Search This Blog

Wednesday, March 24, 2010

Hassriq...Tak Salah Kau Suka Perempuan Itu...

Assalamualaikum W.B.R dan Salam Ukhuwah..


Alhamdulillah. Segala puji hanya layak bagi Allah SWT yang menghidupkan kita setelah mematikan kita. Syukur kepada-Nya kerana dengan kasih sayang-Nya dapat lagi kita kekal dalam nikmat Imam dan Islam serta masih mempertautkan hati-hati kita untuk terus bersama-sama dalam hubungan dasar akidah ini. Jika dikumpulkan seluruh harta, emas, wang yang terdapat diseluruh dunia, nescaya tidak mampu untuk mempertautkan hati-hati ini jika bukan dengan izin Allah SWT..

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia yang sangat mengasihi kita umatnya hinggakan saat-saat nazak bersama sakaratul maut, baginda sempat bertanyakan tentang nasib kita selepas ketiadaan baginda iaitu Nabi junjungan kita Muhammad Bin Abdullah S.AW.

 "Aku tengah mengantok ni.."kata kucing ini di dalam hati..




Hari ni menghamparkan bermacam suasana.Di Subuh hari keadaan sejuk dan dingin sekali sehinggakan  apabila muazzin melaungkan seruan 'solat itu lebih baik daripada tidur' , jiwa merasakan tidur itu lebih baik daripada bangun dan terus solat. Natijahnya, saya terlewat dalam melaksanakan solat subuh.Astaghfirullah..Betapa lemahnya iman ini...


Kelas bermula pukul 8 pagi..Setelah berhempas pulas mendengar lecturer dan pulun menyiapkan tutorial selama 2 jam,kelas akhirnya sampai ke penghujungnya..Abis je kelas terus bergegas pulang memandangkan malam ni ada test Chemical Process Principle.Maka berduyun-duyunlah kami mengejar kafe tercinta semata-mata  ingin men"diam"kan perut yang dah lama merintih meminta di isi.




SALAHKAH AKU MENYUKAINYA?




Masa kalut-kalut nak balik tiba-tiba terserempak dengan seorang gadis yang agak cantik dan pemalu.Penampilannya cukup menarik perhatian walaupun hanya berbaju kurung dan bertudung labuh hitam.Sengaja saya mengusik kawan sebelah..

"Mat,Aku suka perempuan tu la..."

Usikan saya membuatkan dahi sahabat tadi kerut seribu.Lantas dia pun mengeluarkan hujahnya...

"Wehhhh..Berdosa lahhh! Mana boleh ikut kau je suka perempuan macam ni. Tak elok. Astaghfirullah. Bertaubatlah Hassriq ..Bertaubat!"



Hujah sahabat tadi menimbulkan tanda tanya kepada diri ini...


"Erk, salah ke?"


Sekali lagi saya cuba memprovokasi beliau..Nak tengok apa pula responnya kali ini..


"Dah lama aku pendam perasaan kat perempuan tu. Jiwa kacau la. Apa aku nak buat ni Mat?"


Sahabat saya yang dari tadi agak tenang mula memaparkan telinganya yang agak merah..Panas kena terik mentari agaknya..huhuhu..Terus dia membalas,
 


"Ya Allah. Sejak bila pulak ni? Selama kau ni elok-elok je. Tiba-tiba ada manusia bernamaperempuan masuk dalam fikiran kau. Hassriq, kau takleh macam ni.. Kau tahu kan? 
Berdosa namanya ni tau tak!"


Akhirnya saya cuba mengendurkan suasana..Cuba memenangi hatinya kembali..huhu..
 


"Uishh..aku cuma ada perasaan kat dia je. Berdosa eh? Sorry2..nanti aku belanja kau air suam ye..hehehehe."

Situasi-situasi berikutnya kadang-kadang kita sendiri rasai.Memang ada benarnya kata sahabat saya tu tapi apa yang saya cuba bincangkan,jika ada seorang sahabat anda menyatakan dia berkenan pada seseorang yang berlainan jantina... Sebagai seorang sahabat, apa yang akan anda lakukan? Takkan mahu dibunuh perasaan itu. Perasaan sebegitu adalah fitrah. Tak salah lagi tak berdosa. Yang menjadikan semua ini berdosa ialah jika disalurkan pada jalan yang tak kena cara. ( ber'couple' mengalahkan sepasang suami isteri). 

Perasaan itu kita namakan apa ya? Anda sendiri tahu untuk melabelkannya. 
Sama ada sayang, suka atau cinta. Mahu tahu definisi cinta saya? 
Cinta akan seseorang itu akan membuatkan kita semakin dekat dengan Allah.


Ya! Sejujurnya saya sangat malas untuk mengulas banyak-banyak mengenai hal ini. Sudah bertambun-tambun artikel ditulis mengenai hal tentang cinta. 


Nasihat saya kepada anda semua yang memendam rasa(termasuk diri ini). Saya tahu ramai yang memendam rasa walaupun hakikatnya ramai yang tertelan rasa dek dikecewakan..


Syabas! Anda gentleman and gentlewoman jika anda terdiri daripada golongan yang "mengawal syahwat". Takkan memilih jalan yang salah dengan memilih untuk bercouple bermesra-mesraan sebelum tertulis di dahi si dia- dia awak yang punya. Jalan yang betul ada, yakni nikah.(Sesiapa yang merasakan diri sudah bersedia dan sudah yakin akan petunjuk Allah, silakan, Allah akan mempermudahkan segala urusan.InsyaAllah).





Banyakkanlah berdoa agar Allah permudahkan segala urusan. Doa banyak-banyak. Allah akan tunjukkan. Doa banyak-banyak tak rugi satu sen pun. Kalau pergi buang duit shopping ke sana ke mari ataupun berebut-rebut beli tiket bola, itu namanya merugikan diri..



Kalau betul dia tercipta untuk anda, Allah akan permudahkan urusan kalian. 
Jika benar bukan, Allah akan jauhkan.
InsyaAllah akan ada yang lebih baik untuk anda di hari kemudian. Jangan risau jangan bimbang. Hidup ini bukan hanya untuk mencari-cinta-manusia sahaja.


Meh saya nak tanya (tanya diri sendiri juga),
CINTA Allah kita dah dapat belum?




Bagaimana mungkin kita berikrar kita cinta Allah sedangkan ayat-ayat cinta Allah kita sangat malas nak selak dan baca. Kalau kita check @ balas mesej/emel/blog/status twitter @ facebook dan sebagainya (segala kemudahan internet/alam maya yang wujud) lebih pantas dari kita selak ayat-ayat cinta Allah, makanya, ada sesuatu yang pelik di situ. Jom kita muhasabah! (bergetar jantung tatkala menulis ini. takut. takut. takut!)



Okay, saya sangat gembira sekarang selepas era sekolah taman tasik dulu..Yela..sekolah taman mesti hati pun bunga(tak ada kena mengena sebenarnya..). Moga akan terus gembira hingga akhir nanti. Hormon-hormon dalam diri boleh menjahanamkan diri sendiri jika tiada Allah untuk dijadikan tempat mengadu dan meminta tolong. Terima kasih ya Allah atas segala nikmatMu ini.
^_^


Buat mereka yang mahu berfikir, pesanan ikhlas saya:

1: Tak salah untuk punya perasaan pada seseorang yang berlainan jantina. Gunakan cara yang betul dan banyakkan berdoa.

2. Apa-apa yang boleh kita kongsi, kita kongsi. InsyaAllah akan ada manfaatnya. Jika anda ada sesuatu untuk dikongsi, jangan segan silu untuk menyebarkannya. 

3. Jadilah yang soleh bukan mencari yang solehah..




ANDA BACA ANDA TENTUKAN...

1 comments:

hanis fozi said...

islam agama fitrah
xpernah sesaat pn islam akn mghalang fitrah mnsia
cma apa yg islam lakukn hanyalah
melindungi fitrah itu spya xdicemari nafsu yg mmbuta tuli
p/s ikhwah mmg kne cpt2 kawin
haha..
k..selamat bermujahadah!

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio