertujuan untuk pembinaan diri dan pengajaran.
Kreatif?Ya,cukup kreatif dan tersusun.
Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja memiliki visi yang jelas tetapi berkongsi visinya bersama para sahabat melalui cara hidup baginda dan sistem pendidikan tidak formal yang mantap sehinggakan mereka memahami,menghayati,menjiwai dan berazam untuk melaksanakan visi tersebut.

Rapatkan Saf Kepimpinanmu!

Kumpulan yang berjaya biasanya mereka yang mengamalkan perkongsian visi.Perkongsian visi inilah yang mampu menaikkan semangat dan menjadikan manusia sanggup berkorban bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi.
Mungkin ada diantara kita yang kurang percaya.Kenapa?
Saya ada jawapannya.Bilamana berkumpulan,ia akan menghilangkan semangat “keakuan” dalam diri individu dan sebagai gantinya akan melahirkan semangat “kekitaan”.Secara tidak langsung dapat merangsang ke arah pembelajaran dan penguasaan ilmu kerana kedua-dua aspek ini sangat penting untuk mencapai sesuatu visi.
Pernah dengar ayat ini?
Kebatilan yang tersusun akan mengalah kebenaran yang tidak tersusun.

Kejayaan Strategi Rasulullah S.A.W

Kenal Bilal bin Rabah?
Seorang hamba kulit hitam kepada Umayyah bin Khalaf.Kita sedia maklum bahawa Umayyah merupakan salah seorang musuh ketat Rasulullah.Bahasa mudah,bila jumpa sahaja mesti hendak bertumbuk.
Setelah mengetahui hambanya telah memeluk Islam,si Umayyah durjana menyeksa Bilal dengan membaringkannya diatas padang pasir yang panas dalam keadaan tidak berbaju dan mengenakan siksaan yang perit.
Dia mengugut akan membunuh Bilal sekiranya tidak kembali menyembah Lata dan Uzza tetapi Bilal hanya menjawab dua perkataan yang membuktikan kukuhnya imannya iaitu “Ahad! Ahad!(Allah itu Maha Esa) ”

Ada lagi kisah menarik.Ammar bin Yasir dan kedua ibu bapanya.

Mereka memeluk Islam Ketika Nabi Muhammad S.A.W memilih rumah Arqam bin Abi al-Arqam sebagai pusat dakwah Islam.Apabila kaum Musyrikin mengetahui mereka memeluk Islam,tanpa berlengah-lengah mereka menyiksa dan menganiaya Ammar bin Yassir serta keluarganya.
Walaupun siksaannya amat berat,keimanan mereka tidak tergugat sehinggalah bapanya Yassir dan ibunya Summayyah gugur syahid dalam menegakkan kalimah Allah S.W.T
Sahabat sekalian,kisah-kisah  ini lambang kejayaan Rasulullah dalam membentuk para sahabat bertunjangkan akidah yang mantap.Inilah hasil visi ketuhanan yang dijiwai oleh Rasulullah dan kemampuan Baginda berkongsi visi besar itu dengan para sahabat.

Mari-mari.

Sahabat,member,kawan-kawan ke mari datang dekat dan rapat.

Kita hayati visi utama Rasulullah S.A.W dalam menghambakan dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Anda ada strategi berkesan?Mari gunakan untuk sempurnakan visi yang berkualiti!


~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~
 

2 comments:

Fang Joker said...

nice

Anonymous said...

strategi yang berkesan perlukan kesabaran..usaha yang berterusan dan xmudah putus asa..insyaAllah akan tercapai..Nothing is impossible..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio