Siapa kata peperiksaan tidak penting?
Sebagai seorang pelajar,tidak kiralah di sekolah mahupun peringkat universiti,kita
tidak terlepas daripada satu dugaan dipanggil peperiksaan.
Tidak kiralah peperiksaan bulanan,peperiksaan pertengahan tahun mahupun
peperiksaan akhir semester.
Ada pelajar yang bijak,dia melihat peperiksaan itu hanya sekadar
halangan yang perlu dilepasi.Mudah baginya.
Pelajar lain pula menganggap peperiksaan ini menyukarkan mereka dan
menjadi satu bencana.
Ada juga yang lebih berani menganggap peperiksaan ini langsung tak
penting.Katanya,semua itu dunia.Yang penting kita dapat ilmu,tak perlu
cemerlang sangat.
“Peperiksaan adalah wadah untuk kita melihat adakah kita menunaikan
amanah ibu bapa kita ataupun tidak.”
Itu kata - kata pensyarah saya,Tuan Haji Zamri Bin Ghafar.
Saya sangat bersetuju dengan kata - katanya.
Ya.Peperiksaan itu satu amanah dan tidak boleh dipandang enteng,
Dahulu,saya hanya memikirkan diri sendiri apabila mengambil
peperiksaan.Saya anggap kecemerlangan adalah untuk diri saya sahaja.
Kalau gagal pun,saya hanya fikir saya seorang sahaja yang akan
menanggung kegagalan tersebut.
Tetapi hakikatnya, peperiksaan ini terikat dengan titik peluh yang
telah kita perah dari tulang empat kerat ibu bapa kita,
Mungkin kita kurang sedar.
Semasa peperiksaan,tergantung maruah keluarga kita.Sebelum saya
terlupa,maruah ISLAM juga kita bawa bersama.
Mendapat markah rendah dalam peperiksaan tidak akan mengundang rasa
mulia orang lain terhadap kita. Sememangnya kita akan melihat betapa manusia
memandang rendah terhadap kita apabila kita gagal dalam peperiksaan dan tidak
memberikan prestsi yang baik.
Saya ulangi pertanyaan saya,
Siapa kata peperiksaan tidak penting?
Adakah kita masih ingin memandang enteng kepada peperiksaan?
Saya nasihatkan,jangan.
Berusahalah menjadi yang terbaik di kalangan terbaik kerana kita adalah
sebaik-baik ummat dan sebaik-baik ciptaan.
Semoga kita semua mendapat
petunjuk dan hidayah-Nya, dan diberikan kekuatan.
Selamat beraksi!
1 comments:
bila kau post ni?ke autopost?huhu..
Post a Comment