Search This Blog

Sunday, July 31, 2011

Ramadan Datang,Jom kita Berseronok!




Ramadan kembali lagi!

Alhamdulillah..Kedatangan Ramadan membuatkan saya ingin berseronok.BERMINAT?

Sebelum saya ingin mengajak anda berseronok dengan lebih jauh,saya ingin bertanya satu soalan.

Sebenarnya anda pernah berasa seronok atau tidak?

Pernah? Betul ke?

Dr.HM Tuah Iskandar Al Haj membuat kajian yang menunjukkan golongan belia seperti kita kurang rasa seronok.

Mana satu betul ni?

Remaja Kita Stress?

Beliau membuat kaji selidik di komuniti online dan mendapati majoriti remaja bosan dengan kehidupan mereka.Kehidupan harian dikatakan terlalu biasa sehingga mendorong mereka berasa bosan dan tension.Hakikatnya masa remaja inilah masa yang paling seronok.Betul tak?

Ada yang menyalahkan orang lain yang menyebabkan hidup mereka menjadi bosan.Ada yang tidak berpuas hati dengan pensyarah,bengang dengan kawan-kawan,geram dengan ibu bapa dan tension dengan diri sendiri.

Seronokkah remaja kita sekarang?

Jom Bina Keseronokan Kita.

Masalah seronok atau tak,siapa yang tentukan?

Sedar atau tidak sedar diri,kita yang membina keseronokan itu.Majoriti remaja di kalangan kita mengistilahkan keseronokan tersebut mengikut cita rasa tersendiri yang secara tidak langsung memenuhi gelojak hawa nafsu mereka yang membuak-buak.

Namun ada lagi yang lebih seronok daripada semua itu.



Seronok yang sebetulnya adalah keseronokan cara orang bertamadun,cara orang beradat dan cara orang beragama.Baru syok!

Bila kita dah jumpa “jalan”,kita akan dapat menghayati kehidupan beragama sangat menyeronokkan!

Jom Zikir Tanpa Jemu

Saya pasti dikalangan anda pernah membaca zikir Al-Mathurat.Ada pendengar radio IKIM FM yang pernah mencadangkan agar disiarkan di radio supaya kita sama-sama dapat mengamalkan.



Alhamdulillah! Satu usaha yang sangat bernas.

Mungkin ada segolongan manusia yang tidak ikut pun tapi bagi mereka yang mengamalkan zikir,mereka akan berasa seronok sangat walaupun masa mereka dikorbankan selama 30 minit untuk membaca zikir pagi dan petang.

Kesannya,mereka seronok,tenang,bahagia,ceria dan terasa ‘aura luar biasa’.

Apa kata bulan Ramadan kali ini kita mulakan zikir-zikir harian.Boleh?

Seronoknya Bila Solat!

“Zikir susah la,abang”

“Oh, susah ye sayang?”

Ok..Saya bagi contoh lain,misalnya solat.

Ada orang yang jarang sangat solat.Apabila dia  melihat kita solat lima waktu sehari semalam,tmbah solat sunat,campur qiamullail lagi,dia akan merasa simpati tatkala melihat ‘kesusahan’ kita melakukan semua itu.

“Alahai,kesiannya orang ni, asyik solat memanjang, tak seronok betul hidup dia.Langsung tak enjoy”



Tapi..

Bagi kita yang solat,kita rasa seronok kan?

Kita rasa bahagia bila kita melakukannya.Rasa tenangnya je kan.Tak gitu?

Dengan mengingati Allah,hati menjadi tenang.

Jadi,bagi mereka yang rasa kurang seronok,amalkan suruhan agama secara istiqamah.Bila dah jadi tabiat,anda akan tahu apa maknanya seronok tersebut.Percayalah!

Saya Ingin Berseronok Dengan Anda.Boleh?


Saya remaja,anda juga remaja.

Anda ingin seronok,saya pun ingin seronok gak!

Ayuh!Sempena kedatangan bulan Ramadhan, jom dekatkan diri dengan agama.

Anda akan tahu apa makna Ramadhan dan apa itu seronok dalam Ramadhan.

Ahlan Wasahlan Ramadan Al Mubarak!
Kami gembira menyambut kedatanganmu.

4 comments:

Unknown said...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak. ;)

yahya zakaria said...

ade mase buke pose ngan kami la kat Pusat Islam UniKL MICET :D

ANAK MUDA said...

Insya Allah hujung minggu ana ke sana ye yahya..=)

lieynanilaz said...

selamat berpuasa....entry yg bagus..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio