Search This Blog

Saturday, February 26, 2011

Kalau Saya Nak Makan "Maggi" Gak?Saya kan DEGIL..




Bila terlihat gambar diatas,apa yang kita sering bayangkan??


Harganya yang murah

 Mudah disediakan

 Pelbagai pilihan perasa

Enak dimakan begitu sahaja! 




Alasan-alasan diatas menjadikan mi segera sebagai hidangan paling popular di kalangan generasi muda terutamanya bagi penuntut di institusi pengajian tinggi.

Biarpun pelbagai makanan yang ‘disegerakan’ mengikut arus pemodenan namun sajian ringkas itu terus mendapat tempat di hati pelajar terutamanya bagi mereka yang tinggal di kolej mahupun asrama.

Di saat poket semakin menipis pada hujung semester, mi segera dinikmati seolah-olah itulah hidangan yang paling lazat dan digemarinya selama ini.

Apatah lagi di saat ‘dramatik’ untuk menyempurnakan tugasan dan membuat persedian menduduki peperiksaan akhir. Pada waktu begitu, majoriti mahasiswa mengambil jalan mudah tetapi ‘bijak’ dengan memilih mi segera sebagai sajian harian.

Sedar ataupun tidak, tradisi mi segera di kampus bagaikan sudah menjadi resipi turun-temurun yang diwarisi zaman-berzaman sebaik melangkah masuk ke menara gading mahupun bergelar mahasiswa.

Tips Menjadikan "MAGGI" Lebih Sihat?

Sejak dahulu, mi segera sering meninggalkan imej negatif kepada pengguna terutamanya mahasiswa kerana mengandungi bahan perasa, pengawet, lemak dan kolestrol yang tinggi. Hal ini sememangnya bertentangan dengan amalan diet yang sihat.

Malah, para pengeluar mi segera juga turut mengakui berhadapan dakwaan yang menyatakan penggunaan bahan perisa seperti sodium (garam) sering menjadi punca makanan ‘kegemaran’ ramai ini tidak mempunyai zat yang secukupnya untuk menjadi makanan berkhasiat.

Oleh itu, ada pihak yang menyarankan para peminat mi segera  mengubah cara penyediaan hidangan tersebut supaya ia lebih berkhasiat dan mengenyangkan.

Cara penyediaan mi segera yang lebih kreatif dengan mencampurkan bahan-bahan lain seperti sayur-sayuran, telur, ayam atau daging mampu melengkapkan zat yang diperlukan oleh tubuh.BENARKAH?

Ingin Berjimat Tapi Sakit Badan?

Perlu diingatkan juga mee segera bukanlah makan ruji yang 'mesra' dengan sistem penghadaman kita.Mungkin ada yang menyatakan untuk berjimat tapi adakah hidup kita ini semurah mee segera..Ada banyak alternatif lain yang boleh digunakan untuk berjimat.Salah satunya KESEPAKATAN!



Apa kena mengena makan dengan KESEPAKATAN?Mungkin ada yang beranggapan saya ni kurang waras bila saya mengatakan RM 2 cukup untuk makan sehari..Nak makan apa RM2 sehari?Nasi dengan telur kat kafe pun dah cecah RM2 sekali makan.Disinilah KESEPAKATAN diperlukan.Andai kata anda tinggal rumah sewa seramai 5-6 orang dan masing-masing bersepakat memasak bersama-sama,perkara ini tidak akan menjadi masalah.Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

Dari Abu Hurairah ra katanya; Rasulullah saw bersabda,


“Makan dua orang cukup untuk tiga orang.Makanan untuk tiga orang cukup untuk empat orang.”

Alhamdulillah..kehidupan hidup semasa belajar akan menjadi senang sekiranyanya  ikhwah-ikhwah banyak membantu baik dari segi pelajaran mahupun kewangan.Terima kasih kepada akh Awie,akh Afiq dan akh Firdaus yang banyak support tatkala susah atau senang.Kebetulan akh Daus baru pindah ke rumah ikhwah-ikhwah,jadi senang la nak berprogram nanti! Boleh la makan satu talam ye..^_^


Makan Dalam Kesepakatan



Jom Cari Makanan Yang Terbaik!

Kesimpulannya,agama Islam yang syumul amat mementingkan penjagaan dan pemeliharaan perut, terutamanya menahan daripada perkara-perkara yang haram,memudaratkan dan syubahat, seterusnya terlalu mengikut hawa nafsu sehingga memakan makanan yang halal terlalu banyak dan menjejaskan ibadat sehari-harian.

Kita harus ingat sesungguhnya umat Islam yang beriman dan bertaqwa hanya makan untuk mendapatkan tenaga dalam menjalani ibadat sehari-harian sebanyak yang mungkin, bukannya hidup untuk makan seperti orang-orang kafir yang mementingkan nafsu semata-mata.

Sesorang yang mencari ilmu dan beribadat tetapi memakan makanan yang haram dan memudaratkan diumpamakan membina satu binaan di atas longgokan sampah-sarap.


Setiap orang Islam yang beriman dan bertaqwa seharusnya menyemai rasa iffah( rasa puas), qanaah (memadai dengan sedikit) dan kezuhudan dalam menahan diri daripada hawa nafsu.

Berusahalah mencari makanan yang halal dan berkhasiat serta  hendaklah merasa cukup dengan memakannya yakni berhenti sebelum kenyang.


Jauhilah makanan yang kurang berkhasiat dan memudaratkan..Insya Allah!



~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ

8 comments:

Anonymous said...

maggi bkn blh jd mknn yg sehat ke?

ANAK MUDA said...

Mungkin anda idea tersendiri..Hujah anda?Kongsi sikit "MAGGI yang sihat"..

Anonymous said...

memg maggi ade keburukannya...cz byk MSG...slh satu keburukan MSG blh menyebabkan keguguran rambut...sebabnye rambut perlukan protein...tp protein yg diperlukan x dpt disintesiskan sbb dlm bdn hanya de sodium je...so sbb 2 perlu tambah dgn nutrient yg x ckup dlm maggi spt tmbh telur, ayam, sayur, etc...

ANAK MUDA said...

Betul 2...setuju dengan pendapat anda...=)

Anonymous said...

kendong,,^.^ ..from loveless,haha

ANAK MUDA said...

hahaha..xabis2 kendong

::NuHa@21:: said...

banyak lg cara lain yg boleh digunakan untuk makan secara berjimat..selain drpd maggi..
Setuju untuk makan dlm kesepakatan krn ia mampu mengeratkan ukhwah diantara rakan-rakan..spt dlm sebuah keluarga..insyaallah..

Syabab Muhsin said...

molek2...pandainye sahabat ana sorang ni

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio