Terkedu..Terdiam seolah-olah mematikan diri.
Menelan segala kegusaran dihati..
Menongkah segala kesedihan disanubari...
Terlalu banyak dugaan yang dihadapi sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Melaka ini.Dari ditimpa dugaan kesihatan sehinggalah kehilangan “sesuatu” yang amat dihargai.Dugaan yang banyak mendatangkan 1001 kesedaran dan peringatan seolah-olah Allah S.W.T sedang ‘berbicara’ dengan diri ini.
Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(Surah Al-Fatihah;ayat 5)
Betul.Muhasabah diri jalan terbaik untuk kita mengenalpasti setiap kesalahan kita.Diakui diri ini sangat alpa dan lalai dari melakukan tanggungjawab.
Maafkan diri ini andai diri ini menyebabkan kalian semakin jauh dari Allah.
Maafkan diri ini andai kata-kata yang dikeluarkan tidak melambangkan seorang muslim.
Maafkan diri ini andai perlakuan diri ini merendahkan martabat seorang mukmin.
Mengimbau Kenangan Lalu.
Alhamdulillah..hati ini mudah terpujuk apabila menyedari dugaan yang datang bakal mendekatkan diri kepada janji-janji Allah S.W.T.Apabila membaca kembali tajuk di blog ini sebelum ini,hati rasa kembali pulih setelah membaca ayat ini;
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala) sesungguhnya pahala dari isi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.(Surah Al-Baqarah;103)
Hassriq,bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu!Tenanglah dengan janji-janji syurga.Ini bukan propaganda tapi untuk menilai dimana tahap keimanan kita.
Orang lain juga menghadapi ujian dan dugaan.Bukan diri ini sahaja.Kalau dirungkai lipatan sirah,ramai para sahabat dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi cabaran dan dugaan.Ada juga isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah.Ketika diseksa menjelang kematiannya,Asiah tabah dan meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah.
Buka Mata Tentang Cinta
Yakinlah Hassriq! Cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil.Cinta Allah sedang menguji cinta yang bakal kamu berikan kepada zaujah kamu nanti.
Jika cinta yang kecil itu RAPUH,jangan biarkan cinta yang besar itu ROBOH!
Percayalah Hassriq! Janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan hidup di dunia ini.
Kadang-kadang terfikir..bagaimana sekiranya cinta kita dipersiakan?Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’.Dia bukan lagi insan yang kita kenal dahulu.Adakah ketika itu kita menjadi resah dan gelisah?
Habis segala laci,meja tulis,kereta atau begnya abis kita selongkar.Telefon bimibit,Facebook,e-mail dan apa sahaja barangan peribadinya kita bongkar.Mencari dan menghidu kalau-kalau ada bukti kecurangan.Siang malam diamuk gundah.Kerasukan bagaikan menggila.
Pada saat ini,diri kita bagaikan di ‘pause’.Tak tahu nak buat apa.Bertanya pada diri,apakah kita masih menaruh harapan?
Jika jawapannya YA,maka nyalakanlah harapan itu-keep hope alive!Berusaha untuk memperbaiki diri.
Dakap cinta Allah erat-erat!Moga perubahan diri kita membuahkan harapan yang juga merubah pasangan kita.Insya Allah!
Kebahagiaan Dalam Perpisahan~macam Shahir AF pula~.
~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~
6 comments:
i like...
jdh mudah tersungkur disbbkan perkara remeh...be strong...
kembali padaNya...
janjiNya pasti ada tuk hambaNya..
hurm....tabah kan ati...
aku pun sejuk bace blog ko...tq hasriq kata2 yang penuh bermakna...
Terima kasih raf byk bg support...
Mimi pon sama
BEST!
sejuk hati bila baca :)
be cool and be strong ..
insyaallah, yakinlah apa yang terjadi mungkin ada hikmah yang tersembunyi ..
renung2 kan lahh ;)
aku suka pengolahan ayat ko dalam blog ni.
ok, tp bukan tu yg aku nk komen ye.
be strong ye hasriq.ada hikmah sebalik semua yg terjadi. aku sokong kata-kata adik aku kat atas ni..hehe..
Post a Comment