Search This Blog

Tuesday, July 12, 2011

Kemana Menghilangnya Pagi Anda?

Sejuk dan dingin menyelinap masuk hingga ke atmosfera tulang.

Air pili seakan membeku tatkala menyentuh kulit gersang ini.



Memang sejuk sungguh pagi ini yang ditiup angin  saat ingin menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan rumah.Bertambah mengigil tatkala deruman enjin motosikal sama laju dengan deruan angin yang menerjah walaupun kadar kelajuan tidak mencecah 60 km/j.



Memang sedap jika nafsu tidur dilayan sewenang-wenangnya tapi Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu tidur yang menggila.Tilam nipis sanggup ditinggalkan walaupun sedar tilam itulah tempat paling banyak ‘berjasa’ tatkala ingin melampiaskan 
segala keluh kesah dan keletihan badan tapi seruan Illahi mengatasi segalanya.



Syukur pada-Mu Ya Allah!


Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas berjiwa pahlawan,yang sanggup meredah kepekatan malam untuk menyelusuri lorong-lorong suram yang sering ditakuti oleh anak-anak muda kononnya pelbagai cerita yang dimomokkan telah terjadi.



Bersemangat betul pakcik-pakcik di awal pagi ini seolah-olah telah lama tersedar dari lena.Barangkali qiamullail membasahi malam-malam mereka sehinggakan memberi mereka suatu tenaga untuk  melontarkan suara yang lantang dan jelas ketika membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.



“Assalamualaikum,”



“Wa’alaikumussalam warahmatullah! Sorang je ke dik?Mana kawan-kawan lain?”


“Err..sorang je pakcik.Dah ajak dah.Kejap lagi diorang datang la kot” Jawapan berbentuk harapan sebenarnya tapi  terdetik dihati,ke manakah pemuda-pemuda Islam?Adakah aku dah tergolong dalam golongan tua sedangkan umur belum menjengah 22 tahun?.



Mentaliti umat Melayu Islam di negara ini bahawa surau dan masjid tempat orang tua berkumpul perlu di ubah.



Ke mana mereka pergi?



Dah solatkah mereka?



Di manakah mereka bersolat?


Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir!







Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :



"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)



Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:



"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)



Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :



1) dibebaskan daripada api neraka

2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"


Malangnya,tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari.Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.Kadang-kadang tertanya pada diri sendiri, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh atau terus terleka?



Usai solat subuh,hati mula terasa sayu, adakah kita hanya menunggu saat uban dikepala baru hendak melangkah kaki ke rumah Allah? 



Kenapa tidak gunakan usia mudamu,wahai ikhwah?!Antara sedar atau tidak,dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah!Kenapa?







Tiada gangguan hiburan



Tiada gangguan manusia,



Tapi hanya gangguan syaitan laknatullah!.



Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari!

3 comments:

Husaini Arif said...

syukran abg has..semoga entry kali ini membawa semangat kpd ana utk pergi solat subuh berjemaah :)

Ajwad said...

jzkk akh hasriq, insyaAllah lebih semangat untuk solat subuh berjemaah..lama xdgr ceghite..

Donna Damia said...

umpama dakwat yang indah myusun kata di atas sehelai kertas..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio