Search This Blog

Tuesday, March 23, 2010

Nape La LAMA Menghilang Ni....

Assalamualaikum W.B.R dan Salam Ukhuwah..


Bismillahi Walhamdulillah …

Rafak takzim buat Tuhan pemilik jiwa ini. Salam selawat buat Baginda junjungan SAW.




LAMA..Memang LAMA..Bukan ceritera surat khabar LAMA mahupun nostalgia LAMA tapi betapa LAMAnya membiarkan blog ni terdampar daif.Sehinggakan ada kawan2 bertanya,"Da hilang ke semangat nak jadi blogger terkenal?"Memang diri ini mengakui akan kelemahan diri..entah la..kadang-kadang rasa terlalu leka sehingga tak dapat menunaikan tanggungjawab dan cita-cita yang selama ini membantu menaikkan semangat diri..Maaf sekali lagi..








Sabtu lepas terlibat dengan program KASBEM(Karnival Sukan Belia Islam Melaka).KASBEM yang penuh warna-warni menutup tirai dengan pelbagai pengajaran bagi mereka yang tidak pernah jemu mengutip mutiara hidup untuk bekalan di hari mendatang. 

Alhamdulillah, saya diamanahkan membawa pergi dan pulang panji Kontinjen UniKL MICET(bunyi macam banyak tapi bawak satu team je..hehehe..). Mungkinnya cabaran yang terhidang banyak kurangnya dari pemegang panji perang di zaman Rasulullah S.A.W. Namun, cukuplah untuk saya rasakan ianya suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh jiddiyah dan rasa ketaqwaan


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar cuma persiapan pasukan ke kejohanan berprestij ini agak kelam kabut.Yela,mula-mula berkobar nak hantar  2 team MICET tapi last2 minit tarik diri.Terpaksa cari team bidan terjun akhirnya jumpa gak.Terima kasih kepada Isa,Akmal,Afiq,Namek dan Radzi walaupun team kita KALAH BERGAYA..Menang TIADA,seri pun TIADA tapi kalah tetap ADA..Kita juga telah memberi sumbangan berharga kepada pihak lawan sebagai tanda ukhuwah sebanyak 13 gol tanpa rasa ingin membalasnya hasil 3 perlawanan..Jangan hiraukan keputusan perlawanan kerana apa yang penting ukhuwah terjalin.Sekalung TAHNIAH kepada penggerak KASBEM yg menjayakan program ni..


Kepada PEMBINA MELAKA khususnya dan PEMBINA PUSAT amnya, ayuh kita kekalkan rentak ini. Terus maju ke hadapan!

2 comments:

Nor Aizat Rahimi said...

salam..
wah..kalah bergaya..

13 berbalas 0?
ini ukhwah btol ni smpi xkasi saingan lansung..

ANAK MUDA said...

Semua pemain tahap rookie..huhuhuhu

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio