Bergurau senda mampu merapatkan hubungan silaturahim dan merapatkan ukhuwah.
Kadangkala bergurau dapat menghiburkan jiwa tatkala diri berpuasa dan berusaha keras menahan nafsu dan lapar dahaga tetapi jika tidak kena caranya,gurauan boleh membawa bencana dan menyebabkan kurangnya pahala puasa!
Jom Gurau-Gurau Manja.
Saya senang bersama-sama dengan orang yang suka berjenaka dan berlawak kerana mampu meredakan jiwa saya yang tertekan.Gurauan sahabat melalui perbuatan,perkataan atau sebagainya mampu menggembirakan dan menggelikan hati saya.
Mungkin ada yang kurang peduli bahawa dengan bergurau dan menghiburkan hati orang lain termasuk dalam amal kebajikan selagimana tidak melangkaui batasan syarak.Mudahnya membuat kebaikan!
Rasulullah S.A.W turut berjenaka dan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.Bergurau senda dapat menzahirkan kedamaian,kegembiraan,keharmonian dan menyegarkan badan ketika berpuasa.Suasana bulan Ramadan akan menjadi lebih mesra dengan adanya gurau senda.
Ops! Jangan Gurau Lebih-Lebih.
Saya ingin mengajak anda bergurau secara sederhana,bukan bergurau bagai nak gila.Gurau senda ada batas-batasnya sepertimana yang telah digariskan Islam:
1. Elakkan Menggunakan Perkataan Yang Buruk
Tabiat menggunakan perkataan buruk seperti mencarut dan lucah seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat.Situasi ini perlu diubah untuk menjaga adab dan rasa hormat terhadap orng lain
2. Utamakan Perasaan Orang Lain
Jangan kerana terlampau seronok bergurau sehingga memperlekehkan orang lain,mengumpat,merendah-rendahkan orang tertentu atau menghina kekurangan dan kecacatan yang menyakitkan hati orang lain.
3. Elakkan Memperolokkan Agama
Ini PALING UTAMA.Aspek agama tidak boleh dijadikan bahan gurauan seperti mempersendakan sunnah Rasulullah S.A.W,memesongkan akidah,berlawanan dengan syariat dan menjatuhkan akhlak.
4. Tidak Ketawa Berlebih-Lebihan
Islam melarang kita terlampau banyak bergurau dan bergelak ketawa tanpa batasan.Hadis Rasulullah S.A.W “Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati”(HR Ahmad & al-Tarmizi)
5. Sesuai Dengan Orangnya
Kita tidak boleh bergurau senda dengan semua orang.Antaranya kita tidak boleh bergurau senda tanpa batasan dan bergaul bebas dengan perempuan atau lelaki yang bukan mahram.
Berwaspadalah kita dalam bergurau senda supaya tidak berlebihan dan melampaui batas.Bersederhana dalam setiap hal adalah lebih baik.Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal diri sendiri.
SELAMAT BERAMAL.
3 comments:
LIKE2..=))
terbaek...
entry yg bagus..sekadar peringatan..bergurau ada batasnya..:)
Post a Comment