“Sayang,I nak pegang tangan U boleh?”
“Lembutnya pipi awak..”
“Banyak kereta ni,meh saya pimpin tangan awk”
Sentuhan yang biasanya dimulakan oleh teman lelaki atau lebih dikenali sebagai boyfriend akan menyebabkan berlakunya sentuhan yang berikutnya.Disusuli dengan ayat-ayat pujuk rayu,maka si wanita akan bertambah kuyu.
Mula – mula malu,akhirnya hilang malu timbul pula perasaan mahu.Dari meramas tangan naik sampai ke bahu,si gadis tersipu-sipu si teruna berajakan nafsu.Kemudian berlaga pipi,lalu lidah semakin kelu sehingga mata menjadi kuyu.
Ya! Ikut suka hati kamu.Bila teman lelaki membisikkan I Love You,degup jantung semakin laju.Kemudian berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku.
Saya disoal dari setiap sudut..
“Abis tu takkan tak boleh pegang tangan langsung?Kitorang bukan peluk-peluk pun”
“Ramai lagi kawan aku yang pegang tangan,tak ada nampak ada yang mengandung pun”
“Setakat pegang tangan je bro ,janganlah kecoh sangat.”
Sahabat sekalian,oleh sebab hukumnya bukan makruh,tidak harus,apatah lagi sunat tetapi HARAM,maka jawapannya jangan mulakan dengan berpegangan tangan!
Kalau ada yang memberi alasan sekadar berpegangan tangan dan tidak membangkitkan syahwat,itu ajaran sesat namanya.Jangan anggap Ayah Pin sahaja yang sesat tetapi ramai remaja yang sesat fahamannya dalam pergaulan.Haram tetap HARAM dan ianya tidak pernah silap dan khilaf.
Ada dikalangan kita yang tahu batas pergaulan,malah ada yang sangat taat beribadat kepada Allah.
Mengapa sanggup bercanda dan bermesra dengan wanita yang bukan mahram bagimu?
Apabila sentuhan anda dilayan oleh si dia,maka makin keluarlah tanduk syaitan sehingga sentuhan itu mampu merobohkan iman!
Mungkin ada yang mengatakan saya ini ekstrem dan hipokrit tetapi saya sedar tiada istilah boyfriend dan girlfriend dalam Islam.Ya!Berbual di dalam telefon dengan wanita yang bukan mahram juga boleh mendatangkan fitnah dan mesti dijauhkan apatahlagi keluar dating berdua-duan.Keseronokan bermadu kasih adalah disebabkan sedang asyik menghirup ‘madu’ yang disediakan syaitan dan syahwat.
Menurut Imam Syafie,bersentuh mana-mana anggota lelaki dan wanita bukan mahram akan membatalkan wuduk.Ini bermakna amat telitinya Imam Syafie tentang sentuhan fizikal ini walaupun ada mazhab yang mensyaratkan tidak batal wuduk jika sentuhan tidak melibatkan syahwat.
Apa yang dikesalkan…masyarakat sekarang sudah melihat perkara ini sesuatu yang biasa dan sudah boleh diterima.
Adakah mungkin ibu bapa pernah berdua-duaan sebelum kahwin sehingga tidak tergamak melarang anak-anak mereka melakukan perkara yang sama,kononnya adalah mereka keluarga yang open minded?
Atau adakah anak-anak itu sendiri langsung tidak menghiraukan nasihat dari ibu bapa mereka?
Adakah pandangan,teguran dan nasihat seperti diatas sudah kolot dan tidak relevan lagi?
Selami jiwa masing-masing.JOM KOREKSI DIRI!
Bersama adik-adik tersayang
~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~
3 comments:
g i city tak bawak amir pun...huuuuwaaaaaaaa.......hehehehe....
sokong sngt dgn podt nihh..ramai sngt ppuan yg cair dng pujuk rayu laki..
Post a Comment