1)Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya hasil duit kiriman ibu bapa kita.
2)Rela menunggu berjam-jam malah dalam hujan pila semata-mata untuk melihat gadis/jejaka yang kita "cintai" melintas jalan sedangkan kita solat secara ekspress(kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!
3)Memarahi bahkan sanggup menyepak terajang adik kita yang tersilap cakap sebaliknya hanya mampu tersenyum kelat apabila dimarahi atau dimaki hamun oleh wanita/jejaka yang kita "sanjungi".
4)Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari semalam padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun!
5)Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibubapa yang telah berbulan-bulan tidak ditemui
6)Susah hati jika tidak menerima surat ,e-mail,atau SMS daripada orang yang kita "cintai" sebaliknya kita tidak pernah kisah bahawa kita sendiri teramat jarang sekali memberi khabar berita kepada kedua ibu bapa kita di kampung.
7)Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak memakai baju langsung(bagi lelaki) / memakai telekung yang berbulan-bulan tak basuh(bagi perempuan) ketika ingin bersolat.
8)Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I Love You' berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah,Alhamdulillah dan Allahu Akbar!
Jadi mari kita berfikir sejenak..Adakah kita yang masih belum matang ini layak untuk memiliki "syurga cinta" di akhirat kelak?
Atau kita yang sudah termasuk dalam kategori "dah matang"ini pula akan terjerumus ke dalam "syurga cinta" duniawi kelak??
"INGATLAH..JIKA TEPAT PADA MASANYA,KETIKA,KEADAAN DAN SIAPA,CINTA ADALAH KUASA LUAR BIASA YANG TIADA TANDINGANNYA"
~~Wassalam~~
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment