Search This Blog

Monday, May 16, 2011

Saya SAYANG Cikgu! ANDA??

.

Bila sebut je Hari Guru...

Teringat masa sambut hari guru disekolah,sibuk fikir apa agaknya hadiah hari guru yang bakal disambut ye?

Masa zaman sekolah-sekolah dulu memang Kad Ucapan Hari Guru tak pernah tinggal, siap buat sendiri lagi tu, bangga sangat dapat buatkan Cikgu Kad Hari Guru, dan semestinya akan memberikan bunga ros merah, yang boleh dibeli pada hari sambutan hari guru di koperasi sekolah.Paling senang minta tolong mama belikan.

Hai..dah 5 tahun meninggalkan zaman persekolahan tapi kenangan tu tetap indah, mengingatkan barisan guru-guru yang banyak berjasa, guru disiplin yang garang  tapi baik hati, gelagat rakan-rakan semasa disekolah..

Rindu sangat teringin pakai baju sekolah dahulu.


Pagi esok saya baru bergerak pulang ke Taiping.Jadi tak sempat nak bagi hadiah kepada cikgu-cikgu tercinta(mungkin ini boleh dijadikan ALASAN sahaja..=)).

Apa pun saya mengambil ruang di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru terutama kepada para guru yang pernah mengajar saya di:

Sekolah Kebangsaan Morib (1996-2001),
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar  Banting (2002),
Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah(2002-2004)
Sekolah Menangah  Kebangsaan Taman Tasik(2005-2006).
Sekolah Menengah King Edward VII(2007-2009)

Terima kasih buat cikgu-cikgu semua yang telah mendidik saya. Mungkin  ada cikgu saya yang akan membaca luahan hati di blog saya ni(harap-harap begitu).

Saya mengerti pengorbanan seorang guru amat besar nilainya,

Teruskan mendidik anak bangsa! Jangan pernah jemu, kuatkan hati dan tabahkan hati dalam mendidik anak di arus moden ini, sudah tentu pelbagai ragam warna warni yang lebih mencabar dihadapi..

Semoga guru-guru semua terus sukses mengtarbiah anak bangsa selaras dengan syariat.




NI HADIAH UNTUK CIKGU..Kata-kata hikmah yang boleh dijadikan motivasi..=)


Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

Moga Tema Hari Guru tahun 2011 ini dapat dicapai selaras dengan perkembangan transformasi semasa iaitu ”Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”





Lagu Hari Guru
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Teringin nak nyanyi sama-sama lagu ni dengan cikgu-cikgu.Itulah masa sekolah dulu nakal sangat,sekarang baru nak menyesal..T_T

Kalau kita hayati betul2 bait lirik lagu diatas, pastinya ramai guru dan bekas guru-guru akan menitikkan air mata. Pelajar pun boleh terkesan sama.

Saya sayang CIKGU hari2! Bukan HARI GURU sahaja.




0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio