Dua tahun
Satu jangka masa yang sekejap tetapi saya dapat rasakan banyak perkara yang saya sudah lalui.
Sepanjang saya hidup selama 22 tahun,dua tahun daripadanya saya sudah habiskan di sebuah tempat,dimana letaknya berlatarbelakangkan sebuah bukit dan berhadapan dengan ADTEC Melaka.
Ya!Tempat inilah yang telah mengajar saya banyak perkara.Allah telah membuka mata dan mengubah persepsi saya setelah saya menjejakkan kaki disana.
Alhamdulillah..
Saya lebih mengenali Islam yang saya pegang pada hari ini..
Saya lebih mengenali Islam yang saya pegang pada hari ini..
Alhamdulillah..
Saya dapat bertaaruf lebih mendalam dengan jalan dakwah dan tarbiah yang saya lalui ini..
Saya dapat bertaaruf lebih mendalam dengan jalan dakwah dan tarbiah yang saya lalui ini..
Alhamdulillah..
Saya berlatih menajamkan pemikiran dan penulisan karya saya seperti yang saya lakukan pada hari ini..
Saya berlatih menajamkan pemikiran dan penulisan karya saya seperti yang saya lakukan pada hari ini..
Alhamdulillah..
Saya berjuang menyesuaikan diri dengan persekitaran disekeliling saya seperti yang pernah saya tempuh sebelum ini..
Saya berjuang menyesuaikan diri dengan persekitaran disekeliling saya seperti yang pernah saya tempuh sebelum ini..
Akhirnya,Alhamdulillah..Saya menjadi seperti apa yang saya jadi hari ini.
Segala-galanya bertitik tolak di UniKL MICET.
Teman Seperjuangan
Ada Apa Dengan MICET?
MICET adalah singkatan Malaysian Institute of Chemical Bioengineering Technology.Letaknya di Kawasan Perindustrian Vendor,Taboh Naning 78000 Alor Gajah, Melaka.Kedudukannya yang agak terpencil menyebabkan MICET agak tersembunyi daripada pandangan masyarakat luar.
Hari ini,majoriti masyarakat Melaka mula mengetahui MICET dan insya Allah nama MICET akan tersebar lebih luas.
Jika kita sedar,ada proses tarbiah untuk mendidik manusia menjadi seorang insan yang bukan sahaja baik untuk dirinya malah juga baik untuk orang lain.Saya dapat merasai proses tarbiah ini berjalan di MICET bagi orang-orang yang mengkehendakinya.
Di MICET,terdapat beberapa siri ceramah dan kuliah yang sentiasa diisi setiap minggu bagi mewarnai santapan rohani untuk pelajar MICET yang dahagakan suasana tarbiah.
Kebiasaannya ceramah ini akan disampaikan oleh Penasihat Kelab Ketamadunan Islam(ICC),Akh Tengku Fadzli ataupun ustaz jemputan.Ada juga pelajar yang berani tampil kehadapan menyampaikan ceramah disamping usrah mingguan.
Apa yang lebih menarik,aktiviti berunsur tarbiah bukan sekadar di ruang legar surau semata-mata malah ianya dapat dirasai melalui program mukhayyam(perkhemahan),kursus kahwin dan yang terbaru seminar “Untukmu Wanita” telah berlangsung baru-baru ni.
~Untukmu Wanita~
Ada orang bertanya,apa istimewanya MICET jika hanya ada Bioprocess,Biosystem,Environment,Food dan Process?Mungkin ramai yang hampir ‘rabun’ jika tidak merasai suasana tarbiah di MICET.Sedarlah!Proses tarbiah berjalan setiap masa tak kira dimana kita berada begitu jua di MICET
Di dalam kelas,di dalam ceramah umum,di hostel mahupun ketika solat berjemaah.
MICET Bertukar Menjadi Kilang?
Saya mendapat analogi ketika saya menyertai industrial visit di Felda Loji Biogas dan Stesen Janakuasa di Serting Hilir.
"MICET ini umpama kilang.Umpama kilang kelapa sawit yang memproses sesuatu daripada tiada apa-apa menjadi benda yang bermanfaat kepada manusia.Sebagai contoh daripada biji kelapa sawit kepada minyak kelapa sawit.
Begitu juga di MICET.Proses di MICET adalah proses TARBIAH dan yang diprosesnya adalah MANUSIA.Dan perlu diingat,didalam itu juga terdapat biji-biji kelapa sawit yang gugur daripada perjalanan prosesnya.Terjatuh dan tergolek-golek".
Berfikir dan Terus Berfikir
Walaubagaimanapun, saya suka mengingatkan, MICET bukanlah tempat malaikat. Bukan saya ingin menonjolkan sisi baik sahaja.Ada juga pelajar-pelajarnya yang tidak membuka hati untuk menjalani proses tarbiah sekaligus merencatkan nama baik MICET.
Masalah-masalah sosial juga berleluasa di MICET sepertimana di tempat-tempat lain.Mungkin semua ini timbul daripada mereka yang sukar menyerahkan diri kepada proses tarbiah disini.
MICET menjadi istimewa adalah kerana tangan para pelajar yang mencorakkannya.Bagi yang membuka hati,maka dia yang akan dapat merasai.Bagi yang tidak membuka hati,mereka datang ke sini hanyalah sia-sia sahaja.
Apa yang jelas,MICET bukanlah menjadi sebab seseorang itu menjadi hebat kerana hanya Allah yang berhak ke atas hidayah dan perubahan diri seseorang.Ada juga yang keluar dari MICET,yang membelakangkan agama Allah.Ada juga yang perangainya lebih teruk daripada mahasiswa yang bukan dari MICET.
Alhamdulillah! Saya Merasai Hembusan Tarbiah Ini.
Ya! Saya adalah salah seorang pelajar di MICET.Mungkin ada yang susah hendak percaya dengan apa yang saya ceritakan.Anda datanglah sendiri dan merasai sendiri dengan hati yang benar-benar dahagakan tarbiah ini.
Ya!Hanya mereka yang datang dalam keadaan dahagakan didikan Islam,yang berusaha untuk mengubah diri,yang bersungguh untuk meningkatkan kualiti diri serta yang berusaha kembali mengenali Allah sahaja yang dapat merasai keistimewaan MICET.Lupakan sebentar masalah-masalah di MICET yang menerbitkan keluh kesah di jiwa.KEMBALILAH KEPADA ISLAM!
Secara jujur,saya tidak akan menjadi seperti sekarang andai Allah tidak memberi peluang kepada saya untuk merasai hawa tarbiah di MICET ini.
Terima kasih kepada Penasihat ICC,Akh Tengku Fadzli..
Mantan Presiden ICC,Akh Nik Amru ..
Presiden ICC kini,Akh Isa..
Sahabat-sahabat seperjuangan(Akh Husaini,Akh Daus,Akh Fadzli,Akh Yahya dan lain-lain)
Serta ikhwah-ikhwah dari ISMA dan PEMBINA yang banyak mendokong dan bersama-sama memperjuangkan risalah yang kita bawa bersama.Begitu juga para akhawat yang bertungkus-lumus menjayakan program yang direncanakan.
Doakan kita sama-sama istiqamah di jalan-Nya.
MICET hanya menjadi istimewa kepada sesiapa yang datang dengan membuka hatinya kepada Allah.
~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~
7 comments:
ada 1 bnda yg ilang...POLYMER...huhuhu...
Ok..akan diperbetulkan..=)
Ada 4 perkara nak cakap.
1. Honestly, memang first time dengar nama MICET
2. Curious tentang macamane nak sebut MICET tu?
mi-cet? mai-set? or memang kena sebut huruf satu2 M.I.C.E.T?
3. Allah pilih kamu untuk berada di MICET, dan Setiap ketentuan Allah itu punya hikmah =) dan ia terbukti. Alhamdulillah.
4. Selamat teruskan perjuangan!
MICET nih one of UniKL branches...ada kat melaka..
cara nk sebut dia guna yg 2nd tuh...mai-set...
dulu2 pun xreti nk sebut gak...dok sebut mi-cet...haahahaha...
Assalamualaikum :)
Syukron 4 this post..Alhamdulillah dapat tahu serba sedikit tentang micet..
Saya bakal student micet bulan 7 ni..tapi ayah macam x lepas je pergi sana..Sebab bimbang dari segi kerohanian tidak ditekankan di sana..kalu ayah dapat tahu ni mungkin x lah bimbang sangat kan..
Makin bersemangat saya nak belajar kat sana..hihi..thanx sekali lagi atas perkongsian..
saya dpt kt sni gk chmcl engneering plymer,,,ada stdnt prmpuan x...em pmbljrn kt sni cmana story la lgi
abg.thanx a lot for the info about micet..sy bbakal pljar micet bulan july nie.. :) harap smua Allah permudahkan :)
Post a Comment