Search This Blog

Saturday, July 31, 2010

Nukilan Khas Untuk Sahabat Tersayang..Redhalah Dengan Pemergiannya.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Daripada Allah S.W.T kita datang kepada-Nya jua kita kembali..Itu lumrah hidup.Dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata kerana akhirat jua yang kekal selama-lamanya. 



Puas menanggung kesakitan akhirnya Allah menjemput sahabat tersayang,Allahyarham Mohd Wazir bin Che Morad kembali ke tempat yang kekal abadi.Sedih dengan pemergian arwah tetapi lega dan redha tidak lagi melihat riak wajah yang sugul menahan kesakitan yang tidak tertanggung akibat penyakit leukimia yang dihadapinya.

Dahulu arwah seorang yang periang dan gemar mengusik rakan-rakan tetapi dia juga manusia biasanya yang adakalanya emosi dan semangat akan jatuh tiba-tiba apabila diserang bertubi-tubi dengan penyakit.Jika dahulu jarang melihat riak wajah arwah yang kersahan dan sugul walaupun ketika itu sahabatku ini ditimpa pelbagai masalah remaja terutama dizaman bangku sekolah.

Namun kini riak wajah yang semakin pucat bukan kerana ketakutan tetapi kerana seluruh badannya terasa bisa dek serangan leukimia.Aku sendiri tidak tahan melihat arwah “ceria dalam duka”.Adakalanya aku hanya memberi kata-kata semangat supaya dia terus tabah dan cepat sembuh.

Tetapi semua kesakitan hanya arwah yang menanggungnya...Perjalanan dia dari Semanggol ke Pulau Pinang untuk menjalani rawatan membuatkan aku jarang berjumpa dengan beliau tambahan pula aku sedang berjuang mencari ilmu di Melaka.Situasi ini meyebabkan aku terasa “dekat tapi jauh” dengan arwah.Perkara paling membuatkan aku terkilan bagaimana aku sebagai sahabatnya hanya mengetahui pemergian arwah melalui SMS yang dikirim  oleh sahabat handai.

“Dia bijak menyorok sakitnya daripada pengetahuan rakan-rakan ataupun kita yang terlalu leka dengan urusan masing-masing.”Itu luahan seorang sahabat tatkala rakan-rakan menziarahinya pada hari yang menyedihkan iaitu hari persemadian sahabat yang tersayang ke rahmatullah.


Bergenang air mata diri ini melihat pemergian beliau setelah apa yang dia telah dialami.Sekaligus terkenang ibu dan ayah di Simpang Empat.Apakah mereka juga sedang meyorok penyakit dan kesakitan mereka daripada pengetahuan anak-anak.Masya-Allah.Nauzubillahiminzaliq.

Hampir dua tahun arwah terlantar menanggung kesakitan.Daripada bergelar pelari pecut sewaktu zaman sekolah dahulu  berubah menjadi orang  yang menjaga rentak berjalannya.Sungguh hebat penderitaan yang ditanggung oleh arwah Wazir.Daripada aku mengenalinya sebagai antara rakan sekolah yang terawal selepas aku berpindah ke SMKMS hinggalah aku melihatnya sebagai pejuang yang bertarung melawan penyakitnya.

Panggilan dari-Nya membuatkan aku sayu namun bersyukur kerana penderitaan sahabat tersayang telah berakhir.Hampir semua ikhtiar telah dilakukan tetapi besarnya kejadian Allah itu,jika Dia tidak membenarkan apa-apa juga berlaku,perkara itu tidak akan berlaku....tetapi........jika ada keizinan-Nya,manusia tidak akan mampu menahan-Nya..
Onie,Ke'on,Dik Mat dan Dik WA.....

Kepada keluarga arwah,Che Morad dan sekeluarga,bersabarlah kerana itu sudah dijanjikan oleh Allah SWT.Jangan kesali apa jua yang telah berlaku kerana itu sudah rezeki yang telah tertulis untuk arwah.Hanya mampu dikirimkan untuk anakmu atau adikmu tersayang(arwah anak bongsu),ialah doa untuknya dan ilmu yang ditinggalkan olehnya dan jadilah ayah dan abang-abang yang soleh dan ibu yang solehah kerana itu sahaja yang diperlukan oleh si arwah.Dan bukannya tangisan dan ratapan.

Apa jua hajat dan impian arwah yang tak tercapai,sebagai ibu,bapa,abang atau sahabat tidak salah jika kita merealisasikannya walaupun dia sudah bersemadi di alam barzakh asalkan ianya tidak mejejaskan akidah kita.Pesanan kepada sahabat dan diri sendir,urusan kita bersama kerjaya tidak akan selesai sehingga kita menutup mata,namun jangan jadikan sebagai alasan untuk kita mengabaikan insan tersayang terutama ibu dan ayah.

Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna.Luangkan sedikit masa untuk mereka supaya walaupun jauh tetapi dekat dihati.Moga –moga pengorbanan kita mendapat keberkatan daripada  Allah S.W.T.Wallahualam...


~Al-Fatihah untuk Arwah Mohd Wazir Bin Che Morad~

6 comments:

mohd sarifudin said...

~Al-Fatihah untuk sahabatku Arwah Mohd Wazir Bin Che Morad~

izreen sarah.. said...

sayu jer bce nukilan nie..al-fatihah untk arwah..

Anonymous said...

al-fatihah untuk Allahyarham..semoga aman disana dan dipermudahkan perjalanannya..amin..

::NuHa@21:: said...

La Tahzan ya hassriq..
dari-Nya kita dtg,, dari-Nya juga kita akan kembali..
sentiasalah sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.. mudah2an dia tenang disana.. Amin..

nabilah hamzah said...

sebak..apakan daya..pergi tinggalkan nama dan senyuman keikhlasan untuk kita kenang..insyaallah sentiasa..

Anonymous said...

al-fatihah buat arwah..wlpn kami tidak pernah bertegur sapa..
arwah tetap seorang sahabat bt diri ini..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio