Search This Blog

Sunday, November 14, 2010

SUKAN ASIA 2010: MALAYSIA 0 : CHINA 3 JANGAN MALU DENGAN KEKALAHAN INI!


SUKAN ASIA KE XVI GUANGZHOU 2010




   
     MALAYSIA                     CHINA                    
                      0                                 3



 Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh..

"MALAYSIA TUMBANG ANGKARA PENGADIL"..Baru sebentar tadi saya membaca akhbar Kosmo!  secara online dengan tajuk sukan menjadi keutamaan.Di Facebook juga memuntahkan tajuk yang sama.Saya juga mendapat link dari sahabat saya,Aizat yang tidak turut ketinggalan mengupas isu yang sama.Boleh jadi pengulas sukan la lepas ni ye!




TIGA KAD MERAH...TIGA GOL...DAN TIGA PERASAAN YANG BERBEZA.. !

Saya tidak berkesempatan menonton secara live pertembungan antara MALAYSIA menentang CHINA kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan tapi setelah menonton liputan harian di TV1,saya berpendapat sangat tidak boleh diterima akal melihat 3 pemain pasukan Malaysia dibuang padang semasa perlawanan tersebut.

Pengadil,Ben William daripada Australia telah menghadiahkan tiga kad MERAH 'berharga' kepada pemain Malaysia(Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunalan. dan disusuli lima kad KUNING sebagai 'buah tangan' kepada  Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad sedangkan pemain China 'kempunan' untuk mendapatkan kad.

Bayangkan, hampir keseluruhan pemain Malaysia mendapat kad namun yang ramai tercedera juga daripada pemain Malaysia sendiri.Rasa geram melihat pemain kita bergelimpangan di tengah padang.Terasa ingin sahaja menggantikan pemain yang cedera walaupun sedar diri ni tak sehebat mana.




Memang tidak dinafikan China merupakan antara kuasa besar bola Asia tetapi cara kekalahan yang seperti diatur dari awal sangat tidak boleh diterima.Main PES 2011 pun tak pernah kena layang 2 kad merah sekaligus.Benar kata sahabat saya,Aizat(dah 2 kali link ni)"Ya, inilah permainan bola sepak. Bola itu bulat kata orang. Namun pengadil yang tidak bulat juga mampu merosakkan suasana permainan tersebut"(Peribahasa baru ke ni?)Apapun ada sisi bangga yang ditampilkan oleh harimau-harimau muda Malaysia ini..




Bayangkan betapa peritnya berhadapan dengan kesebelasan utama China tatkala pemain Malaysia kekurangan 2 pemain ditambah pula dengan pening terhantuk kepala,senak perut dirembat dan jatuh tergeliat di 'tackle'.

 Itu semua tidak mematahkan semangat perjuangan Malaysia yang berkubu di kotak penalti sendiri sehinggalah roboh pada minit ke 61 oleh  Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.Itupun sempat lagi Ben William memberikan sampul raya merah kepada S.Kunalan.


JANGAN SEKADAR TENGOK BOLA SAHAJA..FIKIR APA YANG KITA DAPAT!

Alhamdulillah,ada berita gembira buat skuad kebangsaan walaupun sekadar menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan China dalam Kumpulan A. Akhirnya,Malaysia layak ke pusingan kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada hari selasa yang lepas yang membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain.Jadi kesimpulan yang saya dapat sepanjang melihat aksi MALAYSIA vs CHINA ialah
  • Setiap manusia kat dunia ni tidak kira Muslim atau tidak, haruslah mempratikkan sikap adil dan seharusnya meletakkan  tangungjawab untuk berlaku adil itu terletak di setiap bahu Muslim. Berusahalah untuk bersikap adil seadil-adilnya.   

  • Setiap manusia, juga terutamanya orang Muslim hendaklah sentiasa bersabar dengan pelbagai cubaan dan dugaan.Bukan mudah untuk berhadapan situasi ketika diuji. Kelihatan sangat tenang Rajagobal mengarahkan pemainnya untuk bertenang dan bersabar.  

  • Kuatkan tubuh badan kita, terutamanya seorang Muslim kerana tubuh yang sihat memberi akal yang cerdas.  Mukmin yang kuat lebih disukai berbanding mukmin yang lemah,setiap dari mereka ada kebaikan masing-masing.

  • Tidak ada salahnya kita memiliki sikap cintakan tanah air (patriotisme). Dalam Majmu' Rasail, di bahagian Dakwah Kita - Pendirian Kita Terhadap Aliran Fahaman Lain, Imam Hasan al-Banna juga tidak membantah semangat patriotisme asalkan yang bersempadankan akidah Islam.Cintailah negara kita.

  • Ini khas untuk Muslim, tidak ada ruginya meninggalkan sekejap perlawanan secara langsung tadi untuk bersama-sama menunaikan solat Isya secara berjemaah di awal waktu. Hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit. Jangan biarkan patriotik menjadi fanatik sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai individu muslim...




SEMOGA JALUR GEMILANG TERUS MEGAH BERKIBAR DI BUMI GUANGZHOU! 





0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio