Search This Blog

Saturday, October 3, 2009

Syawal Ini Bagi Yang Mengerti..............

Assalamualaikum W.B.R..

Hmm..RAYA..macam2 jenis program yang dianjurkan sempena raya ni sehinggakan di tempat ana pun tak ketinggalan meraikannya..Ana baru je selesai menghadiri program raya yang "tak kurang glamornya"

Bermacam-macam hidangan disediakan baik dari segi makanan hinggalah pakaian..Bagi yang memakai pakaian yang merangsang mata,anda telah menjadi "hidangan" bagi kaum yang berlawan..

Ana teringat satu ayat yang disampaikan oleh seorang ustaz..Beliau berkata:



Isa putera Maryam berdoa: “Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rzekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama.” [Surah Al-Maidah : 114]



Hari perayaan sebenarnya telah wujud berkurun-kurun lamanya pada zaman-zaman nabi yang terdahulu. Ia adalah hari yang penuh nikmat diisi dengan kegembiraan umat. Tiba perayaan buat kita umat Islam, inilah waktunya kita kembali kepada fitrah, setelah lama mencuci jiwa di bulan mulia Ramadhan itu.

Indahnya Syawal sebagai perayaan setelah kita memperkukuhkan hablu minallah di bulan Ramadhan dan kali ini kita memperkukuhkan hablu minannas dengan mendoakan, meraikan, menghargai, membantu, memaafkan dan ketika inilah pula yang jauh bertemu.

Hari Raya adalah hari kesyukuran buat umat Islam, hari kemenangan dan hari kenikmatan yang telah Allah hadiahkan buat hamba-Nya yang beroleh kejayaan di bulan mulia Ramadhan. Umat Islam ketika Ramadhan mampu menahan diri dari nafsu makan dan minum, mampu meramaikan rumah Allah dengan tarawikh, mengekang diri dari melakukan maksiat, dan memperbanyakkan amal soleh,

Lantas wujudkah lagi semangat sedemikian ketika tirai Syawal terbuka?

Seorang mukmin walau dalam ia keadaan gembira, masjid tidak dilupakan, sentiasa bermunajat mengingati tuhannya, solatnya terpelihara, malam rayanya diisi dengan qiamullail, quran menjadi budaya, tidak melupakan kesusahan umat di luar, masih menitiskan air mata keinsafan.

Namun keadaan sebaliknya bagi muslim yang alpa dan leka. Mereka menghiburkan diri dengan tayangan-tayangan movie, artis-artis, nyanyian-nyanyian, pakaian yang menonjol-nonjol. Ini adalah amat bertentangan sebagai umat Islam yang patut meraikan aidilfitri sebagai satu perayaan yang diisi dengan penuh kesyukuran.

Sebelum datangnya Islam, telah wujud perayaan yang menjadi tempat berpesta, bersuka ria tanpa batas, menari, berjudi, minum arak. Tradisi itu telah lama ditinggalkan setelah datangnya cahaya Islam menggantikan perayaan yang bertujukan ketaqwaan kepada Allah. Sabda Nabi;

“Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri” [Hadis Riwayat An-Nasaie]

Jangan kita kotorkan perayaan Syawal ini dengan perayaan seperti mana jahiliyyah laksanakan.

Pesanan buat diri, sebelum orang lain.

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio